Wednesday 29 November 2017

KITA MILIK ALLAH, DAN KITA AKAN KEMBALI KEPADANYA



Sesungguhnya ubat yang amat mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan:


                            اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ


Seorang ibu dari suku Nakha'i mendapat berita bahawa keempat-empat puteranya gugur di jalan Allah s.w.t. dalam perang di Al-Qadisiyyah. Pada saat itu, yang sering dilakukannya adalah memuji Allah s.w.t.. Ia pula mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. atas baiknya rangkaian takdir yang diciptakan oleh Allah s.w.t. kepadaNya; atas pilihanNya yang terbaik, dan qada yang paling tepat.

Perkara itu boleh terjadi kerana ada dorongan keimanan dari dalam dirinya, kekuatan keyakinan yang tidak pernah surut dan susut. Orang-orang sepertinya akan diberi pahala dan akan hidup bahagia di dunia dan akhirat.

Jika dia tidak melakukan sedemikian, maka apa yang harus ia lakukan? Apakah ia akan memilih hidup dengan kebencian, kegelisahan serta berpaling dari qada Allah s.w.t., yang semua itu dapat membawa kerugian baginya di dunia dan akhirat?

Maka, kita tidak mampu mengelak dari sesuatu yang telah ditakdirkan. Yang mampu kita lakukan hanyalah beriman dan berserah diri. Oleh itu, persiapkanlah diri menghadapinya.
Allah s.w.t. berfirman:


وَلَـنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَـوْفِ وَالْجُـوْعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْاَمْوَالِ
وَالْاَنْفُسِ وَالثَّمَرٰتِ ۗ وَبَشِّرِ الصّٰبِرِيْنَ
الَّذِيْنَ اِذَآ اَصَابَتْهُمْ مُّصِيْبَةٌ ۙ قَالُوْٓا اِنَّا لِلّٰهِ وَاِنَّـآ اِلَيْهِ رٰجِعُوْنَ


“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Quran, surah Al-Baqarah: 155-156)

Dalam sebuah hadith disebutkan, barangsiapa yang istirja`/mengucapkan 'innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun' ketika mendapat musibah, maka ia diberi pahala oleh Allah s.w.t. dan diiringiNya dengan kebaikan. 

Juga diberitakan bahawa pada suatu ketika lampu Baginda Nabi s.a.w. padam, maka beliau s.a.w. pun mengucapkan istirja`, lalu kata Aisyah r.a, bukankah ini hanya sebuah lampu! Jawab Baginda Nabi s.a.w., setiap yang mengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam kumpulan hadith-hadith mursalnya."





Tuesday 28 November 2017

SYUKURLAH APA YANG ADA DAN KURANG PADA KITA



Kenikmatan hidup ada pada diri kita sendiri. Sama ada kita miliki 100% kenikmatan itu, atau 80% ada pada diri sendiri dan 20% tidak kita miliki.

Semua manusia sama; saya, anda dan mereka.

Kita terlalu mudah menangis terhadap apa yang tidak kita punya, dan tidak pernah tersenyum terhadap apa yang kita miliki.

Kita juga bersedih atas semua yang gagal kita raih, dan tidak pernah senang atas kebaikan yang dapat kita raih.

Kita merungut terhadap semua yang menimpa kita dan tidak pula pernah mensyukuri apa yang masih ada dan yang masih banyak terpampang di depan mata.

Semasa perang dunia kedua, diceritakan tentang sebuah kapal perang Amerika tertembak dan hampir tenggelam di laut Jepun. Beberapa orang anak kapalnya terperangkap dalam ruang kapal itu selama tiga belas (13) hari sebelum diselamatkan. Ketika itu mereka telah kehabisan bahan makanan. Dalam ruang di bawah air itu hanya ada air sejuk dan roti kering.

Setelah mereka dapat diselamatkan, mereka ditanya ketika sampai di pelabuhan detik-detik cemas itu, antara pertanyaan itu:


"Pelajaran terbaik apa yang dapat kamu dapatkan dalam peristiwa itu?"


Mereka menjawab:


"Pada hari-hari yang menggerikan itu kami mengerti bahawa siapa saja yang masih diberi kesihatan dan masih boleh makan dan minum, maka dia telah merasakan memiliki seluruh dunia."


