Monday, 19 June 2017

KERAJAAN PUSAT MENGHADAPI MILITAN



Kerajaan Pusat Filipina yang beribu pejabat di Manila, berusaha untuk melumpuhkan militan yang berkubu di selatan negara itu terutamanya di Marawi.

Usaha-usaha ke arah tersebut telah dimulakan melalui risikan, pengintipan, perang saraf, kaedah mengepung, meng’ambush’ dan akhirnya serbuan dilakukan dalam kawasan kubu  militan. Semua sumber telah diaktifkan bagi mengurangkan risiko korban yang ramai apabila ia berlaku, sebaliknya militan pula ‘kekurangan sumber’ dalam pelbagai segi terutamanya mereka  sukar melakukan bertindak balas apabila berlaku tindakan serangan mengejut oleh tentera.

Tetapi apabila  militan digempur dan mereka melakukan tindak balas pastinya Kerajaan Pusat boleh tunggang-langgang dibuatnya. Perancangan-perancangan Kerajaan Pusat yang sedang dilakukan boleh tergendala dan terbantut. Akhirnya strategik mereka bertukar posisi.

Kejayaan pertama Kerajaan Pusat, mereka dapat menyita duit Peso yang masih wangi dalam bungkusan tidak diusik, wang baru dan kekal pada kedudukan seperti baru di punggah dari Bank Pusat atau pusat percetakan wang negara kerana ikatan wangnya berkepul-kepul, tidak terlerai. 

Semua gerakan kejayaan dengan contoh yang dipertontonkan itu menunjukkan bahawa duit masih segar bugar. Barangakali kerana militan suka menyimpan wang baru dan wang lama ditabur-taburkannya. Dajal pula suka main silap mata.


Potensi Kerajaan Pusat

Kerajaan Pusat akan menggerakkan semua aset-aset pentingnya daripada perancang-perancang strategik, sehinggalah kepada kuli-kuli yang bergerak cerdas di medan lapangan. Berikut adalah antara susun atur pengarahan dan gerak kerja mereka yang akan dihadapi oleh militan:

  1. Presiden
  2. Timbalan Presiden.
  3. Menteri-menteri
  4. Angkatan bersenjata; Tentera dan Polis
    1. Risikan
    2. Pengintipan
    3. Cawangan-cawanga khas
    4. Penyalur-penyalur maklumat
    5. Golongan-golongan simpati
    6. Individu perseorangan
  5. Pegawai-pegawai Atasan
  6. Pegawai Pertengahan
  7. Kementerian-kementerian
  8. Jabatan-Jabatan kerajaan
  9. Negeri-Negri
  10. Bahagian-bahagian
  11. Daerah-daerah
  12. NGO-NGO pelbagai peringkat
  13. Masyarakat setempat
  14. Ketua-ketua masyarakat
  15. Agen-agen dihantar khusus sama ada secara terbuka atau melalui dalam dengan cara penyusupan masuk; menyamar dan berlakun bagi mendapatkan maklumat berkaitan militan.

Semua potensi Kerajaan Pusat dan pelbagai jentera awamnya diaktifkan.

Disamping itu Kerajaan Pusat akan menggunakan kekuatan sumber kewangannya bagi menjayakan bukan sahaja menghadapi militan tetapi apa juga situasi. Mereka akan menggunakan keadah-kaedah yang boleh menambah pendapatan dan mengagihkan sumber tersebut untuk menarik masyarakat berpaut kepadanya. Masyarakat mudah tertarik kepada sesuatu apabila perasaan dan pemikiran mereka dapat dibeli atau dibuai-buai.


Militan menangani gempuran Pusat

Para militan Filipina telah bersedia menghadapi apa juga kebarangkalian yang akan berlaku, seperti peribahasa:


“Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.”


Atau


“Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”


Kewujudan militan di Filipina bukan perkara baru mereka adalah kesinambungan daripada perjuangan yang tiada hentinya selepas negara mereka dirampas oleh Sepanyol dan dilanjutkan oleh Amerika. Kewujudan mereka kekal dan senentiasa memantapkan pelapis-pelapis mereka. 

Bagi mengekalkan pemerintahan yang berpusat di Manila mereka saling berkolaborasi dalam isu-isu yang menguntungkan tetapi merugikan para militan. Akibatnya miltan silih berganti genarasi demi generasi yang mewarisinya berhadapan dengan Kerajaan Pusat yang kurang mesra dengan mereka.

Ia akan hanya dapat dimusnahkan apabila kerajaan Pusat digantikan oleh mereka yang memahami budaya kehidupan bukan membunuh manusia yang hendak hidup berdasarkan anutan agama yang diredhai oleh Allah s.w.t..




-------------
Tambahan,


Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


''Barangsiapa berdiri (dengan sembahyang dan ibadat) pada malam Lailatul Qadar dengan iman dan ihtisab (yakni dengan keyakinan yang sempurna dan harapan yang ikhlas untuk memperolehi ganjarannya) maka dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan.''


Maka benarlah bahawa untuk mendapatkan rahmat Allah s.w.t., kaum muslimin tidak memilih-milih malam untuk beribadah, iaitu pada malam-malam tertentu saja. Mereka juga bukan mencari untung tanpa melakukan banyak usaha. Sikap untuk mendapatkan untung mendadak,  seperti MLM, Forex, riba dan seumpama dengannya, membuat kita jadi tertipu kerana Allah s.w.t. tidak memberikan taufik untuk beribadah pada saat Lailatul Qadar.

Sebaliknya, mereka yang rajin beribadah di; sepanjang malam, sepanjang hari, sepanjang minggu, dan sepanjang tahun serta tidak memilih-milih masa, Insya Allah akan mendapatkan Lailatul Qadar.

Sahabat Ibnu Mas’ud r.a. pernah memberikan nasihat tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan:


من يقم الحول يصبها


“Siapa saja yang salat malam sepanjang tahun, dia akan mendapatkannya.” (Hadith riwayat Ahmad dan Abu Daud; dinilai sahih oleh Al-Albani)

Ketika mendengar keterangan dari Ibnu Mas’ud ini, Abdullah bin Umar mengatakan:

“Semoga Allah merahmati  Ibnu Mas’ud, sebenarnya beliau faham bahwa Lailatul Qadar itu di bulan Ramadan, namun beliau ingin agar masyarakat tidak malas.” (Tafsir al-Baghawi, 8:482)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title