'Berakal Murabbi
Bersifat Da'i'
Dominasi berfikir berbeza menurut situasi. Adakalanya
diterima dan didokong namun tidak kurang pula yang menolak dan menyanggahnya.
Perbezaan pandangan
ini adalah lumrah dalam mana-mana
institusi yang penting memenangkan Islam.
Ada seorang syeikh
diamanahkan membuat perancangan untuk tempoh lima tahun.
Di antara
saranan-saranannya, hendaklah selalu mengadakan dialog berterusan dengan
golongan ‘Islamophobia’, puak takut
dengan Islam, memusuhi Islam dan pergerakannya, dialog dengan para orientalis
dan pemikir Barat lainnya.
Mengadakan dialog
agama dengan para pendeta dan orang agama lain yang bersedia bekerja dan
berjuang menghadapi materialisme.
Mengadakan dialog
dengan para diplomat, para duta, ahli politik dan pemerintah.
Tujuan dari
mengadakan dialog ini, untuk merubah pemikiran kuno (orang kafir dan munafik)
yang memandang Islam sebagai hantu, kaum muslimin sebagai orang liar dan
gerakan Islam dinilai sebagai pengganas.
Anehnya usul seperti
itu ditolak dan diejek, sehingga ada yang mengatakan bahawa syeikh itu nampak
sudah menjadi seorang progresif.
Dengan penolakan
berfikir seperti ini, pendapat yang kaku, sifat mengerut muka, menyanggah dan
penolakan itu dianggap sebagai "menang'.
Suatu majalah
pergerakan Islam minta kepada seorang penulis Islam terkenal menyumbang
idea-idea tulisannya untuk dikongsi pada masyarakat. Ia menulis pendapat
khususnya bahawa berdirinya parti-parti Islam dalam negara Islam dapat
dibenarkan, berdasarkan beberapa bukti dan alasan yang dikemukakan. Tetapi
pimpinan redaksi membekukan tulisannya kerana dipandang bertentangan dengan
pendapat tradisionl yang diwarisi.
Sesungguhnya suatu
kalimat ringkas yang perlu penerangan dan tafsiran, tergantung pada situasi dan
kedudukannya. Ia pula tidak terurai.
Ia hanya terungkai
setelah berlalunya asakan, hambatan persekitaran menentang dan berkembangnya budaya berfikir harmonis
sebagaimana Amerika membina pelbagai wadah 'think-tank'
dan membiayainya, memberi pandangan dan cadangan kaedah menguncupkan, melabel
dan mengekang potensi negara umat Islam dan pergerakan Islam.
Maka wajarlah negara
memperuntukkan institusi-institusi yang membuat kajian atau seumpama ini
daripada melencongkan pada Amerika setelah ia melakukan kenakalan di sini.
No comments:
Post a Comment