Thursday 31 May 2018

Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir

Rafizi sangkal populariti Dr. Mahathir: KUALA LUMPUR 29 Mei - Selepas mengkritik pelantikan menteri Kabinet, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menyangkal populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Pakatan Harapan sebagai faktor kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Terlalu awal untuk nilai ekonomi kerajaan baharu

Terlalu awal untuk nilai ekonomi kerajaan baharu

Pembentukan blok ketiga sebagai pejuang

Pembentukan blok ketiga sebagai pejuang: PILIHAN Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berakhir dengan kejutan demi kejutan. Bermula dengan desas-desus pelantikan ahli Kabinet, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) dan Majlis Penasihat Kerajaan (COC), diikuti dengan penyiasatan skandal 1MDB serta penyitaan harta benda daripada beberapa ahli po­litik tanah air. Rakyat Malaysia sentiasa du­duk dalam keadaan panas punggung menantikan kejutan seterusnya.

Apa salah warga Jasa?

Apa salah warga Jasa?: SAUDARA PENGARANG, DAHULU kami mohon kerja di sebuah jabatan yang bernama Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). Ketika sesi temuduga, kami sendiri tidak tahu bidang tugas pegawai-pegawai Jasa secara terperinci.

PH perlu buktikan mampu tadbir urus negara lebih baik

PH perlu buktikan mampu tadbir urus negara lebih baik: PH perlu buktikan mampu tadbir urus negara lebih baik

G25: SPRM harus jadi badan bebas

G25: SPRM harus jadi badan bebas: KUALA LUMPUR 31 Mei – Kumpulan bekas penjawat awam, G25 mencadangkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus menjadi sebuah badan bebas supaya dapat membanteras gejala rasuah dengan lebih berkesan.

Sunday 27 May 2018

Al-Quran Braille rahmat bagi OKU penglihatan

Al-Quran Braille rahmat bagi OKU penglihatan: Al-QURAN al-Karim diturunkan sebagai rahmat dan petunjuk kepada sekalian alam. Sesuai dengan maknanya dari aspek literal yang bermaksud ‘bacaan’, kitab ini adalah antara yang paling banyak dibaca, dihafal, diulas dan dibahaskan oleh umat manusia sama ada Muslim atau bukan Muslim sejak mula diturunkan sehinggalah ke hari ini.

ISLAM TETAP TEGAH AMALAN SONGSANG

ISLAM TETAP TEGAH AMALAN SONGSANG: DALAM al-Quran jelas menyatakan bahawa antara dosa yang tidak seharusnya dilakukan oleh seseorang Muslim tanpa mengira jantina dan umur adalah melakukan hubungan seks atau apa sahaja kelakuan ke arah itu tanpa nikah yang sah di sisi syarak.

Rezeki seperti buah pohon

Rezeki seperti buah pohon: REZEKI itu umpama buah yang terdapat pada pohon. Ada yang bergantungan dan ada juga berguguran. Siapa sahaja boleh mengambilnya, tidak kira beriman atau kafir dengan sebanyak mungkin,” kata pendakwah Indonesia, strongKhalid Basalamah

Thursday 24 May 2018

Explaining the facts behind liabilities of RM1 trillion

Explaining the facts behind liabilities of RM1 trillion: COMMENT | By recognising our true debt situation, the gov't can take concrete actions to strengthen our finances.

Langkah baik tubuh kerajaan perpaduan

Langkah baik tubuh kerajaan perpaduan: KOTA BHARU 25 Mei – Usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri yang mempunyai masalah bagi membentuk kerajaan dilihat sebagai satu langkah yang baik.

Apakah Kalian Masih Menjadi Budak?

Apakah Kalian Masih Menjadi Budak?: Oleh : Asy Syahid Sayyid Qutb Budak itu bukanlah orang yang karena dipaksa oleh keadaan sosial ataupun situasi ekonomi yang menjadikan mereka hamba sahaya, dimana para pemilik memperlakukan mereka sama dengan memperlakukan benda benda dan binatang. Yang hakiki mereka disebut budak itu  adalah orang orang yang diselamatkan oleh keadaan situasi ekonomi dari perbudakan, tetapi mereka berebut untuk menjadi budak dengan suka rela. Budak saat itu bahkan termasuk orang orang yang mempunyai istana dan tanah perkebunan, mempunyai kecukupan dalam soal harta benda, mempunyai cara cara untuk bekerja dan berproduksi, tidak dikuasai oleh seorang pun dalam soal harta benda dan jiwa mereka, tetapi mereka saling berebut di pintu tuan tuan , saling berebut untuk menjadi budak dan memberi jasa. Mereka sendiri yang meletakkan belenggu di tengkuknya, yang merantai kakinya dan memasang lencana perbudakan, dengan saling berebut dan dengan rasa bangga pula. Budak adalah orang orang [...]

