'Sebuah entiti yang menghimpun dan menyalur dana serta
melakukan lintas lalu perkhidmatan berbentuk kewangan'
Bank negara adalah
satu contoh entiti yang beroperasi sendiri walaupun asalnya ditubuhkan oleh
kerajaan, ikut arahan kerajaan dan menuruti polisi-polisi yang ditetapkan oleh
kerajaan.
Misalnya ia membeli
tanah berhampiran Kompleks Sasana Kijang, Bank Negara, Kuala Lumpur, yang
dikhabarkan bernilai RM2 bilion.
Ia beli tanah
kerajaan, beroperasi atas lesen kerajaan, berjual beli dengan kerajaan dan
dibayar atas nama kerajaan.
Berbanding dahulu,
memadai pihak kerajaan mendapatkan kelulusan tanah kerajaan dipersetujui maka
ia akan dipindah milik atas nama pemohon baru kerajaan dengan pelepasan bayaran
oleh kerajaan kerana kedua pihak adalah kerajaan apatah lagi bila ketuanya
orang yang sama kerana ia melibatkan kepentingan umum (masyarakat ramai).
Contoh lain, dalam
kes-kes tanah seperti wakaf dan pemberian kasih sayang daripada seorang datuk,
ayah atau ibu untuk anak cucunya.
Bila berlaku kes-kes
seperti kerajaan membeli aset kerajaan, kerajaan membeli tanah milik kerajaan,
kerajaan berurus niaga dengan harga maksimum kepada kerajaan walaupun di sana
diurus oleh orang yang sama dengan kapasiti yang sama dengan maksud kemaslahatan
ammah.
Apa yang hendak
ditekankan di sini ialah cengkaman oleh pihak bank kepada
pelanggan-pelanggannya sama ada bank pusat, bank umum atau bank yang
menjalankan operasi kredit.
Bila berbicara
tentang bank maka di sana ia akan berusaha memaksimumkan keuntungannya dan
meminimumkan kerugian dalam operasi-operasinya atau langsung bersifat nol
kerugian yang dikecapinya dalam tempoh berurusniaga itu.
Kita sedia maklum
bahawa bank semaksimum cuba mendapatkan keuntungan yang bersifat berkekalan
sama ada daripada pihak kerajaan, agensi-agensinya, pelabur-pelabur dalam dan
luar negeri, pihak-pihak swasta, usahawan-usahawan atau badan-badan kebajikan
dan orang perseorangan.
Jika dapatlah, biar
berkekalan pihak-pihak yang berurusan dengannya itu sehingga akhir hayat.
Setelah mampus, hutang-hutang
itu lupus/habis atau disambung bayar oleh pewaris-pewarisnya.
Ia bergantung kepada
terma-terma aku janji.
Suatu yang tidak
difahami oleh orang awam tentang peranan IMF menggerakkan tukaran mata wang
dunia kerana 'forex' memainkan peranan penting dalam membina, mengubah,
menstabil, mengekal dan merudumkan mata wang bersifat global.
Bank adalah antara
agen pelaksana.
Sesungguhnya Islam
tidak mengajar menyekat dan mencampuri sesebuah pasaran tetapi anak watan
negara tersebutlah menentukan pasaran yang wajar dimasuki dan keluar
daripadanya dengan melihat instrumen-instrumen kekuatan yang sedia ada yang
bersifat sentimental.
No comments:
Post a Comment