Wednesday 19 April 2023

Kursus praperkahwinan sekarang sudah cukup baik


Oleh Meja Rencana

19 April 2023, 9:00 am

  

SAUDARA PENGARANG,

DALAM artikel bertajuk Kursus praperkahwinan perlu ada ujian oleh Noorlinda Alang terbitan Forum Utusan Malaysia pada 11 April lalu, disarankan agar kursus perkahwinan yang menjadi syarat wajib dijadikan medium untuk merungkai permasalahan rumah tangga pasangan muda dengan melaksanakan ujian di akhir tempoh kursus dan mengeluarkan sijil hanya kepada mereka yang lulus. Ini bermakna hanya yang arif dibenarkan berkahwin bagi mengurangkan risiko perceraian.

Saranan itu ekoran suku pertama 2023, kita dikejutkan dengan pelbagai hantaran tular berkaitan isu perceraian dalam kalangan pasangan bawah usia 30 tahun.

Pun begitu, saya melihat cadangan tersebut tidak praktikal, menyusahkan dan lebih menjurus berbentuk bisnes untuk penceramah.

Adakah dengan ujian dan tempoh yang panjang maka perceraian tidak boleh berlaku? Perceraian tetap berlaku sama ada berkursus atau tidak. Ini soal jodoh kerana tiada keserasian.

Dengan membuat kursus praperkahwinan lebih ketat, ia akan lebih mendorong pasangan melakukan perkara bertentangan dengan agama. Mereka juga akan bosan kerana birokrasi dan akhirnya memilih untuk berkahwin di Thailand.

Sepatutnya kita memudahkan niat baik orang yang ingin mendirikan rumah tangga, bukannya menyusahkan dengan kursuskursus yang lebih berbentuk komersial daripada tujuan sebenar menghalang perceraian.

Yang ada buat masa ini sudah baik dari segi kandungan dan masa. Bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan kursus. Lihat sahaja kes rasuah dalam kalangan penjawat awam. Bukan sahaja kursus integriti sudah ada, malahan setiap masa ada ceramah agama di semua jabatan kerajaan, tetapi rasuah tetap berlaku.-UTUSAN


HASSAN

Seri Kembangan, Selangor

 

Pautan: Kursus praperkahwinan sekarang sudah cukup baik

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title