Semuanya pun Akan Mati, Mari Buat Indah Dengan Seni Kematian

Semuanya pun Akan Mati, Mari Buat Indah Dengan Seni Kematian: Dan sungguh kalau kamu gugur di jalan Allah atau meninggal, tentulah ampunan Allah dan rahmatNya lebih baik dari harta rampasan yang mereka kumpulkan. Dan sungguh jika kamu meninggal atau gugur, tentulah kepada Allah saja kamu dikumpulkan (QS Ali Imran 157-158) Kematian adalah seni, terkadang seni yang indah dapat dirasakan meskipun pahit. Bisa jadi ia adalah seni terindah apabila dikreasi oleh tangan tangan yang mahir. Al Quran telah memaparkannya bagi orang orang mukmin dengan pemaparan yang mulia membuat mereka rindu untuk menggapainya, lebih mencintainya dibandingkan orang yang mencintai kehidupan. Setiap orang berbeda memperlakukan apa yang dirindukannya. Kaum muslimin saat ini, tidak akan menjadi lebih baik dari kondisi sekarang kecuali jika mereka kembali kepada Al Quran tentang masalah kematian, menghadapinya sebagai sebuah seni, bahkan sebagai suatu seni yang sangat indah. Al Quran memaparkan tentang kematian kepada kaum mukminin sebagai akhir [...]

Lubang Biawak Yahudi dan Nasrani

Lubang Biawak Yahudi dan Nasrani: Bani Israel adalah umat yang Allah muliakan. Allah turunkan pada mereka kitab suci tersebut. Dengan kitab suci tersebut , Allah berikan mereka kejayaan selama beberapa waktu. Kerajaan mereka berdiri tegak, kekuasaan mereka cukup luas, dan Allah persembahkan untuk mereka berbagai karunia, lalu? Lalu mereka mengingkari berbagai karunia Allah tersebut. Mereka berpaling dari perintah Allah, berbuat kerusakan di muka bumi, sesat dan menyesatkan. Maka, Allah cabut janji yang sudah ditetapkan dari mereka untuk kemudian diberikan kepada umat lain. Umat ini, umat Muhammad SAW, juga telah Allah muliakan. Allah turunkan  pada mereka sebuah kitab suci. Dengan kitab suci tersebut, Allah berikan mereka kejayaan selama beberapa waktu. Mereka senantiasa diingatkan lewat kisah Bani Israel yang terdapat dalam kitab suci untuk tidak berbuat seperti yang diperbuat umat terdahulu yang membuat janjiNya dicabut dari mereka. Sunnatullah tidak berat sebelah ! Namun sangat disayangkan [...]

Syeikh Abul Ala Maududi : Hati Hati Memahami Ad-Dien, Banyak Yang Tidak mengerti

Syeikh Abul Ala Maududi : Hati Hati Memahami Ad-Dien, Banyak Yang Tidak mengerti

Ibnu Taimiyyah : Tidak Akan Ada Seorang 'Mukmin' Pun Yang Mencintai Penentang Allah

Ibnu Taimiyyah : Tidak Akan Ada Seorang 'Mukmin' Pun Yang Mencintai Penentang Allah

BN Perlis pecat MB baru angkat sumpah

BN Perlis pecat MB baru angkat sumpah: Keputusan itu dibuat beberapa jam selepas Azlan Man mengangkat sumpah jawatan menteri besar Perlis.

Perlis Raja outraged over no-show by BN reps

Perlis Raja outraged over no-show by BN reps: Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail also explains his choice of menteri besar, saying he does not want the state to be controlled by outside forces.

Wednesday 23 May 2018

Tak perlu panik hutang lebih RM1 trilion, kata ahli ekonomi




Robin Augustin | May 21, 2018

Beliau berkata hutang negara mesti berkait dengan potensi aliran tunai tetapi kerajaan mesti mengawasi paras hutang.

Barjoyai berkata hakikatnya Malaysia sebuah negara dinamik dengan ekonomi yang kuat, kaya dengan sumber asli dan komoditi. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Seorang ahli ekonomi berkata rakyat tidak perlu panik tentang hutang negara yang mencecah RM1 trilion, tetapi kerajaan berhati-hati menguruskan perbelanjaan dan hutang.

Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata hutang mesti sentiasa berkait dengan potensi aliran tunai.

“Kalau anda perhatikan hutang dalam tempoh 30 tahun lalu, kita menuju ke arah Yunani, tetapi hakikatnya kita negara yang dinamik dengan ekonomi yang kuat, kaya dengan sumber asli dan komoditi.

“Kalau negara ini sebuah syarikat, secara asasnya, kita bercakap tentang kemampuannya menanggung dan membayar hutang. Kita dalam keadaan yang agak baik kerana struktur ekonomi yang sedia ada.” 

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini yang berkata hutang negara mencecah RM1 trilion dan langkah-langkah penting perlu diambil supaya Malaysia boleh pulih dengan cepat.

Barjoyai berkata sekalipun yang terburuk berlaku, iaitu satu resesi, negara akan terus bertahan.

Meskipun begitu, kerajaan perlu mengawasi hutangnya supaya ia tidak bertumbuh lebih pantas berbanding hasil negara.

“Kami tidak perlu panik tetapi kita perlu berhati-hati dengan hutang RM1 trilion, dan kerajaan mesti pastikan kita ada kapasiti untuk menanggung hutang ini kerana ia menentukan penarafan kredit dan untuk pastikan kita tidak jatuh muflis.”

