Tuesday 25 April 2023

MAG fail Injunksi halang AirAsia jual tiket Malaysia Airlines


 protagoras  April 19, 2023 2 min read

Malaysian Aviation Group (MAG) mengesahkan injunksi telah difailkan untuk menghentikan AirAsia daripada menjual tiket Malaysia Airlines.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Kapten Izham Ismail berkata MAG telah memfailkan injunksi itu berikutan ia tidak dapat mencapai persetujuan komersial sebelum ini, dan AirAsia terus menjual inventori kumpulan itu.

Beliau berkata injunksi telah difailkan pada 2022 dan perbicaraan dijadualkan pada Ogos tahun ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mendedahkan bahawa Malaysia Airlines telah memohon injunksi untuk menghentikan airasia Super App daripada menawarkan tiket penerbangan syarikat penerbangan tersebut untuk dijual dan telah dimaklumkan mengenai percanggahan harga.

Harga airasia Super App biasanya tak sama dengan App Malaysia Airlines. Kadang harga murah dan kadang terlebih mahal seperti baru-baru ini airasia Super App meletakkan tiket MAS pada kadar melebihi RM3k sehala ke Kota Kinabalu atau Tawau.

Ia mengundang amarah rakyat dengan tiket lebih mahal itu

Izham berkata AirAsia telah membeli tempat duduk daripada agregator dan ‘consolidator’ walaupun syarikat penerbangan tambang rendah itu telah diiktiraf secara sah sebagai agensi pelancongan dalam talian (OTA).

“Agregator dan ‘consolidator’ dalam konteks ini ialah Kiwi.com yang bukan rakan kongsi kami dan mereka mengambil inventori daripada rakan kongsi mereka.

“Semua syarikat penerbangan mahu bekerjasama dengan OTA, agregator dan ejen pelancongan tetapi perlu mempunyai perjanjian komersial terlebih dahulu kerana OTA akan melaksanakan markup dan perkhidmatan selepas jualan menjadi isu utama yang perlu diselesaikan sebelum membuat komitmen.

“Isu ini masih belum diselesaikan,” katanya pada sidang media pada taklimat media mengenai Prestasi Tahunan MAG 2022 hari ini.

Izham berkata sebanyak 60 peratus daripada inventori telah dijual secara terus daripada laman web MAB, sebanyak 20 hingga 30 peratus melalui ejen pelancongan dan lima peratus daripada pejabat tiket manakala 12 peratus daripada OTA.

– Bernama

 

Pautan: mag fail injunksi halang airasia jual tiket malaysia airlines

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title