Allah s.w.t. memberi
akal pada manusia untuk membezakan di antara sifat kemanusiaan, kehaiwanan atau
kedajalan, sama ada dibuat menurut landasan kebenaran atau mereka-reka berita palsu.
Dengan reaksi
mengugut untuk mendiamkan sesuatu isu, membina berita palsu untuk memadamkan
kisah sebenar atau mendapatkan bayaran untuk melakukan sesuatu taktik atau
golongan dungu terpalit oleh skandal yang dicipta oleh diri sendiri sehingga
kaku lidah menyebabkan para penglipur lara beraksi di pentas penyebaran berita
palsu.
Dalam isu
Amerika-Korea Utara, di sana kita lihat Korea Utara telah menunjukkan pada
Amerika bahawa peluru berpandu mereka bila diluncurkan tidak akan dilencongkan
ke Laut Hindi walaupun di sana terdapat pengkalan tentera Amerika, tetapi terus
ke bumi Amerika.
Mereka pula tegas
menghadapi musuh kerana kesiap siagaan dalam pengalaman berhadapan dengan musuh
ketika 'Perang Korea' dijadikan panduan.
Sebaliknya Amerika
bila dilihatnya musuh telah menunjukkan 'skill'
yang mantap disamping menyingsing lengan baju maka kelam-kabut mereka 'bermakmal' dengan membariskan para 'think-tank' bagi merungkai isu Korea
Utara.
Maka setelah
berlalunya tempoh 'bermakmal' maka
presidennya mengeluarkan kata-kata 'seolah-olahnya
hebat' melencongkan isu Korea Utara ke Palestin.
Amerika mengenyitkan
mata sesama mereka bagi melupakan kisah ugut mengugut antara mereka dengan
Korea Utara.
Sebaliknya Korea
Utara mengugut balik dengan melakukan peluncuran peluru berpandu bagi
menunjukkan kepada Amerika bahawa mereka bukan main-main, kerana di sana tidak
ada penglipur lara, mereka-reka berita palsu dan menunjuk-nunjuk mengutip
sampah yang telah dilupuskan di pulau berpuaka.
Ibarat suami isteri
apabila suami mengugut Isterinya maka isteri itu senyap, tetapi tiba-tiba
isteri baran 'naik angin' lalu
mengugut balik pada suaminya dengan kekuatan yang dimilikinya.
Akhirnya suami
menikus dan cuba membuat helah lain supaya isterinya tidak mengingati lagi
ugutan yang pernah dilakukannya pada isteri itu sebagaimana Amerika bila Korea
Utara bertindak balas ia pun senyap seperti lelaki bisu dan pekak, sifatnya
seperti OKU walaupun ia memulakan ugutan.
Contoh lain, satu
baucar bayaran dikeluarkan untuk membuat suatu aktiviti.
Bayaran dikeluarkan
dan dibayar atas nama yang tertera pada baucar itu.
Penerima pula
melencongkan bayaran tersebut pada seseorang yang juga kemudian dilencongkan
ke dalam saku yang membuat perakuan bayaran tadi.
Jelas berlaku
beberapa langkah demi langkah di sana untuk membuat pelencongan kerana golongan
dungu mendungukan diri mereka sendiri.
Macam pilihan raya, 'duit aktif berlegar-legar', akhirnya
balik ke dia untuk ditabur macam duit raya dia empunya.
Pelencongan itu bukan
hanya dilakukan oleh Amerika tetapi turut dilakukan oleh mereka yang meniru
kaedah yang dibuat oleh Amerika.
Puncanya kerana
membuncitkan perut.
No comments:
Post a Comment