Lalu
isterinya bangun untuk melihat siapakah yang mengetuk pintu, tetapi suaminya dalam
keadaan merungut.
Apabila
pintu dibuka, orang yang berdiri dipintu berkata:
"Minta sedekah, sudah beberapa hari
tidak makan."
Ketika
peristiwa berlaku, suasananya gelap, bulan dan bintang dilitupi awam.
Maka
wanita itu beralih ke tempat makan dan mengambil makanan untuk diberikan kepada
orang itu.
Walau
bagaimanapun suaminya masih lagi merungut dan duduk di tempat makan tidak berganjak sebagai
isyarat tidak suka tetamu mengganggu.
'Sedangkan
lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Akhirnya pasangan ini bercerai.'
Setelah
beberapa lama wanita itupun bernikah baru.
Ketika
pasangan suami isteri (yang baru) ini sedang menjamu makanan, pintu rumah diketuk.
Wanita
itu bangun menuju pintu dan suaminya pula bergerak bersama mengiringinya dari belakang.
Apabila
dibukanya pintu, ia lantas menangis kerana sebak melihat orang di hadapannya.
Maka
berkatalah suaminya yang berdiri disampingnya:
"Dahulu saya adalah seperti dia."
Maksud
kata-kara suaminya adalah bahawa suatu ketika dahulu dia adalah lelaki yang
pernah meminta sedekah kepada perempuan yang kini menjadi isterinya.
Manakala
identitinya pula tidak dikenali kerana ketika ia meminta sedekah suasana gelap
sukar untuk mengenali seseorang namun peminta sedekah itu mengenali pasangan
suami isteri ini (sebelum mereka bercerai).
Manakala
suami perempuan terdahulu, kini menjadi peminta sedekah, berdiri di hadapan
pintu rumahnya.
Pengajaran
kisah ini:
1)
Jika fakir atau peminta sedekah, sama ada kita raihkan atau kita tolak
lakukanlah ucapan hormat. Jika tetamu bertandang, apabila meninggalkan rumah kita,
mereka sebenarnya membawa bersamanya dosa-dosa tuan rumah.
2)
Ketika makan jangan mengomen dan mencemoh. Jika suka makan, jika tak suka
tinggalkan sahaja makanan itu atau diamkan diri.
3)
Kita tidak mengetahui kesudahan hidup ini maka wajarlah kita banyak bersyukur
dan sabar.
No comments:
Post a Comment