Peperangan Badar Kubra, jatuh pada hari Jumaat, 17 Ramadan tahun kedua hijrah mempertemukan dua kumpulan; kumpulan berperang di jalan Allah s.w.t. manakala satu kumpulan lagi kumpulan kafir bersama sekutunya berperang di jalan taghut. Sempena bulan mulia ini marilah kita lihat sejarah lantaran banyak pengajaran yang mampu diteladani.
Sesungguhnya pengamatan keimanan berkaitan peperangan Badar merupakan satu bentuk tafaqquh fiddin sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w. bermaksud:
Sesungguhnya pengamatan keimanan berkaitan peperangan Badar merupakan satu bentuk tafaqquh fiddin sebagaimana sabda Baginda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Dan barangsiapa yang Allah berkehendak kebaikan terhadapnya nescaya Allah akan memberikannya kefahaman di dalam agama.” (Hadith riwayat Bukhari).
Peperangan Badar bukan sekadar peperangan melibatkan dua kumpulan manusia, bahkan ia merupakan sebahagian daripada agama dan akidah kerana Allah tabaraka wa taala. Peristiwa itu diabadikan dalam dua surah al-Quran; surah al-Anfal dan surah Ali Imran.
Sungguh menakjubkan, Allah s.w.t. menjadikan kita umat Islam amat erat di antara sejarah dan agama. Seperti kuku dengan isi, lapar dengan kenyang dan seperti roh dengan jasad, Maka, lembaran-lembaran sejarah pada umat-umat terdahulu memberikan banyak pengajaran untuk kita memahami agama.
Baginda Nabi s.a.w. bersama para Sahabat r.a. ikhlas terhadap dakwahnya, berjihad di jalan Allah, dengan mengorbankan harta dan jiwa. Justeru, wajar kita memahami dan mengetahui akan kedudukan, mengingati sejarahnya dan mengenang sirah, khususnya bahawa hidup mereka telah terikat sejak beriman bersama Nabi s.a.w. yang mulia.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ ﴿
١٢٨﴾
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.” (Quran, surah at-Taubah: 128)
Kecekalan Sahabat r.a. menghadapi tribulasi perjuangan dalam mempertahankan agama dan harga diri. Maka, berkat kesabaran itu akhirnya mereka beroleh kejayaan dan kemenangan. Sedangkan kita pada hari ini turut menempuh keadaan yang hampir sama seolah-olah sejarah lama berulang kembali, namun natijahnya jauh berbeza.
Perkara batil pula menjadi seumpama harimau yang menerkam mangsa, kebenaran menjadi asing dan tersia-sia. Mereka yang berpegang teguh dengan agama, hak atau prinsip seperti orang yang menggenggam bara api.
Sekiranya kita meneladani kisah ini, melakukan gerak kerja sebagaimana golongan awal Islam lakukan nescaya kita akan berjaya sepertimana mereka berjaya dan kita akan menang sebagaimana mereka menang.
قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ ﴿٢٤٩﴾
“Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya". (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): "Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya". Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Quran, surah al-Baqarah: 249)
Pada hari ini pertembungan yang berlaku di antara hak dan batil, demikianlah situasi pada peperangan Badar. Pada hari ini berlaku pertembungan di antara kufur dan iman, demikianlah juga berlaku pada peperangan Badar sehingga Rasulullah s.a.w. berdoa kepada Tuhannya yang bermaksud:
“Ya Allah Ya Tuhanku sekiranya kumpulan dari kalangan orang Islam ini binasa nescaya Engkau tidak akan disembah di mukabumi lagi.” (Hadith riwayat Ahmad).
Peperangan Badar merupakan simbolik penindasan orang zalim ke atas mereka yang dizalimi. Pada hari ini golongan memusuhi Islam menguasai dunia, mereka menzalimi orang-orang beriman, mereka merampas hak-hak golongan lemah. SehinggakanBaginda Nabi s.a.w. berdoa pada Allah s.w.t. ketika peperangan Badar:
“Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak berkasut maka tanggunglah mereka,
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka tidak berpakaian maka berikanlah mereka pakaian,
Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya mereka lapar maka berikanlah mereka makanan”
(Hadith riwayat Baihaqi).
