'Tahukah anda tentang ...'
Tahukah anda tentang
seorang wanita bernama Mary Baker G. Eddy yang mendapat ilham dari kesungguhan
seorang wanita lain, bangkit meneruskan hidupnya walaupun pakar-pakar perubatan
menyifatkan bahawa ia akan kekal lumpuh sepanjang hayat?
Atau anda melihat kelibat-kelibat
muka dan mulut yang acapkali bersenandung menjadi penglipur lara menceritakan
tentang pesawat MH370 yang dibawa lari oleh dajal ke Laut Hindi?
Atau anda merasa
berada dalam zon selesa kerana pejuang-pejuang Daish masih teguh memperkukuhkan
pasak-pasak mereka di Iraq dan Syria, walaupun dikeroyok dan diserang dari
pelbagai penjuru; bahkan lebih hebat daripada serangan yang berlaku di Ghouta
Timur atau Afrin di Syria?
Maka, mereka yang
bercita-cita melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh sama ada dengan
keikhlasan, berpakat melakukan kedajalan dan mereka-reka cerita kedongengan
atau memperkukuhkan siap siaga walaupun menghadapi mehnah dan tribulasi
golongan kufar, mereka akan berjaya.
Ikhlas pun berjaya,
berpakat mendajal juga berjaya dan mempertahankan ideologi turut berjaya.
Yang penting
kesungguhan.
Baik.
Seorang wanita
kematian suami selepas beberapa hari kahwin.
Kemudian ia kahwin
pula untuk kali kedua.
Selang beberapa lama,
suaminya berpacaran dengan perempuan lain dan lalu meninggalkannya.
Wanita ini mempunyai
seorang anak.
Disebabkan
kehidupannya susah dan anaknya pula berumur 4 tahun kerap sakit, maka
ditinggalkannya anak itu.
Semasa wanita ini
berjalan-jalan ia tergelincir dan jatuh di atas bongkah ais.
Ia pengsan.
Pengsannya pula
berpanjangan disamping punggungnya luka parah.
Para doktor membuat
andaian bahawa wanita ini akan mati atau lumpuh sepanjang hayat.
Ia tiada harapan
untuk sembuh.
Pertolongan Tuhan
memberi dorongan baginya sebagaimana diungkapkan:
"Tiba-tiba mereka membawa seseorang yang telah
lumpuh kepada, iaitu Isa a.s. dalam keadaan tergeletak di atas tilamnya. Ia
berkata pada orang lumpuh itu:
"Bangkitlah! Ambillah kasurmu dan bawalah ia pulang.
Lalu orang tersebut bangkit dan meninggalkan tempat tersebut."
Kalimah ini telah
memberi kekuatan iman dan tenaga dalaman bagi dirinya sehingga wanita ini
bangkit dari katil tidurnya dan berjalan meninggalkan hospital.
Kisah Isa a.s. dan
wanita lumpuh itu telah menyuntik semangat pada wanita yang lumpuh ini agar
mengubati penyakitnya secara mandiri dan menyebarkan keselamatan pada orang
lain.
Petistiwa ini
pencetus idea kepada Mary Baker G. Eddy untuk membangunkan kerja-kerja
kebajikan selepas itu.
No comments:
Post a Comment