Ketika provokasi
dilakukan oleh bangsa Romawi kepada umat Islam lalu provokasi itu
disambut secara spontan.
Amirul Mukminin Usman bin Affan r.a. telah menunjuk Hubaib
bin Maslamah Al-Fihry, memimpin ketumbukan pasukan Islam memberi peringatan
kepada bangsa Romawi yang sengaja mencara hal menghadapi umat Islam.
Akibat provokasi yang melampau itu, satu ketumbukan tentera
yang dipimpin oleh Hubaib telah dihantar mencari sasaran kepada tentera Romawi.
“Di manakah aku
akan menjumpaimu
akan menjumpaimu
pada saat
peperangan berkecamuk
peperangan berkecamuk
dan gelombang barisan tentera
meluap-luap?”
Ketika Hubaib bin Maslamah Al-Fihry diangkat mengetuai
pasukan Islam, isterinya adalah antara pasukan Islam yang mewakafkan dirinya
dalam pasukan ini.
Ketika Hubaib melakukan pemeriksaan kesiap siagaan
pasukannya, tiba-tiba isteri Hubaib yang
berada dibarisan itu bertanya kepadanya.
Isteri: “Di
manakah aku akan menjumpaimu pada saat peperangan berkecamuk dan gelombang
barisan tentera meluap-luap?”
Hubaib: “Kau
akan menemuiku di dalam khemah pimpinan Romawi atau di dalam syurga!”
Ketika perang sedang berkecamuk dan Hubaib bersama pasukannya
berjuang dengan gagah berani, tangkas dan cekal sukar ditandingi oleh musuh.
Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada pasukan Islam atas
bangsa Romawi.
Hubaib segera meluru memasuki khemah utama kepimpinan bangsa
Romawi untuk menunggu isterinya, tiba-tiba semasa sampai di pintu khemah, ia
terpegun kerana mendapati isterinya telah mendahuluinya menerobos khemah utama
kepimpinan tentera Romawai itu.
Sesungguhnya benarlah bahawa seandainya semua wanita seperti
ini, nescaya para wanita pasti akan mengungguli kaum lelaki di dalam hidup ini,
tidak ada kesulitan dan kemustahilan jika seseorang mampu berbuat dan bergerak
mendapatkan keredhaanNya.
No comments:
Post a Comment