Friday, 23 June 2017

DOA DIPERKENANKAN



Baginda Nabi s.a.w. bersabda:


ان الله طيب لا يقبل الا طيبا


"Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak akan menerima, kecuali yang baik." (Al-Hadith)


Ibnu Rajab pernah bercerita tentang seorang ahli ibadah yang sedang berada di Mekah. Dia kehabisan bekalan makanan dan menderita kelaparan yang amat sangat, hampir-hampir membinasakanya.

Ketika ia sedang berjalan-jalan mengelilingi kawasan salah satu jalan di bandar Mekah, tiba-tiba ia menemui kalung antik dan sangat mahal harganya. Ia pun mengambilnya dan memasukkannya ke dalam begnya. Ia meneruskan langkahnya menuju Masjidil Haram.

Di sana ia mendapati seorang lelaki yang sedang mencari-cari sesuatu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mengumumkan bahawa dirinya telah kehilangan kalung. Orang yang kehilangan kalung itu menceritakan bentuk, keadaan dan ciri-cirinya sebagai penjelasan bagi meyakinkan pendengar barangnya yang hilang. Ternyata semua keterangan yang disampaikan mirip kepada kalung yang ditemukan orang tersebut.


"Saya berikan kalung itu kepadanya namun dengan syarat memberikan imbalan kepada saya," kata orang yang menemukan itu.


Kalaung itu pun diambilnya dari dalam beg dan diserahkan kepada lelaki itu.

Lelaki itu beredar tanpa berkata-kata; dia pergi begitu saja tanpa ucapan terima kasih, atau dengan memberi beberapa dirham, sepatah kata, mahupun dengan memberi apa-apa saja.


"Ya Allah aku biarkan semua itu untukMu, maka gantilah untukku suatu yang lebih baik darinya."


Kemudian dia pergi ke pelabuhan, dan menumpang sebuah perahu. Setelah di laut, tiba-tiba angin bertiup kencang sekali, dan perahu yang ditumpanginya itu pun karam. Akhirnya ia terapung-apung di atas air bergayut dengan sebatang kayu. Air laut itu pula digerakkan oleh arus dan dimain-mainkan oleh angin ke kiri ke kanan hingga akhirnya terdampar di sebuah pulau. Dia pun turun ke daratan dengan keyakinan kepada Allah s.w.t..

Di pulau itu dia menuju sebuah masjid dan orang ramai sedang melakukan salat berjemaah, dia pun ikut salat bersama mereka.

Di masjid itu dia menemukan lembara-lembaran kertas  yang setelah dibacanya ternyata ayat-ayat al-Quran. Salah seorang dari mereka bertanya kepadanya:


"Apakah anda sedang membaca al-Quran?"


Jawabnya:


"Ya."


Kemudian penduduk kampung itu berkata:


"Ajarkan anak-anak kami al-Quran."


Dia pun setuju  untuk mengajar al-Quran kepada mereka  dengan dibayar.
Kemudian dia pun menulis  tulisan Arab, dan orang itu pun bertanya lagi.


"Apakah anda boleh mengajari anak-anak kami tulis-menulis?"


Jawabnya:


"Ya."


Maka dia pun mengajar anak-anak mereka dengan menerima bayaran.

Penduduk di kampung itu kemudian bercerita kepadanya bahawa di tempat itu ada seorang perempuan yatim, anak dari seorang yang sangat baik. Kini kedua ibu bapanya meninggal dunia.


"Apakah anda mahu menikahinya?" tanya orang-orang itu kemudian.


Dia menjawab:


"Tak apa."


Dan dia pun akhirnya menikah dengan perempuan yatim tersebut.

Ketika masuk ke bilik pengantin, di hari dan malam pertama, dia melihat kalung yang pernah dia temukan itu melingkari di leher isterinya. Maka ia pun bertanya:


"Bagaimana kisah tentang kalung ini?"


Si isteri pun bercerita.

Dalam cerita itu disebutkan bahawa ayahnya suatu hari pernah menghilangkannya di Mekah. Kata si ayah kepadanya, kalung ini ditemukan oleh seorang lelaki yang kemudian diserahkan begitu saja kepadanya tanpa sesuatu permintaan. Sekembalinya dari Mekah, si ayah selalu berdoa dalam sujudnya semoga pada Allah s.w.t. mengurniakan suami buat anak perempuannya seperti lelaki yang menemukan kalung itu.

Di akhir ceritanya, si suami menyampuk:


"Saya lelaki itu."


Kini kalung itu berada di sisi lelaki itu dengan status halal, sebab dia telah meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. pun menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Allahu Akhbar.

Ketika hendak membuat kata putus menentukan untuk menikah, calun lelaki; remaja, pemuda dan duda terkial-kial menentukan isteri. Adakalanya pendapat dan pandangan orang lain mempengaruhi penentuan pilihan.

Macam-macam congakan difikirkan; kecantikannya, akhlaknya, keturunannya, kekayaannya dan agamanya.

Contohnya, seorang ayah dan/atau seorang ibu memilihkan untuk anaknya sebagai calun isteri anaknya, selain wanita yang diinginkan oleh anaknya.

Terkadang si anak menyetujui keinginan orang tuanya dengan perasaan terpaksa, maka terjadilah perkara yang tidak diinginkan; tidak disukai, hambar sejak mula diijab qabul dan berterusan memendam rasa. Maka 'genetiknya boleh terbantut'.

Nasihat yang dapat disumbangkan adalah bahawa jangan teruskan walaupun melibatkan telah berlaku perzinaan, dirogol atau tersilap ‘parkir’, khususnya  dalam masalah pernikahan KECUALI dari sisi agama, kecantikan dan akhlaknya sudah boleh diterima. Sebabnya, masalah pernikahan adalah masalah kelangsungan hidup si wanita. Bukan sesuatu yang ketika tidak lagi berharga, lalu dengan bebas dicampak begitu saja.

Dia suka dibelai-belai, dipujuk-pujuk, dibisik-bisik dan apabila dibenci ‘dipenjara’, ‘digantung’ dan dicerai.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title