Beliau menambah resesi secara purata berlaku setiap 10 tahun dan ia boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang, tetapi kerajaan tidak patut mengelak.

“Resesi berlaku secara alami. Jika kita cuba elak, seperti sebelum ini dengan menyalurkan wang ke dalam projek mega, kita hanya menangguhkan resesi, tetapi ia akan tetap melanda juga nanti..

“Itu cuma kelegaan tempoh masa pendek,” katanya, dan berkata ia dilakukan pada 1994 dan 2009.

“Apa yang perlu ialah memastikan rizab dan kecairan yang tinggi, dan kerajaan mengambil langkah penjimatan bagi memastikan negara tidak berbelanja lebih daripada kemampuan menjana pendapatan.”

Barjoyai berkata penting bagi kerajaan untuk melihat rancangan kewangan 10 dan 20 tahun mendatang, seperti yang dibuat sebelum ini, bagi mempersiapkan negara dan rakyat untuk masa depan.





No need to panic over RM1 trillion debt, says economist

Robin Augustin | May 21, 2018

He says a country's debts must be related to potential cash flow, but the government must keep track of debt levels.

Universiti Tun Abdul Razak’s Barjoyai Bardai says the reality is that Malaysia is a dynamic country with a robust economy, rich in natural resources and commodities. (Facebook pic)


PETALING JAYA: An economist says Malaysians don’t have to panic over the country’s RM1 trillion debt, though the government has to be careful in managing its expenses and debts.

Speaking to FMT, Universiti Tun Abdul Razak’s Barjoyai Bardai said debts must always be related to potential cash flow.

“If you just look at debts over the past 30 years, we are headed down the path of Greece, but the reality is that we are a dynamic country with a robust economy, rich in natural resources and commodities.

“If a country was a company, essentially, we’re talking about that company’s ability to service and pay its debts. We’re doing quite okay because of the established structure of the economy.”

He was commenting on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad’s statement earlier today that the country’s debt had reached an alarming RM1 trillion and that important measures were needed so that Malaysia could recover quickly.

Barjoyai said that even if the worse were to happen, a recession, the country would still survive.
  
Still, he said it was important for the government to keep track of its debts so that it didn’t grow at a faster rate than the country’s revenue.

“We don’t have to panic but we should be wary over the RM1 trillion debt, and the government must make sure we have the capacity to service this debt as it will determine the credit rating and ensure we don’t go bankrupt.”

He added that a recession occurs once every 10 years on average and that one was due any time now, but the government shouldn’t try to avoid it.

“Recessions happen naturally. If we try to avoid it, like we have in the past by pumping money into mega projects, we can only defer the recession, but it will hit us heavily later on.

“It’s just a short-term reprieve,” he said, noting that this had been done in 1994 and 2009.

“What is important is ensuring we have high reserves and liquidity, and that belt-tightening measures are adopted by the government to make sure the country isn’t spending more than its ability to generate income.”

Barjoyai said it was crucial that the government now look at financial planning 10 and 20 years ahead, as it used to in the past, to better prepare the country and people for the future.





Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib

Bekas pengarah JPA gesa singkir semua boneka Najib: Alwi Jantan tidak menamakan Ali Hamsa tetap berkata ketua setiausaha negara itu antara 'badut dan boneka' kerajaan lepas.

Tuesday 22 May 2018

‘Dimana aku menemuimu ketika perang berkecambuk,’ isteri Hubaib



Ketika provokasi  dilakukan oleh bangsa Romawi kepada umat Islam lalu provokasi itu disambut secara spontan.

Amirul Mukminin Usman bin Affan r.a. telah menunjuk Hubaib bin Maslamah Al-Fihry, memimpin ketumbukan pasukan Islam memberi peringatan kepada bangsa Romawi yang sengaja mencara hal menghadapi umat Islam.

Akibat provokasi yang melampau itu, satu ketumbukan tentera yang dipimpin oleh Hubaib telah dihantar mencari sasaran kepada tentera Romawi.



“Di manakah aku 
akan menjumpaimu 
pada saat 
peperangan berkecamuk 
dan gelombang barisan tentera 
meluap-luap?”



Ketika Hubaib bin Maslamah Al-Fihry diangkat mengetuai pasukan Islam, isterinya adalah antara pasukan Islam yang mewakafkan dirinya dalam pasukan ini.

Ketika Hubaib melakukan pemeriksaan kesiap siagaan pasukannya, tiba-tiba  isteri Hubaib yang berada dibarisan itu bertanya kepadanya.

Isteri:  “Di manakah aku akan menjumpaimu pada saat peperangan berkecamuk dan gelombang barisan tentera meluap-luap?”

Hubaib: “Kau akan menemuiku di dalam khemah pimpinan Romawi atau di dalam syurga!”

Ketika perang sedang berkecamuk dan Hubaib bersama pasukannya berjuang dengan gagah berani, tangkas dan cekal sukar ditandingi oleh musuh.

Allah s.w.t. memberi kemenangan kepada pasukan Islam atas bangsa Romawi.