Kini ditanya pula kepada kita:


"Apakah dunia itu? Apakah dunia hanya kesihatan badan, ketenangan batin, keselesaan tidur, ada harta, sepotong roti yang kita makan, seteguk air yang kita minum, dan sehelai pakaian yang dipakai. Dan selain itu bukan dunia?"


Mengapa kita tidak mengukur kehidupan kita menurut Islam, sebaliknya bertanya dan menjawab soalan kepada diri kita sendiri?


"Apakah yang ada pada kita dan apa pula yang kurang pada kita?"




Monday 27 November 2017

NAMA-NAMA SYUHADA PERANG UHUD


Senarai Nama Para Syuhada Perang Uhud
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal   2:34 PM


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Perang Uhud berlaku pada hari sabtu 7 Syawal atau 11 Syawal tahun ke-3 Hijrah(26 Mac 625M) antara tentera islam dengan tentera kafir quraisy. Perang Uhud adalah peperangan orang quraisy membalas dendam atas kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Bukit Uhud .


Pertempuran ini disertai 1,000 orang tenrera islam yang dipimpin oleh Rasullulah saw menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke Medan Uhud. Hal ini kerana dipertengahan jalan seramai 300 orang telah berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai iaitu ketua munafiq. Tentera Quraisy seramai 3,000 dipimpin oleh Abu Sufyan ibni Harb.


Bilangan tentera islam yang terbunuh dalam peperangan ini kira-kira 70 orang, manakala tentera Quraisy yang terbunuh 23 orang. Berikut ini adalah para-para syuhada yang gugur syahid di medan Perang Uhud:


'Abbad bin Sahli
'Abbas bin 'Ubadah
'Abdullah bin 'Amru (dari Bani Haram)
'Abdullah bin 'Amru bin Wahab
Abdullah bin Jabir bin An-Nu'man (Ketua Batalion Memanah)
Abdullah bin Jahsyi
Abdullah bin Salamah
Abu Aiman , Maula 'Amru bin Hadidah
Abu Aiman, Maula 'Amru bin Al-Jamuh
Abu Habbah bin Umar bin Tsabit
Abu Hurairah bin Al-Harits bin Alqamah bin 'Amru
Abu Saad Khaitsamah bin Khaitsamah
Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid
Al-Harits bin Anas bin Muadz
Al-Harits bin Anas bin Rafi
Al-Mujdar bin Zaid
'Amir bin Mukhallid
'Amru bin Al-Jamuh
'Amru bin Iyas
Amru bin Muadz bin An-Numan
'Amru bin Muthraf 'Alqamah bin 'Amru
'Amru bin Qais
Amru bin Tsabit bin Wahsyi
Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, khadam Rasullulah)
Antarah (maula Salim)
Aus bin Al-Arqam
'Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (adik beradik Hussan bin Tsabit)
Dhmrah (halif bagi bani Tharif)
Dzakwan bin 'Abdu Qais
Habbab bin Qaizhi
Habib bin Yazid bin Taimi
Hamzah bin Abdul Muthalib bin Hasyim
Hanzalah bin Abu 'Amir (Syahid yang dimandikan Malaikat)
Harits bin 'Udai bin Khursyah
Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah al-Yaman)
Imarah bin Ziad
Iyas bin Aus
Iyas bin Udai
Kaisan (hamba kepada Bani An-Najjar)
Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair
Malik bin Iyas
Malik bin Sinan dari bani Khadrah (bapa kandung Abu Said Al-Khudri)
Malik bin Tumailah
Musa'ab bin Umair
Naufal bin 'Abdullah
Nu'man bin 'Al-Harits
Nu'man bin Malik bin Tsa'labah
Qais bin Mukhallid
Rifa'ah bin 'Amru
Rifa'ah bin Wahsyi
Saad bin Ar-Rabi' bin 'Amru bin Abu Zuhair
Sahal bin Qais bin Abu Ka'ab
Sa'id bin Suwaid
Saifi bin Qaizhi
Salamah bin Tsabit bin Wahsyi
Salim bin Al-Harits
Salim bin 'Amru bin Hadidah
Saqaf bin Farwah bin Al-Budai
Shammas bin Uthman
Subai' bin Hathib bin Al-Harits
Tsabit bin 'Amru bin Qais
Tsabit bin 'Amru bin Zaid 
Tsabit bin Wahsyi
Tsa'labah bin Sa'ad bin Malik
'Ubadah bin Al-Hashas
'Ubaid bin Al-Mu'alla
Ubaid bin At-Taihan
Unais bin Qatadah
'Utbah bin Rabi'
Yazid bin Hathib bin Ymaiyah bin Rafi


