Ramai yang berdegar-degar
diinternet terlalu yakin dengan apa yang dilihat secara online. Hakikatnya “pool
of votes” dari pengundi yang “connected through online” tidak mewakili kesemua
pengundi Malaysia.
STRATEGI PRU14:
PAS TIDAK KALUT
MAHUPUN BERKHAYAL
Perjalanan PRU14 kali ini
sangat menarik kerana pertandingan 3 segi ini penuh dengan kepelbagaian
strategi. Banyak benda yang bobrok pada PRU yang lalu kini tiada terutamanya
skandal seks yang menjadi salah satu strategi yang popular kini dilihat sukar
mempengaruhi pola pemikiran masyarakat Malaysia.
Namun kita tidak boleh menolak
adanya strategi kotor dalam PRU14 ini namun saya lebih suka berbicara dan
melihat strategi realistik yang digunapakai untuk memenangi pertandingan setiap
5 tahun ini.
STATISTIK DAN CULAAN
Ramai yang melihat ini sebagai
satu hujah sedangkan ia hanya satu tool. Pakatan Harapan khususnya melalui
invoke dan IDE menggunakan statistik untuk meyakinkan pengundi dengan
teori-teori mereka. Hakikatnya ketiga-tiga parti yang bertanding mempunyai
sistem culaan masing-masing. Bezanya 2 buah parti iaitu BN dan PAS menggunakan
tools ini untuk mengatur strategi serta merahsiakan maklumat tetapi PH
menggunakannya untuk marketing. Kerana itu anda kurang melihat BN dan PAS mengeluarkan
statistik mereka kerana itu tindakan yang betul.
Dalam tempoh singkat ini, anda
akan bertemu statistik yang terpampang di dada Facebook dan memulakan analisis.
Ini kerana mentaliti kebanyakan orang, carta yang bernombor ini lebih tepat
dari sekadar pandangan sukarela beribu netizen dan penulis politik jadian yang
tumbuh bagai cendawan. Kita juga dapat melihat lebih ramai penglibatan individu
yang mahir dalam culaan ini yang turut menyumbang kerja masing-masing.
Malangnya ramai tidak tahu statistik tidak membawa apa-apa makna tanpa dilihat
metodologi dan perlaksanaannya. Ketepatan sesuatu statistik melihat kepada
pelbagai sudut. Yang pasti ia bukan 100%. Namun pengaturcaraan sesebuah culaan
itu membolehkan data yang diperolehi itu mempunyai peratusan yang ketepatan
yang lebih tinggi. Saya tinggalkan perkara ini untuk anda tanyakan kepada ramai
yang mahir diluar sana.
Culaan PAS harus dilihat
mempunyai kredibiliti. Ini kerana tenagakerja PAS dilapangan adalah sangat
besar dari beratus cawangan seluruh Malaysia. Mereka ini melaporkan hasil
culaan harian kepada pusat sejak kempen bermula. Kerana itu ada yang
terperanjat apabila terbocor culaan PAS yang menunjukkan keputusan yang berbeza
daripada yang dikeluarkan oleh IDE. Statistik itu sebenarnya berubah setiap
hari. Dari perubahan semasa, PAS merancang dan mengeluarkan arahan yang khusus
apakah strategi untuk hari seterusnya. Bagi kaedah yang konsisten menampakkan
kenaikan, PAS akan mengekalkan pendekatan tersebut. Apa pun, ini tidak
menyatakan bahawa culaan IDE adalah silap. You can trust whoever u wanna trust.
Harus diingat bahawa setiap
tempat berbeza demografiknya. Pendekatan yang perlu dimainkan disetiap tempat
adalah berbeza. Disini pengalaman digunakan untuk memandaatkan hasil culaan
semasa bagi memperoleh keputusan yang semakin baik setiap hari. Tambahan pula
PAS sebagai parti miskin tidak mampu melaksanakan segala jenis pendekatan
seperti BN yang mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi. Mereka harus mencari
pendekatan yang cost effective dengan result yang terbaik.
Jadi apakah yang anda rasa
bila menjual statistik yang anda perolehi minggu lalu dengan angka yang tak
berubah dan terus menjaja dengan full confident? Apakah fungsi statistik yang
anda jaja untuk memperkuatkan pencapaian parti? Jawapannya anda hanyalah
jurujual MLM sukarela yang taksub kepada syarikat. Segala ubat yang anda jual
mampu mengubat segala jenis sakit didalam negara dan masyarakat. Anda duplikasi
segala bahan dan terus menjual dan mendakwa.
