Sukan tahunan berlaku setiap tahun di negara kita. Ia bukan
sahaja dimulai diperingkat tadika tetapi berlanjutan sehingga peringkat sukan
olimpik. Sehingga untuk orang cacat pun turut diadakan juga aktiviti sukan itu.
Berentetan daripada aktiviti itu ia berkesimbungan kerana di sana ada nilai
wang.
Barangkali kita pernah menyertai acara lumba lari 100 meter
misalnya, dengan perasaan malas, tidak bersemangat pastilah kita akan berhenti
di tengah jalan tanpa malu dan segan dengan rakan-rakan yang bersaing.
Sebaliknya, bila kita menyertai lumba lari 400 meter dengan semangat yang
tinggi, yakin, maka kita tidak akan merasa letih menjalani larian setiap meter
yang dilalui dan kita akan sampai ke penamatnya.
Maka, semangat itu dapat mendorong seseorang mencapai tujuan
yang lebih ditentukan oleh sikapnya. Oleh itu, marilah kita tentukan dan
bangkitkan keyakinan diri dalam meraih sesuatu yang sukar sekalipun.
Hidup ini adalah seni. Seninya pula dapat dipelajari dan
ditekuni. Ada di antara kita berusaha keras dan bersungguh-bersungguh belajar
masak-memasak, merekacipta dan menghasilkan gubahan bunga-bunga hantaran
menarik, menjalincampurkan wang-wangian supaya sedap baunya, memerah otak
menghafaz al-Quran dan membina cinta sepanjang hidupnya.
Aktiviti-aktiviti tersebut lebih baik daripada berterusan
memerah tenaga dan waktu hanya untuk mengumpul harta atau menyimpannya dibank
tanpa disentuh.
Bagaimanapun, apakah ertinya hidup ini jika hanya bertujuan
untuk mengumpul harta-harta dan tidak dimanfaatkan sedikit pun untuk
meningkatkan keimanan, kasih sayang, cinta, keindahan dan keceriaan dalam
hidup?
Ramai yang tidak mampu melihat keindahan hidup ini. Mereka
hanya membuka matanya untuk ringgit dan emas, dan berusaha agar mereka boleh
berjalan di taman bunga yang ditumbuhi oleh berbagai jenis bunga yang
mempersonakan, membeli-belah di kedai-kedai beribu-ribu persegi luasnya,
menghabiskan keceriaannya berlalu tanpa disedari kerana
dimamah oleh saat-saat memikir dan melakukan 'gaya hidup semasa', duduk
berkelah di tepian air terjun yang bergemercik, deras airnya, melihat dan
mendengar burung-burung yang berkicau riang. AKAN tetapi kita tidak pernah
berupaya bagaimana caranya membuat hati ceria bahagia. Kita asyik memikir dan
berkira-kira berapa ringgit nak masuk bank dan berapa pula ringgit nak
dibelanjakan.
Bagi sesetengah orang, ringgit adalah satu-satunya alat
untuk mencapai hidup bahagia. Mereka telah memutarbelitkan keadaan dengan
menjual kehidupan bahagia ini demi memperolehi ringgit.
Allah s.w.t. memberi kita mata, diciptanya sedemikian rupa,
bentuknya unik agar kita dapat melihat keindahan ciptaanNya.
Namun, kita seringkali biasa, terbiasa dan membiarkannya hanya
untuk melihat benda-benda yang menjauhkan diri kita daripada kebahagian.
No comments:
Post a Comment