Hubaib segera meluru memasuki khemah utama kepimpinan bangsa Romawi untuk menunggu isterinya, tiba-tiba semasa sampai di pintu khemah, ia terpegun kerana mendapati isterinya telah mendahuluinya menerobos khemah utama kepimpinan tentera Romawai itu.

Sesungguhnya benarlah bahawa seandainya semua wanita seperti ini, nescaya para wanita pasti akan mengungguli kaum lelaki di dalam hidup ini, tidak ada kesulitan dan kemustahilan jika seseorang mampu berbuat dan bergerak mendapatkan keredhaanNya.


Thursday 17 May 2018

LAILATUL QADAR MASA DAN RAMADAN KLIMAKSNYA



Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


''Barangsiapa berdiri (dengan sembahyang dan ibadat) pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (yakni dengan keyakinan yang sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjarannya) maka dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan.''

Maka, benarlah bahawa untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t., kaum muslimin tidak memilih-milih malam untuk beribadah, iaitu pada malam-malam tertentu saja. Mereka juga bukan mencari untung tanpa melakukan banyak usaha. Sikap untuk mendapatkan untung mendadak, seperti; MLM, Forex, riba dan seumpama dengannya, membuat kita jadi tertipu kerana Allah s.w.t. tidak memberikan taufik untuk beribadah pada saat Lailatul Qadar.

Sebaliknya, mereka yang rajin beribadah sepanjang malam, sepanjang hari, sepanjang minggu, dan sepanjang tahun serta tidak memilih-milih masa, Insya-Allah akan mendapatkan Lailatul Qadar.

Sahabat, Ibnu Mas’ud r.a. pernah memberikan nasihat tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan:


من يقم الحول يصبها


“Siapa saja yang salat malam sepanjang tahun, dia akan mendapatkannya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud; dinilai sahih oleh Al-Albani)


Ketika mendengar keterangan dari Ibnu Mas’ud ini, Abdullah bin Umar mengatakan:


“Semoga Allah merahmati Ibnu Mas’ud, sebenarnya beliau faham bahwa Lailatul Qadar itu di bulan Ramadan, namun beliau ingin agar masyarakat tidak malas.” (Tafsir al-Baghawi, 8:482)



 





Monday 14 May 2018

SYUKUR DAN TAWADUK




Raikan Ramadan Dengan Takwa


Alhamdulillah, kita panjangkan syukur pada Allah s.w.t. dapatlah kita bertemu dengan Ramadan mulia 1439H.

Semoga amalan kita setiap saat diberkati olehNya dan meletakkan kita di antara golongan yang tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.

Keberkatan hidup adalah kerana kita patuh kepada kerja-kerja amar makruf (kebajikan) dan menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang diharamkan.

Insya Allah, kita pohon pada Allah s.w.t., semoga kita senentiasa berada di atas landasan dakwah dan senentiasa berwaspada dalam perkara-perkara syubahat.

Mohon maaf, selamat menjalani ibadah Ramadan.

Sekianlah, wassalam.
Hamba Allah.





Sunday 13 May 2018

Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri



Sabtu, 12 Mei 2018 | 9:45pm

Shafie Apdal angkat sumpah Ketua Menteri
Oleh Suzianah Jiffar dan Olivia Miwil
cnews@nstp.com.my


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri, di sini, sebentar tadi.

Mohd Shafie, 61, mengangkat sumpah jawatan itu pada jam 9.15 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin.

Upacara angkat sumpah turut dihadiri isteri Juhar, Toh Puan Norlidah RM Jasni, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN serta PKR dan DAP, selain dipercayai enam ADUN Barisan Nasional (BN) yang menyertai parti itu.

Turut hadir upacara itu ialah pegawai tinggi kerajaan negeri dan Persekutuan.

Mohd Shafie mengangkat sumpah selepas parti pimpinannya bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi DUN, sekali gus boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Bagaimanapun, pergolakan politik di Sabah dipercayai berterusan berikutan Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, Khamis lalu, menafikan beliau meletak jawatan, petang tadi.

Malah, tengah hari tadi Musa mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri yang pertama di Pejabat Pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini.



  


MENU RAMADAN




----30 Cadangan Resepi Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Selama Sebulan Serta  Menu Menyambut Hari Raya Idulfitri Yang Sangat Menarik ----


HARI PERTAMA: KETAM MASAK 
LEMAK CILI API

Bahan-bahan
- 250g ketam (dibersihkan)
- 7 biji cili hijau
- 1½ cawan santan kelapa yang di parut
- 1 keping asam gelugur
- ½ sudu kecil serbuk kunyit
- ½ sudu besar garam secukup rasa
- ½ sudu kecil perasa

Cara-cara memasak
1. Masukkan ketam ke dalam periuk, masukkan serai, cili hijau, santan, asam keping, garam secukup rasa, perasa dan kunyit .
2. Masak selama 5-7 minit.
3. Siap, angkat dan hidangkan.


HARI KEDUA: AYAM SOS LEMON MADU

Bahan-bahan
- dada ayam 500g (potong ikut suka)
- tepung serbaguna (secukupnya)
- telur sebiji (kacau)
- madu 4 sudu besar
- lemon 2 biji (ambil jus)

Cara-cara memasak
1. Celupkan ayam dengan telur kemudian golek-golek atas tepung sehingga rata.
2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon,kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup. Siap!