Anda boleh menganggap saya
bias dengan hanya bercerita kebaikan PAS. Saya lebih yakin dengan keilmuan dan
kefahaman saya ada didalam Marketing dan NLP. Orang boleh mempersoal tetapi
saya mempunyai milestone menjadi peserta terbaik dalam Empretec United Nation
Business Challenge dan memegang rekod peserta Malaysia terbaik in both sales
and profit buat masa ini. Im proud of it. You can confirm this story with
NAWEM. Anyway, you are free to disagree.
PENGUNDI ONLINE DAN OFFLINE
Ramai yang berdegar-degar
dinternet terlalu yakin dengan apa yang dilihat secara online. Hakikatnya “pool
of votes” dari pengundi yang “connected through online” tidak mewakili kesemua
pengundi Malaysia. Apabila seorang Menteri BN berkata, kedatangan ribuan orang
keceramah PH tidak menjamin kemenangan, ramai lebih suka bersarcastic daripada
berfikir.
Orang yang berfikir akan nampak
ada realitinya kata-kata beliau. Ramai yang suka mengambil kesimpulan apabila
BN menang, ia adalah disebabkan adanya undi hantu. Saya tidak mahu komen
tentang penipuan ini kerana tidak mahu didakwa dibawah Akta Anti Berita Tidak
Benar. Ia mungkin berlaku atau mungkin tidak tetapi kita tiada kepastian. Saya
suka melihat dari sudut lain kebenaran kata-kata Menteri tersebut.
Adalah kurang bijak untuk
berfikir bahawa BN ini bodoh dari hujung rambut hingga kehujung kaki. Anda tu
pandai sangat ke? Dikala BN berdiam diri, anda seronok mengatakan BN sudah
kecut. BN suka anda meraikan kemenangan didepan mata supaya tidak nampak
kekalahan yang disembunyikan dibalik tabir. Saban tahun BN sentiasa menang,
malangnya masih ramai yang tidak nampak talian hayat BN sebenarnya adalahnya
pengundi offline. BN sudah menerima hakikat mereka tidak boleh mendapat
sokongan orang bandar.
PAS sedar keadaan ini dan
apabila bersendirian, inilah peluangnya untuk PAS memanfaatkan kelebihan yang
ada. PAS sebenarnya ada didalam hati pengundi-pengundi Melayu luar bandar
khususnya dari kalangan pengundi UMNO. Ramai akan berkata ini adalah retorik.
Kalau benar PAS mampu menggondol undi orang Melayu, mengapa tidak dari dahulu?
Disini anda perlu melihat sejarah.
TRAGEDI YANG MENGUNTUNGKAN PAS
Sejarahnya menunjuk PAS keluar
dari politik surau dan masjid dan mula mendapat tempat dihati orang terpelajar
termasuklah golongan Profesional dengan banyak dibawah kepimpinan TGHH. Ia
ditambah lagi apabila berlakunya gabungan sewaktu Reformasi. Satu-satunya sebab
mengapa Melayu sukar memberi undi kepada PAS adalah dengan kehadiran DAP dan
kepimpinan non muslim yang terang-terangan menjalankan agenda anti Islam. BN
pada waktu yang sama hanya perlu konsisten mempastikan pola pemikiran pengundi
Melayu terus berfikir bahawa DAP adalah anti Islam. Dengan itu, segala
rakan-rakan politik DAP akan terpalit persepsi yang sama.
Kita dapat melihat sokongan
terhadap PAS berkurangan pada PRU 12 dan 13 secara konsisten. Ini berikutan
pertambahan kerusi DAP didalam PR pada waktu itu bukan sahaja menjadikan
sentimen “DAP anti Islam” mempengaruhi Melayu UMNO tetapi juga Melayu PAS.
Sentimen ini menjadi kenyataan apabila DAP secara terang-terangan menolak
hudud, menyokong pesta arak dan menghina ulama. PRU13 mempamerkan DAP menang
bergaya dengan 38 kerusi menjadikannya pemegang saham terbesar didalam Pakatan
Rakyat. PAS pula mencorot ke 21 kerusi kerana protes dari ahli sendiri
berikutan hilangnya taring dan tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengawal DAP.
Apa yang berlaku pada 2015
sebenarnya dilihat ramai sebagai kejadian yang bakal menguburkan PAS. Ini
kerana PAS bakal hilang majoriti sokongan pengundi cina. Sokongan Melayu
didalam PAS bakal beralih kepada PH dengan wujudnya PAN. Namun apa yang berlaku
pada 2015 sebenarnya adalah perancangan Allah untuk mengeluarkan PAS dari
kekusutan dan meletakkannya didalam satu posisi yang sukar dijangka.
