Tuesday, 27 June 2017

QATAR: 13 TUNTUTAN ARAB SAUDI



Qatar: 13 Tuntutan Arab Saudi Tidak Masuk Akal
Senin, 26 Juni 2017 08:40   0 Komentar

Daftar Permintaan Arab Saudi, dan Negara Teluk lainnya. Sebagaimana dikutip dari situs Hidayatullah.com


1.   Menurunkan   hubungan  diplomatik   dengan   Iran   dan   menutup  misi diplomatik Iran di Qatar, mengusir anggota Garda Revolusi Iran dan memutus kerja sama militer dan intelejen dengan Iran. Perdagangan dengan Iran harus sesuai dengan sanksi AS dan internasional dengan cara yang tidak membahayakan keamanan Dewan Kerjasama Teluk.

2.   Segera menutup pangkalan militer Turki, yang saat ini sedang dalam tahap pembangunan, dan menghentikan kerja sama militer dengan Turki di dalam Qatar.

3.  Memutus  hubungan dengan  semua “organisasi teroris, sektarian dan ideologis,” khususnya Ikhwanul Muslimin, ISIS, al-Qaeda, Fateh al-Sham (dulunya bernama Jabhah Nusrah) dan Hizbullah Libanon. Secara resmi menyatakan pihak-pihak ini sebagai kelompok teror seperti yang diumumkan oleh Arab Saudi, Bahrain, UEA dan Mesir, dan menyetujui semua perbaharuan daftar ini di masa yang akan datang.

4.   Menghentikan semua pendanan bagi individu, kelompok ataupun organisasi yang telah dianggap sebagai teroris oleh Arab Saudi, UEA, Mesir, Bahrain, AS dan negara lain.

5.   Menyerahkan “tokoh-tokoh teroris”, buronan dan individu yang dicari Arab Saudi, UEA, Mesir dan Bahrain ke negara asal mereka. Membekukan aset mereka, dan memberikan informasi yang diinginkan mengenai tempat tinggal, gerakan dan keuangan mereka.

6.    Menutup Aljazeera dan stasiun afiliasinya.

7.  Menghentikan intervensi hubungan internal kedaulatan negara. Berhenti memberikan kewarganegaraan pada buronan Arab Saudi, UEA, Mesir dan Bahrain. Mencabut kewarganegaraan Qatar bagi warga negara yang melanggar hukum di negara-negara tersebut.

8.   Membayar  perbaikan  dan  kompensasi  kerugian  nyawa  dan  kerugian finansial lain yang disebabkan oleh kebijakan Qatar di tahun-tahun ini. Jumlahnya akan ditentukan setelah kordinasi dengan Qatar.

9.  Meluruskan kebijakan militer, politik, sosial dan ekonomi Qatar dengan negara Arab dan Teluk lainnya, serta masalah ekonomi, sesuai kesepakatan tahun 2014 yang dicapai dengan Arab Saudi.

10.  Menghentikan komunikasi dengan oposisi politik di Arab Saudi, UEA, Mesir dan Bahrain. Menyerahkan berkas mengenai kontak Qatar dan dukungan pada kelompok oposisi, serta menyerahkan rincian terkait informasi pribadi mereka dan dukungan Qatar yang diberikan pada mereka.

11. Menutup semua kantor berita yang didanai secara langsung dan tidak langsung oleh Qatar, termasuk Arabi21, Rassd, Al Araby Al Jadeed, Mekameleen dan Middle East Eye (MEE), dll.

12.  Menyetujui semua permintaan dalam waktu 10 hari setelah daftar diberikan pada Qatar, atau daftar ini akan menjadi tidak valid.

13. Menyetujui audit  kepatuhan  bulanan  pada  tahun  pertama  setelah menyetujui permintaan tersebut, diikuti oleh audit empat bulan sekali pada tahun kedua, dan audit tahunan di 10 tahun setelahnya.