Peristiwa ini memberikan pengajaran kepada para sahabat dan umat islam seluruhnya pentingnya taat kepada Allah dan Rasullulah, mengikuti arahan ketua yang dilantik. Bersama-samalah kita menyedekahkah al-Fatihah buat para syuhada ini. 

Al-Fatihah... 




DAFTAR NAMA NAMA PEJUANG UHUD YANG SYAHID:

1 ) حمزة بن عبد المطلب رضي الله عنه
2 ) حنظله بن أبي عامر رضي الله عنه
3 ) مصعب بن عمير رضي الله عنه
4 ) عبد الله بن عمرو بن حرام رضي الله عنه
5 ) عمرو بن الجموح رضي الله عنه
6 ) خارجة بن زيد رضي الله عنه
7 ) سعد بن ربيع رضي الله عنه
8 ) النعمان بن مالك رضي الله عنه
9 ) عبدة بن الحسحاس رضي الله عنه
10 ) مالك بن سنان رضي الله عنه
11 ) شماس بن عثمان المخزومي رضي الله عنه
12 ) سهل بن قيس رضي الله عنه
13 ) عمرو بن معاذ رضي الله عنه
14 ) عبد الله بن جبير بن النعمان رضي الله عنه
15 ) عمرو بن معاذ بن النعمان رضي الله عنه
16 ) الحارث بن أنس بن رافع رضي الله عنه
17 ) عمارة بن زياد بن السكن رضي الله عنه
18 ) سلمة بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
19 ) عمرو بن ثابت بن وقش رضي الله عنه
20 ) رفاعة ابن وقش رضي الله عنه
21 ) اليمان أبو حذيفة بن اليمان رضي الله عنهما قتله المسلمون خطاء
22 ) صيفي بن قيظي رضي الله عنه
23 ) الحباب بن قيظي رضي الله عنه
24 ) عباد بن سهل رضي الله عنه
25 ) عبد الأشهل إياس بن أوس بن عتيك بن عبد الأعلم ابن زعوراء بن جشم رضي الله عنه
26 ) عبيد بن التيهان رضي الله عنه
27 ) أبو سفيان بن الحارث بن قيس بن زيد بن ضبيعة وهو أبو البنات رضي الله عنه
28 ) أنيس بن قتادة رضي الله عنه
29 ) خيثمة أبو سعد رضي الله عنه
30 ) عبد الله بن سلمة رضي الله عنه
31 ) سبيق بن حاطب بن الحارث بن هيشة رضي الله عنه
32 ) أوس بن أرقم بن زيد بن قيس بن النعمان بن ثعلبة بن كعب رضي الله عنه
33 ) مالك بن سنان بن الأبجر وهو أبو أبي سعيد الخدري رضي الله عنه
34 ) سعد بن سويد بن قيس بن عامر بن عمار بن الأبجر رضي الله عنه
35 ) عتبة بن ربيع بن رافع بن معاوية بن عبيد بن ثعلبة رضي الله عنه
36 ) ثعلبة بن سعد بن مالك بن خالد بن نميلة رضي الله عنه
37 ) حارثة بن عمرو رضي الله عنه
38 ) نفث بن فروة بن البدي رضي الله عنه
39 ) عبد الله بن ثعلبة رضي الله عنه
40 ) قيس بن ثعلبة رضي الله عنه
41 ) طريف الجهيني رضي الله عنه
42 ) ضمرة الجهيني رضي الله عنه
43 ) نوفل بن عبد الله رضي الله عنه
44 ) العباس بن عبادة بن نضلة رضي الله عنه
45 ) النعمان بن مالك بن ثعلبة بن غنم رضي الله عنه
46 ) مجذر بن ذياد رضي الله عنه
47 ) عنترة مولى بني سلمة رضي الله عنه
48 ) رفاعة بن عمرو رضي الله عنه
49 ) خلاد بن عمرو بن الجموح رضي الله عنه
50 ) المعلى بن لوذان بن حارثة بن رستم بن ثعلبة رضي الله عنه
51 ) ذكوان بن عبد قيس رضي الله عنه
52 ) عمرو بن قيس رضي الله عنه
53 ) قيس بن عمرو بن قيس رضي الله عنه
54 ) سليط بن عمرو رضي الله عنه
55 ) عامر بن مخلد رضي الله عنه
56 ) أبو أسيرة بن الحارث بن علقمة بن عمرو ابن مالك رضي الله عنه
57 ) عمرو بن مطرف بن علقمة بن عمرو رضي الله عنه
58 ) أوس بن حرام رضي الله عنه
59 ) أنس بن النضر بن ضمضم رضي الله عنه
60 ) قيس بن مخلد رضي الله عنه
61 ) كيسان مولى بني النجار رضي الله عنه
62 ) سليم بن الحارث رضي الله عنه
63 ) النعمان بن عمرو رضي الله عنه
64 ) وهب بن قابوس رضي الله عنه
65 ) الحارث بن عقبة بن قابوس ( ابن أخ وهب بن قابوس ) رضي الله عنه
66 ) عبد الله بن جحش رضي الله عنه
67 ) سعد مولى حاطب رضي الله عنه
68 ) شماس بن عثمان بن الشريد رضي الله عنه
69 ) عبد الله ابن الهبيت رضي الله عنه
70 ) عبد الرحمن بن الهبيت رضي الله عنه