Sebenarnya PAS yakin BN amat
risau apabila PAS berpecah dari gabungan koalisi ini. Anda sendiri dapat
melihat BN seperti tiada isu pada waktu ini. Disaat perpecahan pembangkang
berlaku, reaksi ahli parlimen BN agak berbeza kerana mereka sepatutnya gembira
tetapi berakhirnya perlimen tempoh hari, wajah mereka penuh kemurungan. Ini
kerana mereka kini telah mempunyai REAL THREAT iaitu PAS. PAS kini yang tiada
lagi pemimpin pro DAP, ditambah pula dengan barisan calon professional yang
hebat, disertakan dengan dokumen yang realistik melalui manifesto, dokumen
hijau dan WINS2051 menggambarkan “safe deposit” BN mungkin pecah.
PH ADALAH AGEN PERCUMA BARISAN
NASIONAL
Kesemua 3 parti ini memperoleh
serangan 2 hala. PH diserang BN dan PAS. BN diserang PAS dan PH. PAS juga
diserang BN dan PH. Bagaimana serangan itu berlaku, hanya mereka yang mahir
dapat memahaminya. PAS diserang PH secara terbuka dan BN secara tertutup.
Apabila PAS diserang PH sebagai tongkat UMNO, BN beroleh faedah jika pengundi PAS beralih
kepada PH.
Tidakkah kemasukan pengundi
kepada PH ini menguntungkan mereka? Disini anda perlu memahami sistem
persempadanan dan pecahan undi. Kepadatan pengundi dikawasan bandar sangat
besar manakala kepadatan luar bandar pula adalah kecil. Tiada guna anda
memperolehi 250k undi tapi hanya memenangi 1 kerusi sedangkan diluar bandar
250k mampu memberi 3 kerusi. 10000 undi PAS yang lari ke PH tidak memberikan
impak yang besar tetapi 10000 pertambahan dan kehilangan undi PAS adalah
ancaman yang sangat besar.
Keputusan pilihanraya yang
telah lalu menunjukkan jumlah undi kepada pakatan pembangkang hampir kepada 50%
namun kerusi parlimen yang diperolehinya hanya sekitar 80 kerusi sahaja .
Sedangkan BN yang memperolehi undi keseluruhan hanya terlebih sedikit daripada
50% mampu beroleh lebih dari 100 kerusi.
Wujudnya PAS bersendirian pada
kali ini bukanlah sebagai pemecah undi tetapi sebagai rival sebenar UMNO dan
secara tidak langsung kepada Barisan Nasional. Berdasarkan culaan, undi PAS dan
UMNO dibanyak kawasan adalah 50-50 dengan perbezaan tidak banyak. PAS yakin
UMNO juga mempunyai maklumat yang sama kerana mereka juga mempunyai sistem
culaan yang baik berdasarkan kewangan yang kukuh untuk membiayai proses culaan
yang lebih tepat. Kempen PH dijangka memecah undi dan membolehkan PAS kalah
dengan majoriti yang sedikit. Sungguhpun PH menjaja PAS pemecah undi, mereka
tidak pernah dapat menjawab apakah tujuan mereka bertanding di Kelantan dan
Terengganu kalau bukan atas sebab memecah undi.
Kerana itu, BN tidak perlu
berpenat lelah kali ini kerana apa yang sedang berlaku sudah cukup
menguntungkan mereka.
ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN
Anda dapat melihat PAS tidak
begitu menekankan kempen online. PAS sebenarnya fokus kepada kempen offline
kerana disitulah “pool of votes” sebenarnya bagi PAS untuk membuat kejutan
didalam PRU14 ini. Yang ada di online pun lebih kepada bersifat defensive.
Walaubagaimanapun, PAS menerima hakikat akan ada kehilangan sokongan hasil dari
serangan PH yang bertali arus. Namun PAS positif ada penambahan yang lebih
banyak daripada undi Melayu pada kali ini.
Namun pada culaan terkini,
dengan 2 hari lagi berbaki, keputusannya agak memberansangkan. Rafizi dan
Invoke boleh dibuang ke Sungai selepas PRU14. Merdeka center dan IDE pula
biarlah rakat yang menentukan. Telahan Professor Hoo Kee Ping tentang Tsunami
hijau memang benar berlaku. PAS sudah pasti menjadi Kingmaker dengan culaan
terkini dan apa yang tersimpan rahsia biarlah ia rahsia sehingga malam 9 Mei
2018. Kejutan dan sejarah mungkin akan berlaku.
Kepada semua penyokong PAS,
kekalkan keyakinan dan berdoalah semoga mereka yang masih keliru terbuka
hatinya menyokong PAS. Sehebat-hebat perancangan manusia, hebat lagi
perancangan Allah. Statistik yang ada pada kami hanyalah alat, tetapi keputusan
adalah kehendak darinya. Istiqomah menuju kemenangan.
Kiriman:
#LebaiPRO
Sumber: http://www.1media.my
No comments:
Post a Comment