Tuesday 25 April 2023

Tekanan inflasi Malaysia dijangka kekal tinggi

 

                            

                                                              Public Investment Bank menjangkakan Malaysia akan menghadapi tekanan                                                                                  inflasi yang tinggi dalam tempoh jangka pendek walaupun kadar pertumbuhan                                                                                           dijangka perlahan pada separuh pertama 2023. - Gambar hiasan


25 April 2023 12:17pm

Masa membaca: 2 minit


Untuk berita terkini Sinar Harian, ikuti Telegram dan TikTok kami

PUBLIC Investment Bank Bhd (Public Investment Bank) menjangkakan Malaysia akan menghadapi tekanan inflasi yang tinggi dalam tempoh jangka pendek walaupun kadar pertumbuhan dijangka perlahan pada separuh pertama 2023.

Public Investment Bank dalam note penyelidikan berkata, beberapa risiko menaik termasuk kenaikan harga komoditi global yang disebabkan oleh ketegangan geopolitik, faktor cuaca buruk, permintaan China yang lebih kukuh daripada jangkaan dan kos input yang meningkat akibat perkembangan kadar pertukaran adalah beberapa sebab kepada unjuran tersebut.

"Selain itu, pengubahsuaian kepada subsidi domestik dan dasar kawalan harga mungkin menimbulkan tekanan inflasi tambahan.

"Bagaimanapun, kami percaya subsidi untuk petrol RON 95 dan diesel yang ditetapkan masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter, mungkin tertakluk kepada semakan dan berpotensi meningkat secara beransur-ansur pada akhir tahun ini,” katanya.

Public Investment berkata, tanpa subsidi petrol dianggarkan harga sebenar RON95 mencecah lebih kurang RM3.22 seliter berbanding RM2.05 seliter sekarang.

"Justeru, kami menjangkakan bahawa pelarasan beransur-ansur kepada harga subsidi RON95 dan diesel pada separuh kedua 2023 boleh menyebabkan inflasi utama negara menghampiri had julat unjuran rasmi sebanyak 2.8 peratus hingga 3.8 peratus.

"Selain itu, kami menganggarkan bahawa menghapuskan subsidi bahan api untuk kumpulan T20 (golongan berpendapatan tinggi) yang menyumbang 35 peratus daripada semua subsidi bahan api pada 2022 akan meningkatkan inflasi sebanyak 0.45-0.75 mata peratusan tambahan setiap tahun,” katanya. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Eksport minyak, produk sawit ke China dijangka melonjak

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title