Menggerak langkah
spontan namun menyakinkan setelah melakukan persiapan-persiapan kerja pilihan
raya adalah suatu hasrat murni jika difahami oleh petugas-petugas yang tekad
menuju kejayaan.
Mereka bukan hanya
hendak mencapainya secara anak jantan tetapi yang utama mendapat 'mardatillah'.
Dalam suasana
pertembungan golongan yang di belakang mereka terdapat taikun, kesempatan yang
ada itu wajar dimanfaatkan oleh 'para
aktivis telus' supaya tidak berlaku keciciran dan terlepas pandang pada
pengundi-pengundi yang bersimpati melihat kejayaan ini.
Maka, para petugas
sewajarnya memahami situasi semasa dan cara menanganinya, melipat ganda gerak
kerja, bersemamgat waja, tenang, mendepani permasalahan secara bijak dan
bersiap siaga.
Keupayaan mengambil
peluang atas kelekaan lawan, ia adalah suatu kelebihan yang tidak akan berulang
lagi.
Jangan beri ruang pihak
lawan membaca strategik, gerak-geri dan elakkan rahsia tiris kepada mereka.
Maka perlulah
rahsia-rahaia itu tidak didokumentasikan, memadai dibisikan sebagaimana
arahan-arahan kerahsiaan untuk melakukan sesuatu misi dijalankan.
Seperti yang dilakukan
oleh pihak berkuasa dalam melakukan perancangan, pengalihan pandangan, mengolah,
menangani, mereka-reka ceria dan membina persepsi baik kepada pandangan umum.
Ali Adnan Menderes yang
menjadi Perdana Menteri Turki, berlaku beberapa kali cubaan membunuhnya, antaranya; dengan kemalangan pesawat yang dinaikinya namun beliau terselamat.
Selepas itu pada tahun 1960 rampasan kuasa tentera (Kudeta) sehingga beliau
digulingkan daripada jawatannya. Belaiu disabitkan hukum gantung dengan alasan
mengkhianati rakyat Turki.
Pada tahun 1988,
Presiden Pakistan Zia Ul Haq yang banyak membantu pejuang-pejuang mujahidden
Afghanistan telah dibunuh dengan meletupkan helikopter yang dinaikinya walaupun
bersamanya adalah Duta Amerika di Pakistan.
Front Islamique du Salut (FIS) yang dipimpin oleh Ali
Belhadj dan Abbasi Al-Madani telah memenangi pilihan raya Parlimen Algeria pada
tahun 1990 dengan majoriti selesa namun kemenangan itu disambut dengan tentera
melakukan rampasan kuasa (Kudeta) yang di belakang mereka adalah Perancis,
Amerika dan NATO. Ribuan rakyat awam dibunuh manakala pimpinan FIS ada yang
dibunuh, ditangkap dan dipenjarakan sehingga hari ini.
Pada tahun 2003, Prediden Iraq Saddam Husein telah
dikalahkan oleh pakatan kufar yang diketuai oleh Ameria dan NATO sehingga
menghimpun lebih daripada 60 buah negara; menyekat, bersekongkol, mengeroyok,
memerangi, membunuh jutaan rakyat Iraq yang tidak berdosa. Sebelum itu dalam
tempoh sepuluh tahun Iraq dikepong, disekat, diintip kekuatan persenjataannya
dan dimusnahkan atas arahan Amerika bertopengkan PBB.
Pada tahun 2001 parti pimpinan Dr. Necmettin Erbakan
telah diharamkan dan belau dilarang menyertai pilihan raya sepanjang hayat
dengan alasan membahayakan fahaman sekularisme. Beliau pernah menjadi Perdana
Menteri namun digulingkan oleh tentera dan keluar masuk penjara atas komplot
kejahatan kepadanya.
Pada tahun 2013 Presiden Mesir Mohamed Morsi, hafiz Quran
telah dikhianati oleh panglima tentera yang dilantik olehnya dengan melakukan
rampasan kuasa (Kudeta) dan ribuan rakyat Mesir dibunuh ketika mengadakan
demontrasi aman. Di belakang tentera pula adalah Amerika dan NATO.
Pada tahun 2016, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan
terselamat dari komplot rampasan kuasa tentera (Kudeta) yang di belakangnya
berdiri teguh adalah Amerika dan NATO. Kini Turki dalam blok yang bertentangan
dengan puak-puak berkomplot itu.
Sesungguhnya kemenangan hanya dirasai oleh mereka yang
bercita-cita untuk mengharapkan rahmat Allah s.w.t. dan bukan membuncitkan
perut.
No comments:
Post a Comment