Sarang labah-labah boleh memerangkap serangga yang
berterbangan dan merayap ke arahnya. Apabila sahaja tersentuh pada jaringan
sarang tersebut sudah pastilah mangsanya sukar melepaskan diri dan ia akan mati
di situ sama ada akan dimakan oleh labah-labah atau mati kelaparan kerana terlingkar oleh ikatan tali-temali jaringan
sarang tersebut.
Semasa baginda Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar As-Siddiq
r.a. berada di dalam gua Tsur seekor labah-labah
telah membuat sarang dan menutupi pintu gua tersebut.
Allah s.w.t. memerintahkan seekor labah-labah untuk membuat
sarang di mulut gua itu. Walaupun di pintu
gua telah diintip-intip, diperhati dan dilihat ke dalamnya oleh kaum kafir
Quraisy, mereka tidak dapat melihat
kedudukan Baginda Nabi s.a.w. dan Abu
Bakar r.a. di situ. Menurut mereka, dengan adanya sarang labah-labah menutupi
pintu gua tersebut menandakan bahwa tidak ada orang yang masuk ke dalamnya.
Selama tiga hari Baginda Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bertapa di gua Tsur. Mereka akhirnya berjaya membolosi kepungan kaum kafir yang berhasrat memudaratkan Baginda Nabi s.a.w..
Selama tiga hari Baginda Nabi s.a.w. dan Abu Bakar r.a. bertapa di gua Tsur. Mereka akhirnya berjaya membolosi kepungan kaum kafir yang berhasrat memudaratkan Baginda Nabi s.a.w..
Maka benarlah bahawa sebaik-baik perancangan adalah
perancangan Allah s.w.t.
Nama labah-labah diabadikan dalam sebuah surah al-Quran,
yakni surat al-Ankabut (labah-labah). Nama
labah-labah, dinukilkan dalam surah al-Ankabut pada ayat ke 41;
"Perumpamaan
orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah s.w.t. adalah
seperti labah-labah yang membuat rumah. Dan sesungguhnya rumah yang paling
lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui."
Prof Quraish Shihab dalam tafsir ‘al-Mishbah’ menjelaskan, ayat di atas menyamakan kaum musyrikin
yang menjadi berhala-berhala sebagai pelindung dengan labah-labah yang membuat
sarang sebagai pelindung. Sarangnya sangat lemah. Namanya saja rumah atau
sarang.
Peristiwa tersebut dinyatakan dalam al-Quran, pada surah at-Taubah ayat 40;
“Kalau kamu tidak
menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu
ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia
salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika
ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya
Allah bersama kita". Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada
(Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu
tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir
terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang
tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
No comments:
Post a Comment