
Menceritakan
tentang minatnya tentang Islam ketika beliau berumur 13 tahun lagi.
“Keluarga saya
hidup dalam lingkungan masyarakat Melayu, bersekolah di Sekolah
Kebangsaan dan bergaul dengan kawan-kawan dari kalangan kaum Melayu.
“Budaya ini telah membawa saya kepada kesucian
Islam,” ulasnya ketika ditanya
punca beliau masuk Islam, ketika Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan
2018, di Dewan Muktamar, Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur .
Selepas menamatkan sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajarannya di Pondok Dusun Pelaga,
Pujud, Pattani, Thailand dan Pondok Pasir Tumbuh, di Kelantan.
Kemudian
mengikuti kursus Intensif lagi di PERKIM Kebangsaan, Jalan Sultan Azlan Shah, Kuala
Lumpur.
Pada
tahun 1995, beliau mula bertugas di PERKIM Kebangsaan sebagai Pegawai Dakwah
sehingga hari ini.
Antara
pesanan beliau;
“Barangsiapa
menghendaki kehidupan dunia maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki
kehidupan akhirat maka dengan ilmu, dan barangsiapa yang menghendaki keduanya
(kehidupan dunia dan akhirat) maka dengan ilmu.”

No comments:
Post a Comment