SALAMUN 'ALAIKUM BIMA SHABARTUM FA 'NIKMA UQBADDAR



Allah s.w.t. mengabadikan kecekalan orang-orang beriman semasa hayat mereka dalam al-Quran seperti mana firmanNya:


سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ


"(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (Quran, surah ar-Ra'd: 24)


Wahai orang-orang dilanda masalah kefakiran.
Wahai orang-orang yang sedang dilanda kemiskinan.
Wahai orang-orang yang diliputi kesusahan.
Wahai orang-orang yang mengalami penderitan jiwa.
Wahai orang-orang yang diuji dengan berbagai macam kesulitan.
Wahai orang-orang yang dipertanggungjawabkan amanah dan memaling-malingkan dengan tangan, akal dan gerak-gerinya, ambillah peringatan untuk kemaslahatan diri. Jangan mendajal seperti Amerika melambai-lambai MH370 terperosok di lautan dalam di Laut Hindi.

Tuan/puan yang dimuliakan Allah s.w.t., tingkatkan dan teruslah beramal dengan amalan yang saleh. Semoga kita ditempatkan di dalam syurga yang telah Allah s.w.t. siapkan untuk kita, agar kita dapat berdekatan dan dengan mudah mencapai denganNya, Allah s.w.t. Yang Maha Suci.

Manusia yang paling berakal adalah mereka yang sentiasa melakukan sesuatu berorientasikan akhirat. Mereka pula menyakini bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan kekal abadi.

Sebaliknya, manusia yang paling corot atau ringkasnya manusia bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai tempat kekal mereka; rumah kekal mereka, keseronokan hidup kekal mereka, dan tujuan akhir dari semua harapan dan cita-cita mereka.

Mereka tahu, umur mereka sehari ke sehari semakin menyusut, kesihatan mereka dari masa ke semasa semakin lemah, kuasa dan pengaruh mereka semakin hilang bukan saja kepada kawan-kawan @rakyat yang pernah dipimpinnya tetapi termasuklah juga dengan anak-anaknya yang mula meminggirkan tanpa disedari olehnya.

Manusia yang berfikiran sedemikian, adalah orang yang paling sedih ketika menghadapi sesuatu musibah dan orang yang paling menyesal ketika ditimpa sesuatu bencana.

Itu semua, hanyalah kerana mereka memandang kepada kehidupan dunia yang fana dan hina ini. Mereka tidak pernah memikirkan hal yang lain, selain kepentingan dunia; wang, pangkat, wanita, kuasa, keseronokan dan nama. Tidak melakukan sesuatu kecuali hanya untuk dunia. Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikit pun keceriaan, kegembiraan dan privasi mereka di dunia ini diganggu, dikotori dan pihak lain masuk campur urusan peribadi mereka. Mereka sensitif apabila keduniaan mereka dipertikai tetapi menjadi layu apabila dajal memulas keyakinan mereka.

Sebaliknya, sekiranya mereka membuka tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka kebodohan yang menutupi mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada diri mereka sendiri tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan yang diperolehi di dalamnya, dan juga tentang istana-istananya yang indah. Mereka juga akan senentiasa terdiam mendengarkan penjelasan-penjelasan wahyu Illahi tentang gambaran keindahan akhirat.

Mengapakah kita kurang menyedarinya? Atau kita terpaku oleh keindahan alam dunianya; bangunan pencakar langitnya, keindahan pemandangan panorama dengan rumah menghiasi lereng-lereng bukitnya, dan keriangan meraba perasaan jiwanya? Atau zamannya telah berubah? Barangkali ada sebabnya.

Marilah kita kurangkan membuncitkan perut terutamanya berwaspada tentang amanah-amanah yang kita kawal selia, kita jangan membuai-buai perasaan kawan dengan memek muka tangisan mata mengenyit, kita jangan menjulingkan mata sambil tangan menarik sesuatu, kita jangan bermain silap mata kerana kawan-kawan menyorak dan mereka terlibat sama mendapat faraid, kita jangan berlakun di depan golongan OKU kerana kawan-kawan lain prihatin memahaminya cuma mereka mengambil sikap 'husnuz zhan'.

Ambillah kerahmatan hari ini, kerana esok tidak menjanjikan kepastian. Berapa ramai sahabat-sahabat kita semalam ketawa-ria, bicara bermadah, berjalan bersama tapi hari ini mereka telah tiada. Kemana mereka pergi?

Jangan kita teruskan amalan orang-orang degil kerana sambaran api boleh menyapa bila-bila masa.

Sesungguhnya, demi Allah, akhirat itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali yang layak untuk diberikan perhatian dan memerlukan usaha yang gigih, keras dan sabar untuk meraihnya. Siapakah mereka itu? Kitalah. Anda semua.

