Umar Al-Khattab r.a. berdoa:
اللهم اني
اعوءبك من جلد الفاجر
وعجز الثقة.
"Ya Allah, aku berlindung kepdaMu dri
kekejaman orang-orang yang durjana dan kelemahan orang-orang yang boleh
dipercayai."
Doa
ini adalah ungkapan yang mulia dan ikhlas. Apabila kita amati, perhati dan
renungi tentang catatan kehidupan, maka dapat kita simpulkan bahawa rata-rata
musuh-musuh umat Islam mempunyai kesungguhan, tekad, nekad, azam dan cita-cita.
Dalam
buku bertajuk 'Malice' (Dendam),
Golda Mayer, mantan Perdana Menteri Israel, disebutkan dalam satu bab mengenai
kehidupannya, ia pernah bekerja selama 16 jam tanpa istrirehat demi
memperjuangkan prinsip-prinsip fahaman sesat dan fikiran-fikirannya yang
menyimpang, sehingga akhirnya berjaya mendirikan sebuah negara Israel
bersama-sama dengan Ben Gurion.
Dalam
buku yang bertajuk 'The Sword and Rule',
seorang diktator, Moses Dayan, ada dituliskan bahawa ia terbang dari satu
negara ke negara yang lain, dari satu bandar ke bandar yang lain, siang dan
malam, secara terang-terangan atau rahsia. Ia menghadiri berbagai pertemuan,
mengadakan persidangan, mengatur kesepakatan dan perjanjian, dan menuliskan
dalam catatannya.
Orang
seperti Moses Dayan, dapat menunjukkan kegigihan itu. Sebaliknya, kebanyakan
kaum muslimin bersikap sebaliknya. Begitulah azam yang ditunjukkan oleh orang
kafir dan kelemahan orang yang boleh dipercayai.
Umar
Al-Khattab r.a. telah menyatakan perang terhadap semua bentuk pengangguran,
kemalasan dan kelembapan. Bahkan Umar r.a. pernah menarik keluar para pemuda
yang diam di dalam masjid dan tidak melakukan apa-apa.
Umar
r.a. memukul mereka dan berkata:
"Keluar kalian dan carilah rezeki.
Langit tidak akan menurunkan emas dan perak."
Kemalasan
dan kelembapan hanya akan melahirkan fikiran-fikiran yang negatif,
terikut-ikut, terbuai-buai, mengaguk-anguk, keresahan, kegundahan, kerapuhan
jaringan saraf, dan akhirnya melekat kemurungan dan berakhir dengan berpenyakit
jiwa.
Umar
r.a. adalah seorang yang bekerja siang dan malam. Sehingga waktu tidurnya hanya
sebentar. Maka keluarganya menegurnya:
"Engkau tidak tidur?"
Tetapi
teguran itu dijawab oleh Umar r.a.:
"Jika aku tidur di malam hari, aku
merasa telah mensia-siakan diriku sendiri, dan jika aku tidur di siang hari,
aku merasa telah mensia-siakan tanggungjawab terhadap rakyatku."
No comments:
Post a Comment