Mengapa arak/khamr
dunia diharamkan sedangkan khamr surga dibolehkan? Ketahuilah, khamr surgawi
berbeza dengan khamr dunia.
Kita ketahui
bersama bahawa khamr dan semua yang memabukkan telah diharamkan oleh Allah s.w.t.
di dunia.
Allah Taala
berfirman:
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ
وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا
“Mereka
bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah:
"Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia
tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.” (Quran, surah al-Baqarah:
219)
Dalam surah
yang lain Allah s.w.t. juga berfirman:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ
وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
“Wahai
orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya)
kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya.” (Qurah,
surah al-Maidah: 90).
Namun di
surga khamr itu menjadi halal, bahkan ada sungai-sungai yang mengalirkan khamr
yang lezat yang bebas di minum oleh penghuninya.
Allah Ta’ala berfirman:
Allah Ta’ala berfirman:
مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِنْ مَاءٍ غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِنْ لَبَنٍ لَمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِنْ خَمْرٍ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
“Sifat Syurga
yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut):
ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan
beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai
dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya,...” (Quran, surah
Muhammad: 15).
Imam Ibnu
Katsir dalam Tafsirnya menjelaskan beberapa sifat khamr surgawi:
1. Tidak
mengandung zat yang memabukkan. Sebagaimana firman Allah:
لا فِيهَا غَوْلٌ وَلا هُمْ عَنْهَا يُنزفُونَ
“Tidak ada
dalam khamar itu alkohol dan mereka tiada mabuk kerananya” (Quran, surah ash-Shaffat:
47)
2. Tidak
membuat mabuk dan pusing. Sebagaimana firman Allah:
لَا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلا يُنزفُونَ
“Mereka tidak
pening kerananya dan tidak pula mabuk.” (QS. Al Waqi’ah: 19)
3. Warnanya
putih,
4. Rasanya
lazat, sebagaimana firman Allah:
بَيْضَاءَ لَذَّةٍ لِلشَّارِبِينَ
“Warnanya
putih dan terasa lazat bagi yang meminumnya.” (Quran, surah ash-Shaffat: 46)
5. Boleh
didapatkan tanpa perlu memeras/memerah, sebagaimana diriwayatkan:
لَمْ تَعْصُرْهَا الرِّجَالُ بِأَقْدَامِهَا
“Para lelaki
tidak perlu memerasnya dengan kaki-kaki mereka.” (Hadith riwayat Ibnu Katsir
dalam Tafsirnya, beliau mengatakan: ‘Hadits ini gharib, seakan-akan dia
mursal’).
Syaikh Abdul Aziz bin Baz
rahimahullah pernah ditanya:
“Mengapa
khamr di dunia di haramkan sedangkan di surga dihalalkan?”
Beliau menjawab:
“Khamr
akhirat itu baik tidak memabukkan dan tidak memberi bahaya atau gangguan.
Adapun khamr dunia, di dalamnya ada bahaya dan memabukkan serta memberi
gangguan. Khamr akhirat tidak mengandung zat yang memabukkan dan tidak membuat
mabuk peminumnya, serta tidak membuat gangguan pada akalnya atau bahaya pada
badannya. Adapun khamr dunia, dapat mengganggu akal dan badan sekaligus. Dan
semua bahaya yang ada pada khamr dunia itu tidak ada pada khamr akhirat”
No comments:
Post a Comment