Tuesday, 6 June 2017

STRATEGI MENGALIH ISU



Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini (20/21 Mei 2017) singgah di Riyadh sebelum ke Tel Aviv untuk tujuan mengerat dan mengatur ulang hubungan dua hala antara dua negara kaya itu; Amerika kaya dengan persenjataan dan kedajalan, dan Arab Saudi kaya dengan minyak dan manusia umrah dan haji. Dua negara sepakat menjulang bangsanya.Dalam kunjungan Trump itu, akan adalah suatu bisikan yang menarik demi untuk hubungan strategik dua hala terutamanya perjanjian keselamatan dan perlanjutan kuasa.

Setelah berlalu hari-hari semalam, tiba-tiba Riyadh dengan rakan-rakan sekutunya yang bermasalah seperti Yaman, Libya, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain tiba-tiba gempak.

Kesemua negara-negara tersebut bukan sahaja memutuskan hubungan diplomasi dengan Doha malah menutup pintu sempadan masing-masing, termasuk; pelabuhan, jalan laut, darat dan perjalanan udara.

Tiada angin, tiada ribut, tida tanda-tanda gempa, tiada isyarat-isyarat pengganasan dan tiada petunjuk kecemasan, tiba-tiba berlaku pengisytiharan putus hubungan dengan Qatar atas alasan kononnya tindakan Doha yang didakwa membiayai keganasan Daesh sekali gus mengancam keselamatan di rantau tersebut. Daesh yang banyak menguasai telaga-telaga minyak Iraq dan Syria, Qatar pula jadi kambing hitamnya.

Di samping ikhawanul Muslimin yang dianggap oleh beberapa negara Barat sebagai pertubuhan yang aktif menjalankan ajaran agamanya, melindungi sejumlah pengganasan dan kumpulan mazhab termasuk Ikhwanul Muslimin, al-Qaeda yang bercita-cita mengubah landskap dan meruntuhkan kestabilan serantau.

Para pakar strategik melihat tanda-tanda kekalahan Amerika di Iraq dan Rusia di Syria. Mereka akan menidakkan sesebuah negara berkecuali dalam isu-isu yang melibatkan isu serantau yang mereka terpalit di dalamnya.

Suatu yang menarik dalam mesej Trump bahawa ia mengingatkan Riyadh tentang krisisnya dengan Doha pada tahun 2014.

Selepas dua hari membuang najisnya di bumi di bumi Riyadh, Trump melanjutkan ziarahnya  kepada anak kesayangannya Tel Aviv, negara yang dilindungi dan dipaksankan.

Walau bagaimanapun, tipu helah mereka telah pun diketahui oleh orang-orang beriman.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title