Friday 24 November 2017

BERSIKAP SEDERHANA DALAM MEMUJI



Allah s.w.t. berfirman:




"(Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya) dari arah yang belum pernah terbisik dalam kalbunya. (Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah) dalam semua perkaranya (nescaya Allah akan memberi kecukupan) akan mencukupinya. (Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya) tentang apa yang dikehendakiNya. Menurut suatu qiraat dibaca baalighu amrihi yakni dengan dimudhafkan. (Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu) seperti hidup penuh dengan kecukupan, dan hidup sengsara (ketentuan) atau waktu-waktu yang ditentukan." ( Quran, surahAt-Talaq: 3 )


Ayat di atas menegaskan bahawa seseorang tidak boleh memuji tiada batasan, tidak boleh terlalu kering, dan tidak pula terlalu memberikan pujian. Namun harus dilakukan cara berakhlak, penuh etika yang tinggi dan jujur terhadap nilai-nilai kebaikan sebagaimana kita jujur pada diri sendiri.

Penulis buku: 'How To Win Friend and Influence People', Dale Carnegie, melihat bahawa salah satu faktor untuk merangkul hati orang lain adalah memuji dengan sebanyak-banyaknya. Tetapi pendapat sedemikian tidak sejalan dengan pendapat saya. Bagi saya, untuk menambat hati orang lain, seseorang harus memberikan pujian sewajarnya dan tidak berlebihan.

Salah seorang yang bijak pandai mengatakan bahawa orang yang mencari-cari kesalahan orang lain sama halnya dengan lalat, tidak akan hinggap kecuali pada luka.



Wednesday 22 November 2017

PAGINYA GEMBIRA, PETANGNYA DI DALAM KUBUR



Allah s.w.t. berfirman:


وَلَقَدْ اَهْلَكْنَا مَا حَوْلَـكُمْ مِّنَ الْقُرٰى
 وَصَرَّفْنَا الْاٰيٰتِ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ


"(Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan negeri-negeri di sekitar kalian) yakni penduduk-penduduknya, seperti kaum Tsamud, kaum Ad dan kaum Luth (dan Kami telah mendatangkan tanda-tanda kebesaran Kami berulang-ulang) maksudnya Kami telah mengulang-ulang hujah-hujah Kami yang nyata (supaya mereka kembali.)" (Quran, surah Al-Ahqaf: 27)


Contoh yang baik adalah keluarga Al-Baramikah, menguasai pentadbiran, sebuah keluarga kaya, suka berpoya-poya, bergelombang dengan kenikmatan tetapi bencana yang menimpa mereka adalah sebuah pelajaran, nasihat dan contoh. Hanya dalam waktu sehari, Harun Ar-Rasyid berjaya menggulingkan mereka.