HARI KETIGA: PARI ASAM PEDAS

Bahan-bahan
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- ½ inci kunyit
(Semua bahan hendaklah ditumbuk)
- 4 sudu besar cili boh (rendam cili kering, tos dan kisar)
- ½ cawan air asam jawa
- 3 cawan air
- 250g ikan pari (dipotong kecil)
- 2 tangkai daun kesum
- sayur masin (jika suka)
- bendir
- 3 sudu minyak masak
- garam, gula dan sedikit lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam periuk yang sederhana besar. Tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili boh, kacau dan biarkan hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa dan kacau sebati.
4. Masukkan ikan pari, sayur masin dan air. Biarkan mendidih dab kecilkan api.
5. Masukkan garam, gula dan lada hitam.
6. Masukkan bendir dan biarkan seketika sehingga bendir masak.


HARI KEEMPAT: SOTONG SAMBAL TUMIS HALIA

Bahan-bahan
- sotong (direbus)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- bawang merah, bawang putih dan halia (dimesin)
- sedikit air asam jawa
- garam dan sedikit gula

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimesin tadi sehingga wangi.
2. Masukkan cili dan tumiskan sehingga agak garing. Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula.
3. Biarkan seketika dan masukkan sotong. Kacau sehingga sebati dan biarkan untuk beberapa minit lagi.


HARI KELIMA: SAMBAL CILI IKAN BILIS PETAI

Bahan-bahan
- ikan bilis 300g
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
- cili merah sebiji (ditumbuk)
- cili padi 20 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang, dan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Masukkan garam, gaul sebati.
4. Masukkan ikan bilis dan petai, gaul rata. Siap!


HARI KEENAM: AYAM PAPRIK

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam - dihiris kecil
- 2 ulas bawang putih - dicincang halus
- 1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
- 1 biji cili merah - dihiris serong
- 11 biji cili api - dipecah-pecahkan
- 2 helai daun limau purut - disiat-siat
- bunga kobis - dihiris kecil
- 2 biji putik jagung - dihiris serong
- 1/2 biji karot - dihiris serong
- 2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
- 2 sudu makan cili kering kisar
- 2 sudu makan cili sos
- 2 sudu makan tomato sos
-1 sudu makan sos tiram
- garam
- 1 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
7. Masukkan semua bahan hiris. Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
8.Tutup api dan hidangkan.


HARI KETUJUH: TOM YAM THAI

Bahan-bahan
- 1 paket perencah tomyam
- 4 biji tomato
- 5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
- 3 batang serai – diketuk
- 4 helai daun limau purut
- 1 batang lobak merah, sedikit cendawan
- 2 ulas bawang merah
- 2 biji bawang besar
- 1 cm lengkuas
- lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
- 2 sudu besar sos tiram – optional
- 2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara-cara memasak
1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).
2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.
3. Masukkan pula lobak merah.
4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.
5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.
6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.
7. Siap untuk dihidang


HARI KELAPAN: SAMBAL TUMIS DAGING

Bahan-bahan
- daging
- bawang putih, bawang kecil dan bawang besar (dihiris)
- cili kering (direndam dan dimesin)
- air asam jawa
- sedikit gula dan garam

Cara-cara memasak
1. Tumis bawang putih, bawang kecil dan bawang besar hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau biar sebati.
3. Masukkan gula, kacau.
4. Masukkan daging dan air asam jawa. Kacau dan biarkan hingga agak garing.
5. Masukkan garam dan kacau. Dengan api yang kecil biarkan hingga sambal garing dan terbit minyak.


HARI KESEMBILAN: AYAM MASAK HALIA

Bahan-bahan
- 500 gram ayam, potong kecil
- 4 ulas bawang putih, hiris nipis
- 2 cm halia, dihiris halus memanjang
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
- 1 biji cili merah, hiris nipis
- 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
- 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- minyak masak, untuk goreng ayam
- sedikit lada sulah atau lada hitam
- sedikit garam dan kunyit
- garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
3. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
5. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
6. Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.


HARI KESEPULUH: SUP IKAN MERAH

Bahan-bahan
- ikan merah
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- sedikit halia
- kayu manis, bunga lawang dan pelaga
- lada hitam biji - tumbuk
- sup bunjut ikan Adabi

Cara-cara memasak
1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan.
3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
4. Taburkan daun sup san bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.


HARI KESEBELAS: SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Bahan-bahan
- 1 kg sotong - cuci bersih dan potong
- 3 biji bawang besar - belah 4
- 2 biji tomato - belah 4
- 2 batang serai - di titik
- 3 biji ubi kentang - belah 4
- 3 camca minyak untuk menumis
- 500 ml santan
- air secukupnya
- garam secukup rasa

Bahan kisar
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 inc kunyit hidup
- 2 inc halia
- 5 tangkai cili merah

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
4. Kacau biar sebati
5. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak.


HARI KEDUA BELAS: AYAM GORENG MADU

*Tips: kalau nak gantikan madu dengan gula pun boleh, sekiranya tak ada stok madu kat rumah.

