Misi Perang pertama dibentuk oleh
Rasulullah s.a.w. adalah pada bulan Ramadan tahun pertama Hijrah.
Bendera perang pertama Rasulullah
s.a.w.. berwarna putih. Orang yang ditugaskan memegang bendera itu adalah Abu
Marsad Kannaz bin Hushain al-Ghanawy.
Misi tersebut dipimpin oleh Hamzah
bin Abdul Muthalib r.a dengan kekuatan pasukan seramai 30 orang terdiri
daripada orang Muhajirin.
Atas inisiatif Hamzah ia berusaha
mencegah kafilah Quraisy yang membawa barang dagangan daripada Syam ke
Mekah. Kafilah tersebut dipimpin oleh
Abu Jahal bin Hisyam dengan rombongan seramai 300 orang.
Kafilah Abu Jahal bin Hasyim telah
melalui Saiful Bahr dalam wilayah Ish terletak di antara Yanba‘ dan Marwah,
laluan menuju Laut Merah.
Pasukan Hamzah dan Abu Jahal bertemu
secara berdepan dan hampir berlaku perang. Namun, atas usaha Majdi bin Amru
al-Juhany, seorang lelaki yang
berpengaruh dan dihormati oleh kedua belah pihak menjadi pendamai. Kedua pasukan
dapat dileraikan dan menahan mereka daripada mengangkat senjata dan berperang.
Sesungguhnya, Ramadan Al-Mubarak
mencatatkan suatu impian kepada orang-orang bertakwa tentang sifat abid mereka - tekun berpuasa, qiamulail, melakukan kerja-kerja amal dan melakukan infaq.
Disamping menghadapi kekufuran dalam situasi yang berbeza, walaupun melibatkan peperangan seperti yang dihadapi oleh pejuang-pejuang mujahiddin di Iraq, syria, Afghanistan dan pelbagai rantau yang di sana para mujahiddin bersiap siaga.
Disamping menghadapi kekufuran dalam situasi yang berbeza, walaupun melibatkan peperangan seperti yang dihadapi oleh pejuang-pejuang mujahiddin di Iraq, syria, Afghanistan dan pelbagai rantau yang di sana para mujahiddin bersiap siaga.
No comments:
Post a Comment