Allah s.w.t. memperkenankan doa Baginda Nabi s.a.w. melalui kemenangan peperangan dan mereka kembali dengan membawa harta rampasan perang dan pahala bersama-sama.
ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ ﴿٢١﴾
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Quran, surah Al-Hadid: 21)
Amat menakjubkan, lagi ganjil bahawa orang muslimin keluar bersama Nabi s.a.w. pada Hari Badar sedangkan mereka tidak mempunyai niat untuk keluar berperang. Hanya yang mereka inginkan ialah kafilah perniagaan Quraish milik kuffar Mekah sebagai timbal balas harta dan hak-hak mereka yang telah diambil oleh golongan tersebut di Kota Mekah. Juga untuk memintas jalan perniagaan orang-orang Quraish ke Syam supaya mereka tunduk, tidak takabbur dan tidak melampaui batas. Sehinggakan Rasulullah s.a.w. tidak mewajibkan sesiapa pun untuk keluar bersama baginda juga tidak memarahi mereka yang tidak ikut serta malahan tidak mempersiapkan apa-apa kelengkapan perang untuk ke sana. Bersama yang demikian, Allah s.w.t. menghendaki perkara yang lain sehingga orang Islam bertemu dengan mereka tanpa ada sebarang senjata yang mencukupi atau persiapan yang rapi. Namun mereka tetap menghadapi takdir peperangan yang ditentukan itu dengan penuh sabar lagi meyakini bantuan Allah.
Mereka tetap teguh sehingga menjadi golongan yang menang lantas memberitahu kepada dunia bahawa maju terus itu lebih baik daripada berundur, kematian yang mulia itu lebih baik daripada kehidupan yang hina dan bahawasanya Allah bersama orang-orang yang ikhlas.
Di hadapan golongan sedikit yang beriman ini menuju ke medan perang berdasarkan qada’ dan qadar Allah. Golongan kafir pula keluar dalam keadaan megah dan sombong. Pemimpin kafir ketika itu iaitu Abu Jahal bertegas untuk keluar ke medan Badar sambil menyembelih binatang, meminum arak, mendengar nyanyian dan menyaksikan tarian sehingga terdengar pesta mereka dari kejauhan.
Maka apakah akibat kesudahan mereka? Allah s.w.t. menghinakan golongan kafir yang terpedaya dan menimpakan mereka dengan kehinaan meskipun mereka mempunyai kelengkapan perang yang banyak dan Allah s.w.t. memberikan kemenangan kepada golongan mukminin yang khusyuk meskipun mereka itu sedikit dari segi bilangan dan kelengkapan perang.
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنتُمْ أَذِلَّةٌ ۖ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ ﴿١٢٣﴾
“Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).” (Quran, surah Ali-Imran: 123)
Antara pengajaran penting lain di dalam perang Badar ialah:
- Baginda Nabi s.a.w. tiidak memutuskan sesuatu keputusan dengan pendapat sendiri.
- Tidak bersendirian melakukan tindakan.
- Tidak memaksa orang lain menerima keputusan bahkan Baginda Nabi s.a.w. bermesyuarat dengan kaumnya.
- Berkatalah seorang Sahabat r.a. dari Muhajirin :
- “Wahai Rasulallah, laksanakan apa yang Allah perintahkan kepadamu maka kami tetap bersamamu. Demi Allah! Kami tidak akan mengatakan kepadamu sebagaimana Bani Israel katakan kepada Musa: Pergilah kamu dan Tuhanmu dan perangilah mereka, sesungguhnya kami menunggu di sini. Tetapi kami akan berkata: “Pergilah kamu dan Tuhanmu dan perangilah mereka, sesungguhnya kami akan turut berperang bersamamu.” Bukan itu sahaja bahkan Baginda Nabi s.a.w. turut berkongsi menunggangi seekor unta bersama dua orang sahabat lain sehinggakan mereka berkata: “Tunggangilah wahai Rasulallah dan biarkan kami berjalan”. Namun baginda enggan sebaliknya bersabda: “Tidaklah aku terkaya (tidak memerlukan) pahala berbanding kamu berdua”.
- Maha benarlah firman Allah s.w.t.:
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا ﴿٢١﴾
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” (Quran, surah Al-Ahzab: 33)
Marilah kita bertaqwa kepada Allah s.w.t. dengan sebenar taqwa dan janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam.
No comments:
Post a Comment