Bahan-bahan
- ayam 8 ketul (direbus)
- bawang merah 5 biji (dikisar)
- bawang putih 6 ulas (dikisar)
- halia 1 inch (dikisar)
- kicap cair 1 sudu besar
- kicap pekat 1 sudu besar
- sos tiram 1 sudu besar
- madu 1 sudu besar
- minyak untuk menggoreng.

Cara-cara memasak
1. Rebuskan ayam sehingga separuh masak.
2. Campurkan bahan kisar, kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan madu, bersama ayam,
3. Gaul rata, perap ayam dalam peti ais selama 2 jam.
4. Panaskan minyak, goreng ayam sehingga garing, tapi jangan terlalu lama sebab ayam
sudah separuh masak.
5. Siap! Sedia untuk dihidangkan.


HARI KETIGA BELAS: TELUR MATA GORENG BAWANG DAN CILI

Tips: Nak dapat telur mata yang gebu macam kat kedai tu, minyak kena banyak. Masa goreng telur, biarkan kuning telur sedikit cair.

Bahan-bahan
- telur 3 biji
- bawang besar sebiji (dihiris)
- cili padi 8 biji (belah 2)
- kicap secukupnya
- garam secukupnya
- minyak untuk menggoreng

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak, goreng telur, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang besar dan cili padi sehinggasedikit layu, masukkan garam, gaul sebati.
3. Tuangkan atas telur tadi dan tuangkan sedikit kicap. Siap!


HARI KEEMPAT BELAS: MASAK LEMAK CILI API SIPUT SEDUT

Bahan-bahan
- 1kg siput sedut
- 5 ulas bawang merah - kisar halus
- 3 ulas bawang putih - kisar halus
- 2 inci kunyit hidup - kisar halus
- 2 inci halia - kisar halus
- 15 tangkai cipi padi - kisar halus
- 2 batang serai - di titik
- 500ml santan

Cara-cara memasak
1. Siput sedut diberus hingga bersih.
2. Rendam sebentar dalam air garam untuk membuang kotoran seperti pasir dan lumpur.
3. Potong bahagian ekornya, cuci bersih dan toskan.
4. Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga harum.
5. Masukkan santan, serai dan siput.
6. Kacau perlahan atas api sederhana hingga masak
7. Perasakan dengan garam, masak hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidangkan.


HARI KELIMA BELAS: SIAKAP STIM LIMAU NIPIS

Bahan-bahan
- 1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
- 1 labu bawang merah/besar
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 5 biji cili padi
- 1 biji limau nipis ambil jusnye
- 1sdm sos tiram
- sepokok daun ketumbar
- setengah batang carrot
- semangkuk bunga kobis
- setengah biji Lada bengala
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Guna kuali yang muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dalam kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul kuahnya perlahan-lahan. Rasakan ikut hati dan siap


HARI KEENAM BELAS: UDANG KICAP PEDAS

Bahan-bahan
- 400 gram udang
- 1 biji (kisar) bawang besar
- 2 biji (kisar) bawang putih
- 1/2 inci (kisar) halia
- 3 sudu (saya dah blend siap2) cili kering
- 1 biji cili merah
- 4 sudu kicap pekat
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula
- secukup rasa (jika perlu) garam
- 1/4 cawan air

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang dikisar untuk ditumis - bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Masak hingga kekuningan kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar. Tumis hingga naik minyak.
3. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan udang.
4. Masukkan air supaya ada kuah sedikit. Dan akhir skali masukkan cili merah. Jika perlu masukkan garam secukup rasa.
5. Siap untuk dihidang.


HARI KETUJUH BELAS: AYAM PERCIK BAKAR

Bahan-bahan
- ayam
- cili kering (suka pedas lebihkan)
- bawang kecik
- bawang putih
- halia
- lengkuas
(semua bahan-bahan diatas dikisar)

- serai (titik)
- 3 serangkai
- santan
- gula
- garam kasar
- asam keping

Cara-cara memasak
1. Masukkan semua bahan dalam periuk/kuali kecuali gula.
2. Bila ayam separuh masak,keluarkan ayam dan bakar..
3. Kuah lebihan rebus ayam tadi campurkan lagi sedikit santan dan gula dalam 4 ke 5 sudu.
4. Masak sampai pekat likat, sebatikan rasa masam masin sedikit, manis kena lebih.
5. Siap untuk dihidang.


HARI KELAPAN BELAS: IKAN SELAR GORENG SAMBAL CILI API PETAI

*Tips : Petai dimasukkan akhir sekali, supaya petai nampak segar dan tak layu.

Bahan-bahan
- ikan selar 8 ekor
- serbuk kunyit+sedikit garam
- petai 2 papan
- bawang besar sebiji (dihiris)
- bawang putih 2 ulas (ditumbuk)
- cili padi 15 biji (ditumbuk)
- garam secukup rasa
- minyak (untuk menggoreng+menumis)

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, gaul sekata.
2. Panaskan minyak, goreng ikan hingga garing kemudian angkat dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar hingga layu dan tumis bahan yang ditumbuk
sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, kacau sebati, akhir sekali masukkan petai, gaul rata.
5. Tuangkan bahan tumis bersama petai tadi atas ikan goreng, siap!