Mereka lalai, nyenyak tidur dalam selimut kenikmatan, bersenang-lenang dalam taman-taman kemewahan, terbuai-buai melihat fatamorgana-fatamorgana yang disangkanya air, menutupi mata hati melihat musuh-musuh mereka.

Bertahun-tahun kehidupan mereka terbuai dalam kesenangan, hati senang, perut buncit, diselimuti dengan kemewahan, mengabaikan perintah Allah s.w.t.

Pada pagi hari tenang itu, rumah mereka diruntuhkan, istana mereka dihancurkan, tenteranya ditewaskan, oleh tangan-tangan yang dekat dengan mereka.

Semua hak mutlak mereka dirampas, darah mereka ditumpahkan, mereka orang yang dibinasakan dan yang menjadi tawanan dihinakan.

Sejam sebelum mereka dihancurkan, mereka masih sempat berseloka, berdendang, bermadah dan berjalan sombong di atas bentangan kain sutera dengan pingan-pingan yang penuh dengan angan-angan.

Namun tiba-tiba datanglah petaka yang sangat menakutkan lagi sangat menyedihkan menimpa mereka semua yang mengejutkan.

Khayalan mereka tenggelam dalam kenikmatan, terbuai oleh waktu, asyik dengan proksi yang lemah dan mengharap kepada sekutu mendajal.

Hari yang ditetapkan mereka masih boleh bergembira pada pagi harinya, namun pada petang harinya mereka sudah ada di dalam kubur.

Sayonara Al-Baramikah pada hari tidak diduga, ketika Harun Ar-Rasyid dibakar api kemarahan, ia menghunus pedangnya, dibunuhnya Jafar bin Yahya bin Al-Barmaki.

Mayatnya disalib dan dibakar. Semua hartanya disita.

Seorang penyair mengatakan:


"Beginilah musibah yang besar atau lainnya bila datang menimpa dan seperti itulah kejayaan suatu negeri dihancurkan".




Sunday 19 November 2017

MENTADABBUR QURAN



Kesinambungan program MY#QuranHour


Firman Allah s.w.t.:
  
“Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;”


(Quran, surah Al-Qiaamah:17-18)

Membaca Al-Quran, mendalami kandungannya, merenung kandungan ayat-ayatnya dan mentadabburnya merupakan perkara yang dapat melahirkan jiwa yang merdeka, bahagia dan lapang dadanya.

Allah s.w.t. menjadikan kitabNya itu sebagai; petunjuk, pelajaran, cahaya, rahmat, barakah, perintah, penawar penyakit atas semua yang ada dalam akal dan hati.

Rasulullah s.a.w. sangat gemar mendengar bacaan Al-Quran dari orang lain kerana ia lebih menyentuh hati. Baginda Rasulullah s.a.w. juga selalu meminta para Sahabat r.hum. membacakan untuknya padahal Al-Quran telah diturunkan kepada Baginda s.a.w.

Dengan mendengar alunan Al-Quran, Beliau s.a.w. merasa tenteram, khusyuk dan tenang sebagaimana kita mendengar bacaan qari yang kita gemari diperdengarkan melalui radio atau rakaman audio. Terasa kehebatannya.

Di samping itu sayugia juga kita mentalaah hadith-hadith dan buku-buku tafsir untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai penjelasan.

Antara buku-buku tafsir itu, adalah;


Tafsir Ath-Thabari

Tafsir Ibnu Katsir

Tafsir Al-Baghawi

Tafsir Al-Zamakhsyari

Tafsir Al-Qurthubi

Tafsir Zhulalul Quran

Tafsir Asy-Syanqathi

Tafsir Ar-Razi

Tafsir Fathul Qadir

Tafsir Khazin

Tafsir Abu Masud

Tafsir Al-Qasimi


Melalui rujukan itu, dapatlah kita beroleh manfaat dengan mendapat nilai tambah dengan senang, tenang, tidak mencelarukan diri dengan membaca banyak rujukan dari berbagai sumber yang akibatnya mencelarukan fikiran dan meletihkan hati.

Marilah kita menghindarkan diri dari tergesa-gesa dan kejemuan untuk kelangsungan kegiatan aktiviti kita.

Sekalipun input yang didapati dari sistematik ini tidak begitu banyak, tetapi kelangsungan dengan hasil yang sedikit merupakan pokok yang agung dari ajaran Islam.

