Setelah dikekang dan/atau pupus genetik kepura-puraan ini
dan tekanan hidup kesan permainan diplomasi yang licik
Malaysia dan Arab
Saudi adalah dua negara yang terkenal dengan sumber ekonominya yang mantap,
strategik dan mampan.
Mengapa ia dinyatakan
sedemikian, kerana mereka lebih menyerlah kerana negara kaya.
Kedua-dua negara ini
kaya kerana sumber buminya yang subur.
Justeru itu,
penggurusan yang telus memberi keharmonian kepada rakyatnya.
Malaysia kaya dengan
sumber-sumber dari daratan, laut dan udara.
Arab Saudi kaya
dengan minyak dan tumpuan umat manusia.
Ia menjadi tumpuan
kerana menjadi 'pusat tamadun hidup dan
ia pula berkembang' dan/serta berkekalan sehingga akhir zaman.
Kedua-dua negara ini
menjadi impian peraih-peraih kehidupan sama ada secara tersurat telus atau
tersirat mengugut, sama ada berurusniaga secara seimbang atau secara
berkepentingan strategik, atau mengadakan hubungan dagang dengan pelawaan
melabur atau melakukan pelaburan paksaan melalui manipulasi dalam membina
ekonomi yang bersifat kompetitif dengan perubahan ekonomi bersifat global.
Atau strategik
perangkap dalam isu-isu yang diprovokasi dan dibisik-bisik kesan ketidakpekaan
dalam perubahan-perubahan kehidupan iklim dunia.
'Akibat kekayaan yang melimpah-limpah, maka dirangkalah
pelan strategik jangka panjang sebagai wawasan menetapkan pulangan yang
menguntungkan.
Anak watan pasti
terbuai-buai.'
Jika diamati suasana
ekonomi Amerika sebelum kehilangan MH370 dan selepas itu penembakan MH17, dalam
tempoh yang sama dikumandangkan slogan 'menggempur
pengganasan global', negara itu berada dalam keadaan merudum (ekononinya
merosot teruk).
Dalam masa yang sama,
berlakulah penurunan harga minyak global dengan desakan Arab Saudi tanpa
mempedulikan pandangan negara pengeluar lain untuk menghadkan jumlah pengeluran
minyak.
Nampaklah di sana
pengaliran minyak mencurah-curah memenuhi simpanan Amerika.
Arab Saudi 'ditunjuk' memimpin menghadapi
pengganasan global (ketika itu negaranya kaya) dengan mengajak negara umat
Islam menghantar tentera berkubu di sempadan negaranya.
Untuk memperkukuhkan
kehebatannya, kononnya Arab Saudi menyerang Yaman dengan drama yang
dipertontonkan kepada umum melalui satelit Amerika.
Peluang-peluang yang
ada itu; kehilangan MH370, penembakan MH17, menghadapi pengganasan global,
penyerangan Yaman telah dapat menyembuhkan ekonomi Amerika.
Demikian pula ekonomi
global kurang terjejas, tetapi Malaysia dan Arab Saudi merudum.
Kalau adapun impaknya
kerana minyak.
Negara-negara miskin
tiada yang muflis, negara-negara Eropah semakin kukuh, negara-negara Asia
Tenggara mampan ekonominya namun Malaysia, rakyatnya terpaksa mengikat perut,
Arab Saudi terpaksa membuat pinjaman dengan bank dunia (IMF), disamping
menaikkan cukai-cukai dan menyita duit orang-orang kaya.
Manakala Qatar
dimusuhi kerana ia berada dalam kedudukan berkecuali, enggan berkompromi dengan
puak-puak menghadapi 'projek menggempur
pengganasan global'.
Namun, Amerika dapat
juga meraih untung dengan penjualan senjata kepada Qatar.
Kelicikan Amerika
memain, menangani, membina persepsi dan mengolah isu memukau otak manusia yang
berkiblatkan fahaman kapitalisme dan komunisme.
Memandangkan
tindakan-tindakan yang berlaku sering memihak kepada golongan tersebut kerana
penyebaran berita palsu dimonopoli oleh mereka yang memahat akal manusia.
Akhirnya, ramai
ternganga melihat aksi-aksi golongan dajal dalam mempengaruhi suasana politik
global.
Barangkali kini
adalah zamannya namun setelah matinya zaman kepura-puraan ini maka akan bangkit
zaman ketelusan dan ia sukar dihalang.
Tunggulah masanya.
No comments:
Post a Comment