Bersambung . . .





Sunday, 25 June 2017

NABI ULUL AZMI TEGUH HADAPI CABARAN



Terdapat 124,000 orang nabi. Sebagaimana kita ketahui, daripada senarai itu hanya 313 sahaja yang digelar rasul. Sebagai umat Islam, kita hanya wajib mengetahui 25 nabi dan rasul. Daripada 25 nabi tersebut, 5 orang adalah Ulul Azmi.

Ada lima (5) orang Nabi Dan Rasul yang mendapat gelar Ulul Azmi. Gelar tersebut dikurniakan kepada mereka kerana ketabahan dan kesabaran luar biasa dalam melaksanakan dakwah. Mereka tetap berdakwah dan menyampaikan syariat Allah s.w.t. walaupun mengalami penderitaan. Lima nabi dan rasul yang mendapat gelar Ulul Azmi, iaitu:

1)     Nabi Nuh a.s.
2)     Nabi Ibrahim a.s.
3)     Nabi Musa a.s.
4)     Nabi Isa a.s.
5)     Nabi Muhammad saw.


Itulah nama-nama Nabi atau Rasulullah yang mendapat gelar Ulul Azmi, mudah-mudahan bermanfaat bagi kita dan mudah-mudahan Allah selalu memberi hidayah dan inayahNya kepada kita semua amin.

Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya dua puluh lima (25) orang rasul sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka adalah:

1.     Nabi Adam a.s.
2.     Nabi Idris a.s.
3.     Nabi Nuh a.s.
4.     Nabi Hud a.s.
5.     Nabi Salih a.s.
6.     Nabi Ibrahim a.s.
7.     Nabi Luth a.s.
8.     Nabi Ismail a.s.
9.     Nabi Ishaq a.s.
10.   Nabi Ya’akub a.s.
11.   Nabi Yusuf a.s.
12.   Nabi Ayub a.s.
13.   Nabi Syu’aib a.s.
14.   Nabi Musa a.s.
15.   Nabi Harun a.s.
16.   Nabi Zulkifli a.s.
17.   Nabi Daud a.s.
18.   Nabi Sulaiman a.s.
19.   Nabi Ilyas a.s.
20.   Nabi Ilyasa’ a.s.
21.   Nabi Yunus a.s.
22.   Nabi Zakaria a.s.
23.   Nabi Yahya a.s
24.   Nabi Isa a.s.
25.   Nabi Muhammad s.a.w.


Berikut adalah nama-nama Rasul yang seramai tiga ratus tiga belas (313) orang pula sebagai tambahan ilmu yang bermanfaat atau barangkali kita boleh menamakan anak cucu dengan nama-nama mereka, salah seorang nama dari mereka. Barangkali nama-nama mereka berbeza dari segi penulisan, ejaan, sebutan, dan pemahaman. Walau bagaimanapun, setakat ini,  itulah nama-nama yang diketengahkan kepada umum. Semoga ianya bermanfaat:
  
