"Perempuan dikahwini dengan empat sebab: Kerana hartanya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama,
nescaya kamu akan diberkati Allah."
"Kahwinlah anak-anak dara, sesungguhnya mereka ini selalu berkata
dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar, kurang tipu
helah mereka dan mudah redha dengan yang sedikit."
Rasulullah s.a.w. telah
bertanya kepada Jabir, sekembalinya dari peperangan Zat al-Riqa':
"Wahai Jabir, adakah kamu sudah kahwin atau belum?"
Jawab Jabir:
"Sudah wahai Rasulullah."
Rasulullah bertanya lagi:
"Adakah isteri kamu anak dara atau pernah kahwin?"
Jabir jawab:
"Tidak, dia pernah kahwin."
Lalu Rasulullah berkata:
"Alangkah baiknya mengahwini anak dara yang boleh bergurau dengan
kamu dan kamu boleh bergurau dengannya."
Jabir terus berkata:
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya bapa saya telah mati dalam
peperangan Uhud dan ditinggalkan tujuh adik perempuan, jadi saya telah
berkahwin dengan seorang perempuan yang boleh menguruskan hal mereka serta
dapat menanamkan perasaan persefahaman antara mereka."
Jawab Rasulullah s.a.w.:
"Tindakanmu adalah betul, dan tepat Insya Allah." (Hadith
diriwayatkan oleh Buhari, Muslim dan lain-lain).
Suatu yang diamati,
diintai-intai oleh pemuda-pemuda saleh ialah tentang wanita-wanita yang
berstatus balu termasuklah oleh lelaki dewasa yang beristeri. Ada satu ungkapan
yang selalu disebut-sebut:
"Aku kepingin dengan wanita balu, terutamanya suami mereka
terkorban sebagai syuhada."
Apa yang dimaksudkan dengan
agama ialah kefahaman sebenar-benarnya tentang Islam; melaksanakan, mengamalkan
segala ajaran tingkah laku setiap fadilat-fadilatnya yang mulia, peradabannya
yang halus, mengikut secara tepat metodologi-metodologi syariat dan
prinsip-prinsipnya yang kekal abadi sepanjang zaman.
Oleh itu, bila bakal pasangn
sampai ke tahap kefahaman dan pelaksanaan yang telah dijelaskan di atas,
bolehlah dikategorikan dalam golongan orang beragama serta berakhlak. Sebalikya
jika, salah seorang dari mereka tidak sampai ke tahap itu, maka dengan
sendiriya akan dihukum sebagai orang menyeleweng, buruk akhlaknya, jauh dari
agama Islam, walaupun ia terlihat sebagai orang saleh, bertakwa atau pun ia
mendakwa dia seorang yang berpegang teguh dengan agama Islam.
Sesungguhnya, Umat Al-Khattab,
seorang Sahabat r.a, khalifah Rasyidin kedua, orangnya tawaduk dan ditakuti
oleh orang-orang kufur, amat teliti bila dia meletakkan kaedah-kaedah yang
betul bagi mengenali peribadi seseorang dan memperlihatkan hakikatnya yang
sebenar. Perkara ini berlaku semasa dia didatangi oleh seorang lelaki supaya
menjadi saksi bagi pihak seorang lain yang disabitkan dalan pertuduhan.
Umar bertanya kepadanya:
"Adakah kamu mengenali orang ini?"
Dijawab:
"Ya ...'
Umar bertanya lagi:
"Adakah kamu jirannya yang mengetahui selok-belok hidupnya?"
Dijawab pula:
"Tidak."
Umar bertanya lagi:
"Adakah kamu berkawan dengannya semasa belayar, sehingga kamu
boleh mengetahui kemuliaan dan kelebihan akhlaknya?"
Dijawab:
"Tidak."
Umar bertanya lagi:
"Adakah kamu bermuamalat dengannya melalui duit? Sehingga kamu
boleh mengukur sifat warak yang ada pada orang itu?"
Jawabnya pula:
"Tidak."
Umar memarahi orang itu dan
berkata:
"Jangan-jangan kamu telah melihatnya senentiasa dalam masjid
salat, kadang-kadang mengangkat kepalanya (berdoa), dan kadang-kadang yang lain
menunduk (khusyuk)?"
Akhirnya dijawab:
"Ya."
Terus Umar berkata:
"Pergilah, sesungguhnya kamu tidak mengenalinya."
Kemudian melafazkan kata-kata
kepada orang yang tertuduh:
"Panggillah kepadaku orang yang mengenalimu."
Beginilah Umar Al-Khattab r.a.
tidak tertipu dengan rupa orang itu, atau zahirnya, tetapi mengetahui
hakikatnya dengan kaedah-kaedah serta ukuran-ukuran yang benar yang telah
membongkar hakikat sebenar orang itu, serta sejauh mana dia berpegang teguh
dengan agama dan akhlak yang mulia.
Sabda Nabi s.a.w. diriwayatkan
oleh Imam Muslim:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat muka-muka dan badan-badan kamu
tetapi Dia melihat hati-hati dan perbutan kamu."
No comments:
Post a Comment