 Kuala Lumpur, 13 Mac -Ketidakpuasaan beliau tentang fahaman agama-agama
telah membawa Siti Sarah Khoo binti Abdullah, 53, memeluk Islam melalui
penyelidikan mandiri.
Kuala Lumpur, 13 Mac -Ketidakpuasaan beliau tentang fahaman agama-agama
telah membawa Siti Sarah Khoo binti Abdullah, 53, memeluk Islam melalui
penyelidikan mandiri.
Ketekunan beliau telah membawanya 
menerima penganugerahan Tokoh Saudara Muslim Tahun 2018 sempena
Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 2018,  di Pusat Islam Malaysia, semalam.
Ibu beranak 5 ini, berasal dari Pulau Pinang, berkongsi cerita ketika
permulaan pencarian  identiti agama Islam,
walaupun asalnya beliau sekeluarga beragama Kristian.
“Keinginan
untuk memahami Islam secara serius sehinggalah saya melakukan ’homework’,
bertukar-tukar pandangan dengan kawan-kawan se-Maktab Perguruan dan mendapatkan
pencerahan daripada ustaz.
“Saya telah
melafazkan ‘dua kalimah syahadah’ ketika berumur 21 tahun,” ujarnya
ketika diajukan soalan sempena Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun
2018,  di Pusat Islam Malaysia.
Beliau berkata;
“Untuk
mendapatkan sesuatu yang terbaik memerlukan usaha, dan hasilnya diterima oleh
diri sendiri.”



No comments:
Post a Comment