#PRU14: 3 senario?
May 06, 2018 Share to: URL
10 Mei 2018 Senario A atau B
atau C
Senario A:
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR
telah mengumumkan kemenangan BN.
2. DSN sekali lagi dijulang
sebagai hero dan tersenyum lebar kerana mendapat mandat semula untuk memerintah
dan mentadbir Malaysia.
3. Kabinet Malaysia pun tiada
banyak perubahan. Menteri-menteri lama termasuk yang bermasalah dilantik semula
memegang portfolio baru.
3. GLC-GLC dan institusi
berkaitan kerajaaan menjadi tempat orang politik.
4. Kes-kes kontroversi
berkubur,
5. GST kekal malah barangkali
dinaikkan, 1MDB mungkin ditutup.
6. Pemerintah sekali lagi
menjanjikan pelbagai slogan transformasi tetapi ia terus bermusim dan ia akan
dicanangkan semula selepas lima tahun.
7. BN terus selesa menerajui
negara sejak merdeka. Kakitgn awam mcm biasa, berpuashati sahaja dengan bonus
rm500, berhari raya dengan membayar tol.
8. Media perdana terus
ekslusif untuk parti pemerintah.
9. PH/PAS terus menjadi
pembangkang dan terus berharap untuk memenangi PRU15.
10. Tarikh PRU15 hanya diketahui
oleh pemimpin utama BN dan jika dirasakan perlu persempadanan semula juga akan
berlaku.
11. Tiada apa yang menerujakan
politik di Malaysia, hari-hari yang dilalui adalah seperti biasa.
Senario B:
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR
mengumumkan kemenangan kepada PH.
2. Tun DM bersama pakatan
Harapan menyambut kemenangan dengan penuh semangat dan rasa debaran kerana
mendapat mandat baru dan memegang amanah dan harapan besar rakyat.
3. Buat pertama kali rakyat
berpeluang menyaksikan kabinet baru dan ramai menteri-menteri yang baru.
4. Macam tak percaya media
perdana TV3 TV1 TV2 Utusan Malaysia Berita Harian NST dan lain-lain saluran
membuat laporan lintas langsung untuk PH bukan lagi BN dan tidak juga PAS.
5. DSAI pula akan keluar dari
penjara dan bersedia bergandingan memimpin negara.
6. Pemerintah baru PH ini
merasa tertekan untuk menampilkan kepimpinan terbaik kerana rakyat akan melihat
dan memberikan peluang hanya dalam masa lima tahun untuk membuktikan prestasi
membela rakyat.
7. PH pasti faham bahawa
mereka hanya ada satu peluang dan peluang ini tidak akan lagi diberikan rakyat
sekiranya mereka khianat pada mandat yang diberikan.
8. GST tiada lagi, harga
minyak stabil, tol di plus tiada, gembira anak anak pulang berhari raya, bonus
kakitangan awam berbaloi.
9. LGBT, murtad, festival arak
barangkali dibenarkan. Pindaan RUU355 juga tidak mungkin menjadi kenyataan.
10. Lebih menerujakan ialah
melihat kali pertama BN menjadi pembangkang.
11. Bayangkan senario di
Parlimen dengan Ketua Pembangkang baru daripada BN.
12. Politik di Malaysia lebih
menarik dan menghiburkan.
13. Hari-hari yang dilalui
pasti lebih menerujakan dengan senario politik baru ini di Malaysia.
Senario C :
1. Pada malam 9 Mei 2018 SPR
mengumumkan kemenangan kepada PAS.
2. PAS bersama Gagasan
Sejahtera menyambut kemenangan dengan penuh semangat dan rasa debaran kerana
mendapat mandat baru dan memegang amanah dan harapan besar rakyat.
3. Buat pertama kali rakyat
berpeluang menyaksikan kabinet baru dan ramai menteri-menteri yang baru yang
terdiri dari teknokrat-teknokrat yang benar-benar berkelayakan.
4. Macam tak percaya media
perdana TV3 TV1 TV2 Utusan Malaysia Berita Harian NST dan lain-lain saluran
membuat laporan lintas langsung untuk semua parti politik secara adil. Tiada lagi
fitnah menfitnah.
5. DSAI pula dibebaskan.
6. Pemerintah baru PAS ini
merasa tertekan untuk menampilkan kepimpinan terbaik kerana rakyat akan melihat
dan memberikan peluang hanya dalam masa lima tahun untuk membuktikan prestasi
membela rakyat.
7. PAS pasti faham bahawa
mereka hanya ada satu peluang dan peluang ini tidak akan lagi diberikan rakyat
sekiranya mereka khianat pada mandat yang diberikan.
8. GST dihapuskn, harga minyak
stabil, PTPTN dijadikan biasiswa, harga rumah mampu milik, Pendidikan percuma,
Tol tiada, gembira anak anak pulang berhari raya, bonus kakitangan awam
berbaloi.
9. Pertama kali Agama Islam
dimartabatkan sepenuhnya. Rakyat hidup aman damai di atas keberkatan dan rahmat
Allah. Agama lain boleh diamalkan dengan harmoni.
10. Hasil negara bertambah-tambah
kerana keberkatan dari Allah dan dapat dinikmati sama rata oleh rakyat. Tiada
lagi rasuah, kronisma dan nepotisma.
11. Lebih menerujakan ialah
melihat kali pertama BN menjadi pembangkang bersama PH.
12. Bayangkan senario di
Parlimen dengan Ketua Pembangkang baru daripada BN.
13. Politik di Malaysia lebih
menarik dan menghiburkan.
14. Tarikh pilihanraya bukan lagi
rahsia. Semua diberi kebebasan untuk membuat persediaan bagi memilih kerajaan dengan
adil.
13. Hari-hari yang dilalui
pasti lebih menerujakan dengan senario politik baru ini di Malaysia.
Maka pilihlah samada :
Dulu, kini dan selamanya atau Ini
kalilah atau Membangun bersama Islam
Senario A atau B atau C
Berani berubah wahai rakyat
Malaysia ...
Sumber: http://www.1media.my
No comments:
Post a Comment