1 ADAM
2 TSITS
3 ANUWSY
4 QIYNAAQ
5 MAHYAA’IYL
6 AKHNUWKH
7 IDRIS
8 MUTAWATSILAKH
9 NUH
10 HUD
11 ABHAF
12 MURDAAZIYMAN
13 TSARI’
14 SHOLEH
15 ARFAKHTSYAD
16 SHOFWAAN
17 HANDHOLAH
18 LUTH
19 ISHOON
20 IBRAHIM
21 ISMA’IL
22 ISHAQ
23 YA’QUB
24 YUSUF
25 TSAMA’IL
26 TSU’AYB
27 MUSA
28 LUTHOON
29 YA’WA
30 HARUN
31 KAYLUN
32 YUSYA’
33 DAANIYAAL
34 BUNASY
35 BALYAA
36 ARMIYAA
37 YUNUS
38 ILYAS
39 SULAIMAN
40 DAUD
41 ILYASA’
42 AYUB
43 A’US
44 DZANIN
45 ALHAMI’
46 TSABITS
47 GHOBIR
48 HAMILAN
49 DZULKIFLI
50 UZAIR
51 AZKOLAN
52 IZAN
53 ALWUN
54 ZAYIN
55 AAZIM
56 HARBAD
57 SYADZUN
58 SA’AD
59 GHOLIB
60 SYAMAAS
61 SYAM’UN
62 FIYAADH
63 QIDHON
64 SAAROM
65 GHINADH
66 SAANIM
67 ARDHUN
68 BABUZIR
69 KAZKOL
70 BAASIL
71 BAASAN
72 LAKHIN
73 ILSHOTS
74 RASUGH
75 RUSY’IN
76 ALAMUN
77 LAWQHUN
78 BARSUWA
79 AL’AZHIM
80 RATSAAD
81 SYARIB
82 HABIL
83 MUBLAN
84 IMRON
85 HARIB
86 JURITS
87 TSIMA’
88 DHORIKH
89 SIFAAN
90 QUBAYL
91 DHOFDHO
92 ISHOON
93 ISHOF
94 SHODIF
95 BARWA’
96 HAASHIIM
97 HIYAAN
98 AASHIM
99 WIJAAN
100 MISHDA’
101 AARIS
102 SYARHABIL
103 HARBIIL
104 HAZQIIL
105 ASYMU’IL
106 IMSHON
107 KABIIR
108 SAABATH
109 IBAAD
110 BASYLAKH
111 RIHAAN
112 IMDAN
113 MIRQOON
114 HANAAN
115 LAWHAAN
116 WALUM
117 BA’YUL
118 BISHOSH
119 HIBAAN
120 AFLIQ
121 QOOZIM
122 LUDHOYR
123 WARIISA
124 MIDH’AS
125 HUDZAMAH
126 SYARWAHIL
127 MA’NA’IL
128 MUDRIK
129 HARIIM
130 BAARIGH
131 HARMIIL
132 JAABADZ
133 DZARQON
134 USHFUN
135 BARJAAJ
136 NAAWI
137 HAZRUYIIN
138 ISYBIIL
139 ITHOOF
140 MAHIIL
141 ZANJIIL
142 TSAMITHON
143 ALQOWM
144 HAWBALAD
145 SOLIH
146 SAANUKH
147 RAAMIIL
148 ZAAMIIL
149 QOOSIM
150 BAAYIL
151 YAAZIL
152 KABLAAN
153 BAATIR
154 HAAJIM
155 JAAWIH
156 JAAMIR
157 HAAJIN
158 RAASIL
159 WAASIM
160 RAADAN
161 SAADIM
162 SYU’TSAN
163 JAAZAAN
164 SHOOHID
165 SHOHBAN
166 KALWAN
167 SHOO’ID
168 GHIFRON
169 GHOOYIR
170 LAHUUN
171 BALDAKH
172 HAYDAAN
173 LAWII
174 HABRO’A
175 NAASHII
176 HAAFIK
177 KHOOFIKH
178 KAASHIKH
179 LAAFATS
180 NAAYIM
181 HAASYIM
182 HAJAAM
183 MIYZAD
184 ISYAMAAN
185 RAHIILAN
186 LATHIF
187 BARTHOFUN
188 A’BAN
189 AWROIDH
190 MUHMUTHSHIR
191 AANIIN
192 NAMAKH
193 HUNUDWAL
194 MIBSHOL
195 MUDH’ATAAM
196 THOMIL
197 THOOBIKH
198 MUHMAM
199 HAJROM
200 ADAWAN
201 MUNBIDZ
202 BAARUN
203 RAAWAN
204 MU’BIIN
205 MUZAAHIIM
206 YANIIDZ
207 LAMII
208 FIRDAAN
209 JAABIR
210 SAALUM
211 ASYH
212 HAROOBAN
213 JAABUK
214 AABUJ
215 MIYNATS
216 QOONUKH
217 DIRBAAN
218 SHOKHIM
219 HAARIDH
220 HAARODH
221 HARQIIL
222 NU’MAN
223 AZMIIL
224 MUROHHIM
225 MIDAAS
226 YANUUH
227 YUNUS
228 SAASAAN
229 FURYUM
230 FARBUSY
231 SHOHIB
232 RUKNU
233 AAMIR
234 SAHNAQ
235 ZAKHUN
236 HIINYAM
237 IYAAB
238 SHIBAH
239 AROFUN
240 MIKHLAD
241 MARHUM
242 SHONID
243 GHOLIB
244 ABDULLAH
245 ADRUZIN
246 IDASAAN
247 ZAHRON
248 BAYI’
249 NUZHOYR
250 HAWZIBAN
251 KAAYIWUASYIM
252 FATWAN
253 AABUN
254 RABAKH
255 SHOOBIH
256 MUSALUN
257 HIJAAN
258 RAWBAL
259 RABUUN
260 MU’IILAN
261 SAABI’AN
262 ARJIIL
263 BAYAGHIIN
264 MUTADHIH
265 RAHIIN
266 MIHROS
267 SAAHIN
268 HIRFAAN
269 MAHMUUN
270 HAWDHOON
271 ALBA’UTS
272 WA’ID
273 RAHBUL
274 BIYGHON
275 BATIIHUN
276 HATHOBAAN
277 AAMIL
278 ZAHIROM
279 IYSAA
280 SHOBIYH
281 YATHBU’
282 JAARIH
283 SHOHIYB
284 SHIHATS
285 KALAMAAN
286 BAWUMII
287 SYUMYAWUN
288 ARODHUN
289 HAWKHOR
290 YALIYQ
291 BARI’
292 AA’IIL
293 KAN’AAN
294 HIFDUN
295 HISMAAN
296 YASMA’
297 ARIFUR
298 AROMIN
299 FADH’AN
300 FADHHAN
301 SHOQHOON
302 SYAM’UN
303 RISHOSH
304 AQLIBUUN
305 SAAKHIM
306 KHOO’IIL
307 IKHYAAL
308 HIYAAJ
309 ZAKARIYA
310 YAHYA
311 JURHAS
312 ISA IBNU MARYAM
313 MUHAMMAD SAW






