Thursday 25 May 2017

ZAKAT 2018 MEMPERKASA UMMAH



ZAKAT DIPERKASA DALAM ANJAKAN PARADIGMA 2018 MENGGAMIT KETERLIBATAN KERAJAAN PUSAT


Pandangan spontan sebagai anjakan baru bagi tahun 2018 memperakui penetapan nisab zakat 2.5 peratus menzakatkan pendapatan Kerajaan Pusat untuk disalurkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri


Kerajaan Pusat telah memperuntukkan Bajet 2017 sebanyak RM260.8 bilion bagi tujuan perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Ia tidak termasuk perbelanjaan luar jangka.

Dalam suasana ekonomi semakin pulih, berkembang dan mantap, tidak sukar untuk diramal bahawa akan berlaku peningkatan pendapatan negara bagi tahun 2017. Ia juga turut disokong dalam keadaan negara yang aman damai, terkawal dan dalam zon selamat.

Dengan jumlah penduduk yang direkodkan pada tahun 2016 seramai 31.7 juta orang. Ia terus  meningkat sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang kian meningkat saban tahun. Di samping itu, peraih suaka pekerjaan dari negara serantau juga turut meningkat dan ia boleh mencecah sehingga 10 juta orang.  Pertambahan penduduk dan peraih pekerjaan ini menunjukan bahawa negara kita dalam kondusif selesa, berdaya saing dan amat harmonis,

Melalui pengagihan peruntukan yang amat berkesan itu, di samping komitmen Kerajaan Pusat  untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan yang ditetapkan dan luar jangka, maka, wajar juga Kerajaan Pusat membuat anjakan baru, menginovasi dan memotivasikan aktiviti kebajikannya bermula pada tahun 2018 dengan  mengeluarkan zakat daripada bajet 2018 dengan nisab yang tetap sebanyak 2.5 peratus. Peruntukan zakat tersebut bagi menyuburrahmatkan lagi bajet 2018. Pengagihan  zakat itu diperakaunkan dan diagihkan kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan mengagihkan wang zakat, kerana mereka adalah agensi yang terlibat secara langsung dalam menangani masyarakat dan golongan sasar.

Pemimpin politik juga dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti-aktiviti bersama asnaf, yang peruntukan wajibnya disalurkan terus.


Justifikasi dan implikasi mengait komitmen Kerajaan Pusat:

1. Nisab zakat 2.5 peratus.
2. Anggaran Bajet 2018,  RM280.00 bilion.
3. Peruntukan zakat RM7.00 bilion.
4. Bayar kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri sebanyak 14 buah Majlis.
5. Peruntukan agihan menurut per kapita.
6.  Penegasan: 'Ya Allah Engkau Rahmati Kami'

Demikian juga penglibatan Kerajaan Negeri mengambil langkah-langkah sama yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat.

Termasuklah juga penstrukturan semula kaedah bayaran zakat oleh agensi-agensi korporat bagi memperkasa kedudukan institusi zakat, Kompeten menurut semasa, sistem agihan fleksibel  bagi mengangkat martabat umat. Ia akan meratai kepada golongan sasar yang layak menerimanya seperti yang diutarakan dalam al-Quran pada surah at-Taubah ayat 60.

Manakala pemberian-pemberian sedia ada kekal pada terma yang telah dipersetujui.

Ada suatu kaedah yang menarik untuk dikongsi, iaitu menghulur sesuatu dengan menarik sesuatu.

Maksudnya, memperuntukkan wang dengan nisab tetap 2.5 peratus daripada pendapatan tahunan Kerajaan Pusat kepada Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, kemudian mengagihkan semula kepada golongan sasar.

Maka berdoalah makhluk di langit dan di bumi mohon rahmat kepada penghuni buminya, kerana dosa-dosa mereka diampuni, dan taubatnya diterima.

Amin.


Ikhlas,
Abdullah Usman


29 Syaaban 1438H




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title