Ali
bin Abi Talib KWJ berkata:
'Jauhi oleh kalian panjang angan-angan,
kerana perkara tersebut boleh membuat kalian lalai."
Maka,
berdasarkan kepada pengamatan tersebut jangan percaya kepada segala bentuk
desas-desus dan gosip kerana ramai yang sering menanti berbagai perkara;
tentang terjadinya bencana-bencana dan kejadian-kejadian, untuk beberapa hari,
minggu, bulan dan tahun, yang ternyata tidak pernah menjadi kenyataan.
Contohnya;
serangan pakatan kufur terhadap pejung-pejung mujahidin di Iraq dan Syria yang
digembar-gemburkan kononnya hancur lebur, hancur berkecai, bertempiaran lari
mencari suaka politik tetapi pada realitinya pejung-pejuang itu semakin
memperkukuhkan pasak-pasak mereka, dan begitu juga provokasi perang antara
Korea Utara dengan Amerika Syarikat, berakhir seperti berlalunya angin
sepoi-sepoi bahasa. Jangan terikut dengan rentak dajal biar kita jadi diri kita
sendiri.
Golongan
dajal mencipta ketakutan dalam hati mereka dan hati orang lain. Dia ajak orang
lain masuk neraka sebagaimana telah pasti dia masuk neraka.
Maha
Suci Allah, alangkah sengsaranya kehidupan mereka.
Barangkali
ada satu perumpamaan yang sesuai bagi mereka, iaitu; orang-orang yang tertawan
di dalam penjara China. Mereka diletakkan di bawah sebuah paip air yang menitis
air di atas kepalanya, setitis demi setitis dalam setiap detiknya. Mereka
dipaksa menunggu titisan demi titisan air itu dengan harapan sehingga gila dan
hilang kesedarannya.
Allah
s.w.t. menggambarkan para penghuni neraka yang mereka tidak dibinasakan
sehingga mereka mati dan tidak diringankan dari mereka azabnya. Atau
digambarkan mereka itu tidak mati dan tidak hidup di dalamnya. Setiap kali
kulit mereka hangus, Kami ganti dengan kulit yang lain pula.
Baiklah,
banyak buku-buku yang membahas tentang masalah penyakit kegelisahan dan
gangguan mental, sama ada dari kalangan cendekiawan Islam, sasterawan, guru,
ahli politik, sejarawan, atau dari kalangan yang tidak disebutkan di sini
kerana ramai sangat kata ganti nama ketiga, mereka.
Tidak
terkecuali perbahasan-perbahasan dan perbincangan di majalah-majalah,
buletin-buletin, risalah-risalah, jurnal-jurnal atau buku-buku daripada timur
dan barat yang telah diterjemahkan.
Termasuklah
dalam program khusus; forum, seminar, wacana, dialog ceramah, tazkirah atau
percambahan minda secara santai. Semua perbahasan-perbahasan mereka sepakat
dapat dirumuskan kepada tiga perkara asas.
Jika
nak sembuh dan terhindar dari gangguan mental atas diri kita, maka wajarlah;
hati mesti menjadi ceria sebagaimana cerianya kanak-kanak, anak dara atau
wanita/isteri-isteri yang disayangi oleh suami mereka, berlapang dada, sihat
walafiat tubuh dan akal, elakkan mendajal. Tiga perkara pokok itu, ialah:
1. Senentiasa menjalinkan hubungan
dengan Allah s.w.t ;
a.
MenyembahNya.
b.
Taat kepadaNya.
c.
Berserah diri kepadaNya.
2. Melupakan masa lalu tentang;
a.
Kesedihan; semua kesedihan dan bencannya.
b.
Kepahitan; semua kepahitan dan keresahannya.
c.
Keperitan; semua keperitan dan kesengsaraannya.
Mulailah
sebuah kehidupan baru dengan hari yang baru dan semangat yang baru.
Bila?
Sekarang!
3. Meninggalkan angan-angan tentang;
a.
Masa depan yang belum pasti.
b.
Tidak menyibukkan diri atau memaksa diri dengannya.
c.
Tidak terlalu mengharapkannya.
d.
Tidak larut dalam penantian terhadapnya.
e.
Tidak mengkhuatirkannya.
Kehidupan
harus ditumpukan pada yang kita hadapi hari ini. Jangan memikir melakukan
kedajalan. Ikut Nabi s.a.w jangan ikut kufur ya. Tolong ingat!
No comments:
Post a Comment