Hari-hari Ramadan 1438 tinggal menunggu detik-detik
penghujungnya sebagaimana pada tarikh Miladiah atau Kalender masehi biasanya
dikenali juga dengan sebutan ‘The Messianic’,
setiap tahun akan dihitung oleh pengikut-pengikut kalender tersebut akan
detik-detik berakhirnya dengan mengadakan pelbagai persembahan khususnya
tembakan bunga api dan pelbagai hiasan lain menandakan berakhirnya tahun
tersebut dan digantikan pula dengan tahun baru.
Berbeza dengan kita umat Islam, pertukaran masuknya waktu
salat fardu, hari, minggu, bulan dan tahun disambut dengan laungan takbir
sebagaimana kita akan bertakbir; ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ketika muazin
melaungkan azan menandakan telah masuk perubahan waktu bagi kawasan-kawasan
tersebut.
Contohnya, muazin melaungkan azan pada waktu Maghrib pada 1
Syawal 1438, maka bermulalah bulan baru dan berakhirnya bulan Ramadan 1438.
Benarlah firman Allah s.w.t. dalam al_quran pada surah
al-Haddid: 20-21:
“Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak
lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan
(yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang
bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan
bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak;
(semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman
yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada
kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang
tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi
hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab
yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia
itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi
orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia
ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik)
untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman
kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya
mempunyai limpah kurnia yang besar.”
Allahu Akhbar.
Salam Ramadan Al_Mubarak.
No comments:
Post a Comment