HARI KESEMBILAN BELAS: DAGING MASAK BLACK PEPPER

*Tips : Untuk mendapatkan daging yang lembut pastikan ianya tidak di masak terlalu lama di atas api yang besar.

Bahan-bahan
- 500g daging (bahagian batang pinang)
- 4 ulas bawang putih
- 2 sudu besar sos tiram
- kicap manis
- 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)
- 2 tangkai cili merah (potong kasar)
- bawang besar holland
- 2 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran 1/2 senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging.
4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
5. Kemuduan tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.


HARI KEDUA PULUH: SAMBAL TUMIS KERANG

Bahan-bahan
- 3-4 kg kerang - direbus dan ambil isinya
- 3 ulas bawang putih - ditumbuk/kisar
- 2 biji bawang besar - ditumbuk/kisar
- 3 sudu(kurang atau lebih) cili yang telah dikisar
- 2 biji bawang besar - dihiris
- 1 cm (sedikit saja) belacan(jika suka) - kisar/tumbuk bersama bawang
- 1 sudu besar air asam jawa
- garam dan gula secukup rasa
- minyak untuk menumis
- sedikit air jika perlu.

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga masak dan pecah/terbit minyak.
2. Masukkan kerang, hirisan bawang besar dan air asam jawa. Gaul rata.
3. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Jika inginkan kuah, tambahkan air.
4. Apabila kerang sudah sebati dengan sambal, bawang sudah masak bolehlah diangkat.


HARI KEDUA PULUH SATU: UDANG GORENG BUTTER TELUR MASIN

Bahan-bahan
- 500 gm udang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- minyak
- 3-5 sudu besar butter
- 6 ulas bawang putih - dicincang
- 15 biji cili padi - dihiris serong
- 4 tangkai daun kari
- 2 biji telur masin - direbus & hancur
- 2 sudu kecil gula
- 10 sudu besar susu cair/susu segar
- 1 sudu kecil tepung jagung

Cara-cara memasak
1. Telur masin rebus dibuang kulit dan dihancurkan. Ketepikan.
2. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
3. Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
4. Kemudian masukkan susu segar dan gula. (tak perlu letak garam sebab dah ada rasa masin dari telur masin)
5. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.


HARI KEDUA PULUH DUA: KARI AYAM NYONYA

Bahan-bahan
- ayam 1/2 ekor
- santan 1 bungkus kecil
- bawang merah 6 ulas
- bawang putih 4 ulas
- serai 3 batang hiris
- lengkuas 1 inci
- halia 1 inci
- kunyit hidup 1 inci
- buah keras 4 biji
- cili kering ikut pedas
- cili masak 2
- serbuk rempah daging 1 sudu besar

Cara-cara memasak
1. Blend semua bahan kecuali ayam dan rempah.
2. Seterusnya tumis dan masukkan rempah kari, daun kari.
3. Kacau sehingga wangi dan masukkan ayam, santan, kentang dan daun limau purut.
4. Siap untuk dihidangkan.


HARI KEDUA PULUH TIGA: SINGGANG SOTONG

Bahan-bahan
- 10-13 ekor sotong
- 3 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
- 2-3 biji cili hijau
- garam,gula dan pasti sedap knor secukup rasa

Cara-cara memasak
1. Bersihkan sotong. Buang dakwat hitam dan isi perutnya. Masukkan dalam periuk.
2. Hiris bawang merah + putih dan ketuk serai. Masukkan semuanya dalam periuk sotong. Masukkan juga cili hijau.
3. Masukkan air. Jangan banyak sangat, agak-agak tenggelam sotong. Masak hingga menggelegak. Tambah garam, gula dan pasti sedap knorr secukup rasa.


HARI KEDUA PULUH EMPAT: SIAKAP 3 RASA

Bahan-bahannya

Untuk Ikan:
- 2 ekor ikan siakap
- tepung jagung untuk dilumur pada ikan
- serbuk Pasti Sedap Knoor
- minyak untuk menggoreng ikan

Untuk Kuah:
- 2 biji bawang besar - dipotong dadu
- 6 biji bawang putih - dititik
- 10 biji cili padi - dipotong kecil
- 1 inci halia - dihiris halus
- 1 biji tomato - dipotong dadu
- 1/2 biji cili benggala - dipotong dadu
- kiub nanas - boleh beli yang siap ditinkan
- 4 sudu besar sos tomato
- 4 sudu besar sos cili thai
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar sos ikan
- 2 batang serai - dititik
- beberapa helai daun limau purut
- daun sup/daun bawang untuk hiasan
- garam secukup rasa
- ajinomoto secukup rasa
- gula secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara memasak
1. Ikan dibersihkan dan ditoskan
2. Lumurkan ikan dengan serbuk pasti sedap knoor. Pastikan semua bahagian dilumur rata. Kemudian, lumurkan pula dengan tepung jagung. Lumur kedua-dua belah bahagian ikan termasuk bahagian dalam.
3. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas barulah dimasukkan ikan tadi. Goreng terendam ikan tersebut. Setelah ikan garing, angkat dan ketepikan
4. Panaskan minyak dalam kuali yang lain. Tumiskan cili padi, halia, serai, dan bawang putih.
5. Setelah bawang agak layu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan, dan 3 sudu jus nanas di dalam tin. Kacau sebentar.
6. Masukkan bawang besar, tomato, nenas, dan cili benggala.
7. Masukkan air sedikit. Tambahkan garam, gula dan ajinomoto.
8. Biarkan kuah mereneh seketika. Setelah kuah agak pekat, angkat dan curahkan di atas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup/daun bawang.