Saturday, 24 June 2017

AIDILFITRI, RAIKAN DENGAN KECERIAAN



Marilah kita raikan Aidilfitri tahun ini dengan beramai-ramai memenuhi ruang salat dimana kita berada, mohon rahmat maghfirah dari Allah s.w.t.. Moga-moga amalan baik kita dibarakati dan dilipatgandakan lagi ganjarannya dan amalan-amalan yang tercela diampuni olehNya.


Marilah kita perbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang aidilfitri.


اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر
 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر
 أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ
 اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا
 وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا
 وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ
 وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن
 لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
 صَدَقَ وَعْدَهُ
 وَنَصَرَ عَبْدَهُ
 وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
 وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
 اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ


Dan jangan lupa keluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggungan kita.



SALAM AIDIFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN







Friday, 23 June 2017

DOA DIPERKENANKAN



Baginda Nabi s.a.w. bersabda:


ان الله طيب لا يقبل الا طيبا


"Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak akan menerima, kecuali yang baik." (Al-Hadith)


Ibnu Rajab pernah bercerita tentang seorang ahli ibadah yang sedang berada di Mekah. Dia kehabisan bekalan makanan dan menderita kelaparan yang amat sangat, hampir-hampir membinasakanya.

Ketika ia sedang berjalan-jalan mengelilingi kawasan salah satu jalan di bandar Mekah, tiba-tiba ia menemui kalung antik dan sangat mahal harganya. Ia pun mengambilnya dan memasukkannya ke dalam begnya. Ia meneruskan langkahnya menuju Masjidil Haram.

Di sana ia mendapati seorang lelaki yang sedang mencari-cari sesuatu.

Tiba-tiba ada seorang lelaki mengumumkan bahawa dirinya telah kehilangan kalung. Orang yang kehilangan kalung itu menceritakan bentuk, keadaan dan ciri-cirinya sebagai penjelasan bagi meyakinkan pendengar barangnya yang hilang. Ternyata semua keterangan yang disampaikan mirip kepada kalung yang ditemukan orang tersebut.


"Saya berikan kalung itu kepadanya namun dengan syarat memberikan imbalan kepada saya," kata orang yang menemukan itu.


Kalaung itu pun diambilnya dari dalam beg dan diserahkan kepada lelaki itu.

Lelaki itu beredar tanpa berkata-kata; dia pergi begitu saja tanpa ucapan terima kasih, atau dengan memberi beberapa dirham, sepatah kata, mahupun dengan memberi apa-apa saja.


"Ya Allah aku biarkan semua itu untukMu, maka gantilah untukku suatu yang lebih baik darinya."


