Wilayah Persekutuan: 13 Mac - Irene Handono Mansur adalah mantan
Biarawati Katolik Indonesia yang didatangkan khusus oleh Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) untuk berkongsi pengalaman; ‘Antara Keistimewaan dan Cabaran
Bergelar Muslim', ketika menyampaikan ceramahnya sempena Konvensyen Saudara
Muslim Peringkat Kebangsaan 2018, di Dewan Muktamar Pusat Islam Malaysia, Kuala
Lumpur semalam.
Ketika mengisahkan pengalamannya, beliau menemui paderi untuk
mendapatkan kebenaran melakukan penyelidikan tentang agama Islam.
“Usul saya
dialu-alukan dan dinasihatkan supaya mempelajari sebaik mungkin dan merosakkan
Islam dari dalam.
“Mula-mula
saya menyelak Al-Quran, dan melihatnya secara terbalik kerana tidak memahami
tentang penulisan Arab, kan pertama kali memegangnya,” katanya
ketika menceritakan tentang bermulanya hidayah petunjuk Allah s.w.t. pada dirinya, sempena
Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan Tahun 2018, di Pusat Islam Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia.
Beliau terpegun dan meneliti menekuninya ayat demi ayat terjemahan al-Quran.
“Kemudian
saya ambil pula kitab terjemahan Al-Quran dan ayat yang mula-mula terselak dan dibaca
adalah surah al-Ikhlas.
“Jika
dalam Kristian mereka berpegang kepada konsep Trinity iaitu konsep tiga
personaliti dalam satu sifat ketuhanan; Bapa, Anak dan Ruhul Kudus, namun Islam lebih menepati konsep ketuhanan
bersifat tunggal, Esa,” katanya ketika menjelaskan bermulanya
melihat terjemahan Al-Quran.
Menurut penelitiannya, beliau tidak mendapati ayat-ayat dalam Al-Quran
menceritakan tentang Islam menyuruh berbunuh-bunuhan, pengganasan, melakukan
kerosakan seperti yang digembar-gemburkan oleh agama asalnya, sama ada di
negaranya atau negara lain.
Bertitik tolak dari situ hatinya
mula terbuka memeluk Islam.
Bila ditanya tentang perkahwinan, beliau menceritakan bahawa beliau
bertemu dengan suaminya sama-sama dari agama Kristian dan memeluk Islam.
“Suami
saya telah menunjukkan ciri-ciri sebagai seorang Islam yang baik.
“Walau
bagaimanapun, jodoh telah habis setelah melihat perlakuan suami lebih berat
kepada agama asalnya dan saya telah memberi kata dua, sama ada meninggalkan
fahamannya atau mereka bercerai.
“Suami
menuruti kefahaman asalnya,” jelasnya ketika merungkai soal
perkahwinan yang telah menjadi nostalgia.
Hasil perkongsian mereka dikurniakan 3 orang anak, semuanya mengikut jejak beliau sebagai muslim yang teguh.
Ibu Irene giat mengendalikan pesantren seperti sifatnya pondok
membimbing mualaf.
“Kami
membimbing mualaf dalam tiga tahap dan masing-masing mengambil masa tiga bulan; tahap
pertama asas, tahap kedua pertengahan dan tahap ketiga lanjutan.
"Setelah
pelajar-pelajar menamatkan ketiga-tiga tahap itu, maka penggunaan mualaf tidak
lagi dipakai kepada mereka tetapi telah menjadi muslim seperti orang Islam yang
lain,” ujarnya ketika memberikan pencerahan status pelajar-pelajar di pesantrennya.
No comments:
Post a Comment