Ada yang berpandangan bahawa perbuatan doa hanyalah
dilakukan oleh orang lemah, daif, dungu, tidak memiliki wawasan dan cita-cita.
Sangkaan-sangkaan itu adalah bersifat dangkal, pesimis dan
tiada motivasi. Lemah berfikir.
Ada juga di kalangan masyarakat menyangkal bahawa berdoa itu
adalah suatu ibadat yang ringan sahaja, kalau suka lakukan dan kalau malas
tidak mengapa.
Mereka tidak memahami bahawa berdoa itu adalah suatu rangka
ibadat, yang berkaitamn dengan kesempurnaan Iman dan Islam.
Banyak ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w.
membicarakan tentang keutamaan doa dalam kehidupan seharian.
Firman Allah s.w.t.
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku
maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada
mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa
kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),
dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Quran, surah al-Baqarah: 186)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan
(dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang
yang melampaui batas.
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya
dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat
kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.” (Quran, surah al-A'raaf:55-56)
Sabda Rasulullah s.a.w.:
”Barangsiapa dibuka pintu doa untuknya, bererti telah dibuka
pula untuknya segala pintu rahmat. Dan tiada dimohon kepada Allah, yang lebih
disukaiNya selain daripada dimohonkan afiat. Doa itu memberi manfaat terhadap
yang telah diturunkan dan yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat
menangkis ketetapan Tuhan, kecuali doa. Sebab itu berdoalah kamu sekalian." (Hadith riwayat At-Tirmidzi)
“Tidak ada sesuatu yang paling mulia dalam pandangan Allah,
selain daripada berdoa kepadaNya, sedang kita dalam keadaan lapang.” (Hadith
riwayat Al-Hakim)
No comments:
Post a Comment