Ingat lagi berita yang viral
tahun lepas berkenaan kabinet Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ini?
Ia menarik perhatian dunia
apabila setiap posisi kementerian diamanahkan kepada individu yang mempunyai
latarbelakang berkaitan, iaitu;
• Menteri Kesihatannya adalah
doktor.
• Menteri Pengangkutannya
adalah angkasawan.
• Menteri Pertahanannya adalah
veteran askar Sikh.
• Menteri Belianya masih lagi
dibawah umur 45 tahun.
• Menteri Pertanian dan
Pemakanannya adalah bekas petani.
• Menteri Keselamatan Awam dan
Persediaan Kecemasan adalah seorang pengakap.
• Menteri Inovasi Sains dan
Pembangunan Ekonomi adalah seorang penganalisa kewangan.
• Menteri Kewangannya adalah
seorang usahawan berjaya.
• Menteri Undang-undang dan
Keadilan adalah seorang pendakwa raya bertauliah dan juga pemimpin kebangsaan
utama "First Nations Leader".
• Menteri Sukan dan Orang
Kurang Upaya adalah seorang atlet paralimpik negara.
• Menteri Perikanan dan Hasil
Laut dan Keselamatan Perairan ialah seorang Orang Asli "Inuit
Eskimo".
• Menteri Ilmiah ialah seorang
ahli perubatan geography berpangkat kedoktoran.
Masa viral tempoh hari, ramai
yang komen dan bandingkan dengan menteri-menteri Malaysia.
Ramai berharap Malaysia akan
buat begini.
Rakan-rakan tau tak, kita ada
peluang supaya ia dibuat di Malaysia?
Inilah contoh Kerajaan
Teknokrat sebagaimana yang ditawarkan oleh PAS!
Sebab itu calon-calon yang PAS
pertaruhkan di dalam kerusi-kerusi Parlimen dan DUN kali ini, majoritinya dari
golongan profesional dan teknokrat, berikut antaranya;
• Tuan Haji Abd. Alim Shapie, ex-Vice President of Corporate
Banking, RHB Bank adalah calon PAS Parlimen Jasin
• Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman, ex-CEO Kulim Technology Park
Corporation adalah calon PAS Parlimen Padang Serai
• Ustaz Dr Zamri Mantop, hos rancangan Mari Mengaji, adalah calon PAS
DUN Sg Burong
• Radhi Mat Din, lagenda bola sepak Kedah, “Kapten Marvel” adalah
calon PAS Parlimen Pokok Sena
• Tuan Haji Ghazali bin Daud, ex-Ketua Eksekutif Petronas NGV adalah
calon PAS DUN Seri Setia
• Dr Mohd Ali bin Sulaiman, Saintis dan Pakar Teknologi Solar & Semikonduktor
negara adalah calon PAS di DUN Bukit Selambau
• Brig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abdul Karim, ex-Pegawai Memerintah
ATM, adalah calon PAS Parlimen Selayang
• Dr Mohd Mazri bin Yahya, Pakar Bedah Vaskular menjadi calon PAS
Parlimen Pulai
• Dr Khalid Kassim, ex-Timbalan Pengarah Hospital Melaka adalah
calon PAS Parlimen Hang Tuah Jaya
• Prof Madya Dr Zainal Abidin Kidam, ex-Timbalan Naib Canselor
UNISEL adalah calon PAS Parlimen Putrajaya
• Datuk Dr Yahya Baba, Mantan Pengarah Hospital Klang adalah calon
PAS Parlimen Kuala Langat
• LAr. Haji Fauzi bin Abu Bakar, ex-President Institute of Landscape
Architect Msia (ILAM) adalah calon PAS di Lembah Pantai
• Dr Che Rosli Che Mat, Pakar nuklear negara adalah calon PAS
Parlimen Hulu Langat
• Prof Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pakar Aeroangkasa yang menjadi rujukan
semasa kehilangan MH370 adalah calon PAS DUN Ru Rendang
• Dr Wan Maseri binti Wan Mohd, calon PAS Dun Inderapura, memiliki 2
PhD dari UTM dan UMP
Bayangkan jika mereka ini
berada dalam kabinet negara atau exco kerajaan negeri?
Tulisan asal: Afyan Mat Rawi
Sumber: http://www.1media.my
No comments:
Post a Comment