Kemudian dia pergi ke pelabuhan, dan menumpang sebuah perahu. Setelah di laut, tiba-tiba angin bertiup kencang sekali, dan perahu yang ditumpanginya itu pun karam. Akhirnya ia terapung-apung di atas air bergayut dengan sebatang kayu. Air laut itu pula digerakkan oleh arus dan dimain-mainkan oleh angin ke kiri ke kanan hingga akhirnya terdampar di sebuah pulau. Dia pun turun ke daratan dengan keyakinan kepada Allah s.w.t..

Di pulau itu dia menuju sebuah masjid dan orang ramai sedang melakukan salat berjemaah, dia pun ikut salat bersama mereka.

Di masjid itu dia menemukan lembara-lembaran kertas  yang setelah dibacanya ternyata ayat-ayat al-Quran. Salah seorang dari mereka bertanya kepadanya:


"Apakah anda sedang membaca al-Quran?"


Jawabnya:


"Ya."


Kemudian penduduk kampung itu berkata:


"Ajarkan anak-anak kami al-Quran."


Dia pun setuju  untuk mengajar al-Quran kepada mereka  dengan dibayar.
Kemudian dia pun menulis  tulisan Arab, dan orang itu pun bertanya lagi.


"Apakah anda boleh mengajari anak-anak kami tulis-menulis?"


Jawabnya:


"Ya."


Maka dia pun mengajar anak-anak mereka dengan menerima bayaran.

Penduduk di kampung itu kemudian bercerita kepadanya bahawa di tempat itu ada seorang perempuan yatim, anak dari seorang yang sangat baik. Kini kedua ibu bapanya meninggal dunia.


"Apakah anda mahu menikahinya?" tanya orang-orang itu kemudian.


Dia menjawab:


"Tak apa."


Dan dia pun akhirnya menikah dengan perempuan yatim tersebut.

Ketika masuk ke bilik pengantin, di hari dan malam pertama, dia melihat kalung yang pernah dia temukan itu melingkari di leher isterinya. Maka ia pun bertanya:


"Bagaimana kisah tentang kalung ini?"


Si isteri pun bercerita.

Dalam cerita itu disebutkan bahawa ayahnya suatu hari pernah menghilangkannya di Mekah. Kata si ayah kepadanya, kalung ini ditemukan oleh seorang lelaki yang kemudian diserahkan begitu saja kepadanya tanpa sesuatu permintaan. Sekembalinya dari Mekah, si ayah selalu berdoa dalam sujudnya semoga pada Allah s.w.t. mengurniakan suami buat anak perempuannya seperti lelaki yang menemukan kalung itu.

Di akhir ceritanya, si suami menyampuk:


"Saya lelaki itu."


Kini kalung itu berada di sisi lelaki itu dengan status halal, sebab dia telah meninggalkan sesuatu kerana Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. pun menggantikannya dengan yang lebih baik lagi. Allahu Akhbar.

Ketika hendak membuat kata putus menentukan untuk menikah, calun lelaki; remaja, pemuda dan duda terkial-kial menentukan isteri. Adakalanya pendapat dan pandangan orang lain mempengaruhi penentuan pilihan.

Macam-macam congakan difikirkan; kecantikannya, akhlaknya, keturunannya, kekayaannya dan agamanya.

Contohnya, seorang ayah dan/atau seorang ibu memilihkan untuk anaknya sebagai calun isteri anaknya, selain wanita yang diinginkan oleh anaknya.

Terkadang si anak menyetujui keinginan orang tuanya dengan perasaan terpaksa, maka terjadilah perkara yang tidak diinginkan; tidak disukai, hambar sejak mula diijab qabul dan berterusan memendam rasa. Maka 'genetiknya boleh terbantut'.

Nasihat yang dapat disumbangkan adalah bahawa jangan teruskan walaupun melibatkan telah berlaku perzinaan, dirogol atau tersilap ‘parkir’, khususnya  dalam masalah pernikahan KECUALI dari sisi agama, kecantikan dan akhlaknya sudah boleh diterima. Sebabnya, masalah pernikahan adalah masalah kelangsungan hidup si wanita. Bukan sesuatu yang ketika tidak lagi berharga, lalu dengan bebas dicampak begitu saja.

Dia suka dibelai-belai, dipujuk-pujuk, dibisik-bisik dan apabila dibenci ‘dipenjara’, ‘digantung’ dan dicerai.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title