Baginda Nabi s.a.w. sendiri pernah menegaskan bahawa amal atau amalan yang paling disukai olehnya adalah yang dilakukan dengan berterusan walaupun sedikit.


Teruskan amalan program MY#QuranHour


Jika perlu buatlah tempahan Wakaf Al-Quran melalui Yayasan Restu yang kini sedang melebarkan aktivitinya untuk dihadiahkan kepada peserta dan orang ramai.



MYANMAR NEGARA BERGOLAK



Myanmar sebelumnya dikenali sebagai Burma. Perubahan nama itu dimasyhurkan pada 18 Jun 1989. Pertukaran nama tersebut diharap dapat mengubah persepsi umum bahawa negara tersebut diwujudkan bukan di bawah payung (rampasan tentera) kudeta.

Sepanjang tempoh kudeta Mac 1962 sehingga Jun 1989, negera itu dihambat dengan gelombang besar kesan dari ketidakpuasan hati warganya.

Pelajar-pelajar universiti mengadakan rapat umum, demontrasi sehingga kepada rusuhan.

Parti-parti politik pula bergabung dengan warga tempatan dari pelbagai lapisan masyarakat turut menyatakan sokongan dalam siri-siri penentangan mereka.

Penentangan terbuka mereka dengan mengadakan demontrasi dan rapat umum. Yang lebih dahsyat lagi mereka bangkit dengan rusuhan dan pemberontakan dengan niat tersirat masing-masing, setelah pihak kudeta (rejim) menggunakan tindakan tidak berperkemanusiaan kepada warganya dengan melakukan penangkapan, penyeksaan, pembunuhan, pembakaran, pembakaran rumah dan perkampungan bagi tujuan menakut, melemah dan mengurangkan tindak balas rakyat kepada rejim.

Pengusiran kaum Rohingya dari bumi kelahiran mereka bukan suatu yang mengejutkan. Ia adalah suatu strategi pihak rejim memperkukuhkan cengkaman mereka bagi mengakar dan mengalihkan isu pergolakan dalaman negeri.

Sejarah rejim yang buruk, berpanjangan mencatatkan gelombang besar penentangan demi penentangan masyarakat Myanmar. Kebangkitan rakyat menghadapi rejim telah melelahkan, menggugat dan mendapat kecaman pelbagai pihak dalam menangani gerakan massa ketika demontrasi dan rusuhan oleh pelajar-pelajar universiti, parti politik, dan rakyat awam.

Disamping kebangkitan parti-parti politik melakukan bantahan-bantahan berterusan sehingga melibatkan rusuhan dan pemberontakan rakyat.

Episode hitam itu terus menghantui pihak rejim.

Walau bagaimanapun, pihak rejim mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara jiran, maka mereka meraih rakan strategik; China, India, Thailand dan Bangladesh, kerana masing-masing ada kepentingan strategik.

Diperingkat antarabangsa rejim juga mempunyai hubungan baik dengan British, Amerika dan Rusia.

Setelah melalui dekad yang panjang kebangkitan rakyat; strategi pecah perintah, perselisihan faham antara agama dan kaum, telah menyibukkan persengketaan antara penduduk. Ia adalah suatu kejayaan.

Menampilkan urus tadbir terpimpin, main belakang tabir melalui tindakan penghapusan etnik Rohingya bertopengkan pengikut-pengikut ajaran Buddha yang pihak rejim berada di belakangnya.

Seperti dikatakan oleh bijaksana, rejim bertindak memakai baju Buddha adalah suatu strategi. Maka mereka terselamat daripada kutukan masyarakat antarabangsa.

Alakulihal pihak rejim mengekalkan hegemoni mereka sehingga hari ini.


Barisan Hadapan

Bagi tujuan meraih suatu kejayaan untuk masa hadapan maka pasukan peninjau hendaklah diarah membuat pernilaian tentang peluang-peluang kejayaan.

Untuk mengenal pasti peluang-peluang tersebut, berikut ada langkah-langkah yang wajar:

1. Menggembar-gemburkan sesuatu isu untuk kita mengalihkan perhatian supaya kita mudah membina kekuatan ditempat yang ditetapkan.

