Pernahkah
tuan puan mendengar kisah manusia yang hidup sepanjng zaman? Kisah mereka
selalu disebut-sebut, diulang-ulang, dikaji, diulas, dibahas, dan dijadikan
panduan untuk meneguhkan pasak-pasak kehidupan bagi menjulang martabat umat?
Peristiwanya
berlaku ribuan tahun tapi relevan sepanjang zaman.
Kisah
tentang mereka; persamaannya sukar dan tidak akan ditemui dalam mana-mana
kitab-kitab tawarikh yang ditulis oleh pemikir-pemikir Barat dan negara bangsa
lain?
Kecuali jika
ia memberi keuntungan kepada mereka dengan memetik kata-kata hikmah daripadanya
lalu dijadikan tesis mengenainya? Kalau ada lagi boleh dihitung dengan jari
jumlahnya dan ditokok-tambah sebagai suatu penceritaan bagi menbangkitkan
semangat bangsa mereka.
Berbeza
dengan pensejarahan dalam Islam. Ia bukan sahaja ditulis secara 'detail'
biografi tokok-tokoh, ilmuan-ilmuan,
pemikir-pemikir dan pewaris-pewaris dakwahnya, tetapi turut dirakam kehebatan-kehebatan
pelopor generasi awal di dalam arena peperangan. Mereka adalah manusia tegas,
bercita-cita tinggi dan tidak takut dengan celaan orang-orang yang mencela.
Mereka
menanamkan moto:
لا اله الا الله محمد رسول الله
Al-Quran
merakamkan kisah-kisah mereka melalui pernyataan secara umum. Kemudian ia
diperjelaskan pula dengan catatan-catatan sahih secara terperinci dalam
rekod-rekod yang mantap, bertanggungjawab dan berwibawa. Yang benar disahihkan
dan yang kurang tepat ditolak.
Ketika
Rasulullah s.a.w . memulakan hijrah ke Madinah puak-puak pembesar Quaraisy
telah menawarkan berbagai hadiah lumayan kepada sesiapa saja yang dapat
membunuh Rasulullah s.a.w..
Antara
pemuda gagah yang bercita-cita menyahut tawaran itu adalah Suraqah bin Malik.
Dalam menjejaki pergerakan Rasulullah s.a.w., beliau amat teliti sehingga
akhirnya dapat menghampiri Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a.. Apabila beliau
telah hampir dengan Rasulullah s.a.w., kudanya terperosok, tersungkur dan pada
satu peringkat kudanya terkubur dan sukar bergerak. Beliau menjerita memohon kepada Rasulullah
s.a.w. melepaskannya, dan berjanji membiarkan Rasulullah s.a.w. berhijrah. Laku
Rasulullah s.a.w. dan Abu Bakar r.a. membantu Suraqah daripada masalah
tersebut. Suraqah melafazkan keislamannya pada Rasulullah s.a.w. disaksikan
oleh Abu Bakar r.a.. Kemudian Rasulullah s.a.w. memberi khabar gembira pada
Suraqah r.a. dengan mengatakan bahawa pada suatu masa kelak dia akan memakai
gelang Kisra (milik raja Parsi).
Khabar
gembira yang disampaikan pada Suraqah r.a. itu menjadi kenyataan tatkala Umar
Al-Khattab r.a. menjawat jawatan khalifah. Sampai saatnya, suatu hari pasukan
Islam yang dipimpin oleh Umar Al-Khattab r.a. berjaya menakluki Parsi. Umar
r.a. memanggil Suraqah antara panglima perang yang mengetuai barisan hadapan
ketika berperang di Parsi untuk datang ke Masjid Nabawi. Saat itulah Suraqah
r.a. diminta oleh Umar r.a. untuk menyarungkan pakaian dan perhiasan bekas
milik raja Parsi di hadapan orang ramai di dalam masjid.
Ketika
Perang Badar, Baginda s.a.w. dengan semangat teguh mengenakan baju perangnya
dan bersabda melalui firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qamar ayat 45:
"(Sila
rujuk ayat tersebut dalam al-Quran. Ramadan pun dah dekatkan, rajin-rajinlah
selak al-Quran ya)"
Bermadahlah
seorang bijak melontarkan pandangannya:
"Anda
adalah pemberani. Jika berhadapan dengan pasukan lawan. Dalam keadaan sulit
anda berjaya mengalahkan pendekar-pendekar mereka. Anda juga adalah
pejuang-pejuang mujahiddin tidak akan dikalahkan oleh pakatan
kekufuran."
Ketika
Perang Uhud, setelah ramai Sahabat r.hum. yang terluka dan syahid, maka
Rasululkah s.a.w. bersabda kepada para Sahabat r.hum:
"Berbarislah
kalian di belakangku, maka aku akan memuji Tuhanku."
Azam yang
teguh, pasak yang kukuh, barisan yang mantap merupakan cita-cita Nabi s.a.w.
yang menembus bintang-bintang di angkasa, tekad seorang nabi yang menggoncang
gunung-ganang dan membelah lautan membina gelombang dahsyat menghancur musuh
kekufuran.
Berkata
seorang strategik perang Islam:
"Jikalau
mereka terbunuh, darah mereka bergolak kerana terbunuh di jalan Allah s.w.t.
sudah menjadi cita-cita mereka sejak dulu."
"Sesungguhnya
orang yang berjaya di dunia adalah orang yang tidak bergantung pada sesiapa pun
di dunia."
Allahu
Akhbar.
No comments:
Post a Comment