Setiap kita memiliki kelebihan, potensi dan bakat
masing-masing. Bahkan seorang pembersih pejabat boleh mencetuskan idea spontan
dan bernas sehingga terbinanya pembuatan lif di luar bangunan. Mengapakah ia berlaku?
Kerana ia menzahirkan wataknya adalah dirinya sendiri.
Salah satu keagungan Rasulullah s.a.w. adalah
kemampuannya untuk menetapkan setiap
Sahabat-Sahabat r.hum. sesuai dengan potensi dan kemampuan mereka. Mereka pula
tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.
Ali Abi Talib r.a. misalnya ditugaskan dalam bidang
kehakiman.
Muazd bin Jabal r.a. dalam bidang Ilmu Pengetahuaan.
Ubay bin Kaab r.a. dalam bidang al-Quran.
Zaid bin Harithah r.a dalam bidang Faraidh.
Khalid bin Walid r.a. dalam bidang Jihad.
Hassan bin Tsabit dalam bidang Sastera.
Qais bin Tsabit r.a. dalam bidang Khithabah/Jurucakap.
Bilal bin Rabah r.a. dalam bidang Azan.
Abu Hurairah r.a. dalam bidang /Zakat.
Mush’ab bin Umair r.a. dalam bidang Utusan/Duta.
Oleh itu, sayugia diingatkan bahawa menyatu, meniru-niru dan
mengayakan dalam keperibadian orang lain pada hakikatnya adalah bunuh diri,
manakala memakai baju keperibadian orang lain adalah sebuah pembunuhan yang
terancang.
Untuk selamat ikuti seruan Nabi s.a.w..
Salah satu tanda kebesaran Allah s.w.t. adalah perbezaan sifat yang ada pada kita dan
perwatakan yang kita miliki. Ia juga termasuk perbezaan bahasa dan warna kulit.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. dengan kelembutan dan wataknya yang
pengasih telah memberi manfaat bagi umat dan agama.
Umar Al-Khattab r.a. dengan sikapnya yang keras dan tegas
telah membangkitkan Islam dan para pemeluknya.
Taqlid buta, meniru dan terlalu menyatukan diri ke dalam
keperibadian orang lain merupakan penguburan hidup-hidup terhadap bakat,
potensi dan 'skill' yang Allah s.w.t. berikan; membunuh keinginan, cita-cita,
harapan dan penghancuran sistematik terhadap sahsiah penciptaan diri kita
sendiri.
Maka, jadilah diri sendiri jangan terikut-ikut dengan
'trend' membusukkan.
No comments:
Post a Comment