HARI KEDUA PULUH LIMA: SUP TELUR

Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 biji kentang (potong kecil)
- 1 batang carrot (potong kecil)
- 1 pokok sawi minyak ata kailan (potong pendek)
- air secukupnya
- minyak
- garam

Bahan tumis (tumbuk kasar)
- 3 ulas bawang merah
- 1 ulas bawang putih
- 1 s/k lada hitam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan masukkan kentang dan carrot. Biarkan mendidih dan lembut.
3. Masukkan telur masa air menggelegak.
4. Bila dah nampak telur masak baru masukkan sawi dan tutup api.
5. Hidangkan.


HARI KEDUA PULUH ENAM: DAGING GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan
- 250 g daging lembu (dipotong)
- 1 labu bawang besar (saiz kecil)
- 1/2 inci halia (dihiris)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 sudu makan penuh serbuk kari
- 1 biji tomato (potong 6)
- daun bawang (dipotong)
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil kicap manis
- sedikit garam dan serbuk kunyit
- sedikit minyak

Cara-cara memasak
1. Daging yang telah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Masak dalam kuali untuk dikeringkan airnya.
2. Jika daging belum empuk masukkan sedikit air lagi dan masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah lembut masukan sedikit minyak dan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, goreng seketika.
4. Masukkan serbuk kari, sos, kicap manis dan sedikit air. Kacau hingga kering sedikit.
5. Sesuaikan rasa masukkan buah tomato dan daun bawang. Angkat dan hidangkan.


HARI KEDUA PULUH TUJUH: TELUR BUNGKUS

Bahan-bahan
- 2 keping isi ayam dipotong kecil-kecil
- 1/2 biji bawang holland dicincang halus
- 1 biji tomato dubuang biji dan didadu kecil
- 1/2 batang daun saderi didadu kecil
- 1/2 peket sayur campur (carrot, jagung, kacang peas)
- 1 biji cili merah
- 2 sudu sos tomato
- 2 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar
- secubit garam jika perlu
- minyak untuk menumis
- 2 biji telur ayam

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak dan tumis bawang holland sehingga sedikit layu
2. Masukkan hirisan dada ayam dan kacau seketika biarkan sehingga isi ayam masak
3. Masukkan hirisan tomato, batang saderi ,cili merah serta sayur campur dan dikacau rata
4. Perasakan dengan sos cili,sos tomato dan sos tiram dan kacau lagi.
5. Taburkan secubit garam jika perlu
6. Sebelum diangkat boleh la ditaburkan daun sup atau daun ketumbar.
7. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan seratakan keliling kuali
8. Pukul telur ayam tadi dan goreng dalam kuali dengan kaedah melenggangkan kuali sehingga telur sekata
9. Letak kan inti ditengah-tengah dan bungkuskan telur tersebut
10. Biarkan telur garing seketika dan boleh lah diterbalik kan ke dalam pinggan.


HARI KEDUA PULUH LAPAN: IKAN PERCIK

Bahan-bahan
- ikan kembung/bawal
- santan pekat
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 2 batang serai
- 1 keping asam keping
- kunyit
- garam
- gula

Cara-cara memasak
1. Lumurkan ikan dengan kunyit dan garam kemudian bakar dan asingkan
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia dengan santan.
3. Masakkan di dalam kuali/periuk
4. Masukkan serai yang diketuk dan asm keping
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Biarkan kuah percik yang dimasak benar-benar pekat.
7. Setelah masak curahkan ke atas ikan yang dibakar tadi.


HARI KEDUA PULUH SEMBILAN: GULAI DAGING KERISIK

Bahan-bahan
- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak
1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.
2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.
3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.
4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.
5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.
6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.


HARI KETIGA PULUH: AYAM GORENG LEMON

Bahan-bahan
- 3 sudu minyak zaitun
- 6 ketul peha ayam
- garam & lada hitam
- 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 6 biji kentang (dihiris halus)
- 1 cawan air rebusan ayam
- ½ epal cider
- 2 sudu perahan lemon
- beberapa batang rosemery
- herba thyme

Bahan perhiasan
- ½ hirisan keju parmesan
- 6 – 10 hirisan lemon

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.


HARI RAYA IDULFITRI: BUBUR NASI KOSONG.

Bahan-bahan
- tak perlu bahan-bahan.
- tak perlu susah-susah memasak.
Petugas hospital akan hantar mengikut jadual.
(Truncated by WhatsApp)
25 Mei 2017

Diangkat semula sebagai paparan umum.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title