Contohnya; menonjolkan puak-puak Buddha menyerang etnik Rohingya tetapi yang menindas, menghalau, menyeksa, membunuh dan membakar adalah rejim tentera yang bertopengkan perkauman.

2. Melakukan kerja-kerja perancangan tanpa difahami oleh orang awam.

Contohnya; tentera Amerika menggempur pejuang-pejuang Moute di Marawi, Filipina tanpa pengisytiharan perang Amerika terhadap mereka. Kerana Amerika pengecut

3. Membina prasarana untuk mengukuhkan tapak bagi membina kekuatan supaya mudah mengoperasikan perniagaan.


Contohnya; Korea Utara membina kekuatan untuk memperkukuhkan pasak-pasak mereka bagi menghadapi musuh yang dengki dengannya.


Saturday 18 November 2017

UBAT MUJARAB MUSIBAH



Sesungguhnya ubat yang amat mujarab dari seluruh musibah dan cubaan adalah ucapan:




Sebagaimana seorang ibu dari suku Nakha'i mendapat berita bahawa keempat-empat puteranya gugur pada Perang Sabilillah dalam perang di Al-Qadisiyyah. ketika itu, yang sering dilakukannya adalah memuji Allah s.w.t.. Ia mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. atas baiknya rangkaian takdir yang diciptakan oleh Allah s.w.t. kepadanya; atas pilihanNya yang terbaik, dan qada yang paling tepat.


Friday 17 November 2017

BANGKITLAH DENGAN KEAZAMAN



Wahai para pemuda!

Sesungguhnya kejayaan sesuatu buah fikiran adalah apabila mempunyai keyakinan yang kuat kepadanya. Bersikap ikhlas dalam menyelusuri jalannya. Bertambah semangat untuknya serta bersedia untuk berkorban dan beramal bagi mencapainya. Untuk mencapai hasrat tersebut memerlukan empat rukun yang merupakan karakter utama seorang pemuda, iaitu:


Iman,
Ikhlas
Semangat
Amal.


Sesungguhnya,
Asas kepada keimanan adalah jiwa yang suci.
Asas kepada keikhlasan adalah nurani yang bersih
Asas kepada semangat adalah perasaan yang bergelora.
Asas kepada amalan adalah keazaman yang kuat.


Kesemuanya ini tidak terdapat melainkan pada diri seorang pemuda.
Oleh sebab itulah, peranan pemuda sejak zaman dahulu hinggalah sekarang kepada umat merupakan tunjang kebangkitannya dan pada setiap kebangkitan, merupakan rahsia kekuatannya dan pada setiap buah fikiran, merupakan sebagai pembawa panjinya.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 13:




“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.”


Wahai para pemuda!

Janganlah kamu berputus asa. Kerana ia bukan akhlak orang muslim. Realiti hari ini, adalah cita-cita semalam. Manakala cita-cita hari ini, adalah realiti-realiti pada hari esok. Waktu masih lagi panjang. Unsur-unsur kepercayaan yang baik masih lagi kuat dan besar di dalam hati orang mukmin walaupun diktator telah menyebabkan berlakunya kerosakan. Golongan lemah, tidak akan selama-lamanya lemah sepanjang hidupnya. Golongan kuat pula, kekuatannya tidaklah kekal selama-lamanya.

Allah s.w.t. memberitahu kita:




“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).” (Quran, surah al-Qasas: 5)


Sesungguhnya masa-masa berlalu menunjukkan banyak kejadian-kejadian besar berlaku. Sesungguhnya peluang untuk melaksanakan kerja-kerja yang mulia akan dibenarkan dan akan berlaku. Sesungguhnya seluruh alam ini menunggu seruan dakwahmu. 


Wahai para pemuda!

Dakwah ke arah hidayah, kejayaan dan keselamatan untuk membebaskan mereka daripada penderitaan. Sesungguhnya peranan kamu ialah mengetuai umat dan membimbing masyarakat. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran). Sedang kamu mengharap daripada Allah apa yang tidak mereka harapkan.

Firman allah s.w.t.:
  



“Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendaapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.” (Quran, surah Ali Imran: 140)


Bersedialah,
Wahai para pemuda!
Beramallah pada hari ini kerana kamu akan merasa lemah untuk melakukannya esok.

Hassan Al-Banna





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title