Fahaman-fahaman
ladduni selalu melakukan aksi-aksi mereka di luar perhitungan yang difahami
oleh masyarakat umum.
Mereka melakukan
perancangan dengan merekrut individu-individu yang berwawasan menurut acuan dan
pendekatan yang difikirkan munasabah untuk diketengahkan sebagai agen-agen
perubahan.
Mereka bukan hanya
dilatih di dalam negara tetapi dibimbing mendalami kaedah-kaedah, teknik,
taktik, meraih, mengolah dan mendekati klien menerusi pendekatan berfikir dan
menangani masalah.
Mereka pula dibiayai
melalui peruntukan yang besar bagi menjayakan misi ini.
Tidak hanya sekadar
dicambah minda mereka di bilik-bilik berorientasikan sosialiame tetapi turut
disajikan merentasi sempadan; laut dan benua untuk diperkukuhkan
ideologinyanya.
Namun dalam
pengamatan mata kasar, unsur-unsur Islamisasi diambil kira diadun untuk
ditonjol dan diterapkan pada fahaman masyarakat dalam skema yang terhad dan
terpilih.
Walau bagaimanapun,
perancangan manusia itu rapuh, lebih lemah daripada sarang labah-labah.
Bagi mereka yang
memahami sarang labah-labah bila seseekor serangga terjerat olehnya maka
binatang tersebut sukar untuk melepaskan diri dan akhirnya mati dalam
belitannya.
Manakala sang
labah-labah pula datang menghampirinya lalu dijadikanlah binatang itu santapan
hariannya.
Bila kita terlilit
oleh sarang labah-labah ini pastinya akan mengambil masa untuk meleraikan
lingkaran belitan benang-benangnya pada anggota kita.
Sebab itu Quran
menjadikan sarang labah-labah satu perbandingan kerana di sana ada sesuatu yang
wajar difikirkan.
Contohnya tentang
keteguhan belitannya dan kekuatan cengkamananya menghadapi panas hujan dan
ribut badai namun ia adalah rumah yang rapuh.
Pengamal-pengamal
fahaman abad ini telah ramai yang mati, antaranya; Valdimir Lenin, Fidel
Castro, Muhammar al-Gaddafi dan yang terbaru - hampir sebulan adalah Robert
Mugabe tersingkir dari jawatannya manakala saki bakinya yang masih wujud kini sedang berlingkaran dalam
fahaman-fahaman Liberalisme, Kapitalisme dan Komunisme
Semua mereka akan
terkubur bersama negara-negara yang pernah mereka pimpin. Kini telah lenyap,
antaranya; Kesatuan Soviet, Eropah Timur, Yugoslavia, Jerman Timur.
Semua fahaman ini
akan membawa bersamanya pembakar api neraka untuk diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment