Apabila Setiausaha Negara Amerika mengadakan siri jelajah
sempena menghadiri beberapa mesyuarat serantau termasuk Forum ASEAN dan
mesyuarat Menteri-Menteri Amerika-ASEAN bermula pada 5 Ogos 2017 di Filipina
dan seterusnya menjelajah Thailand, Malaysia dan semalam di Vietnam.
Ada beberapa perkara yang tersurat dalam pertimbangan
perbincangan yang mendepani isu-isu semasa dan serantau, di antaranya;
* Semenanjung Korea.
* Keselamatan/pertikaian Maritim.
* Menangani keganasan.
* Ujian peluru berpandu Korea Utara.
* Dan yang penting ketika ini terdapat kehadiran tentera
Amerika di lapangan dalam usaha memerangi Daesh yang dinamakan Pasukan Petugas
Operasi Khas Bersama Trident (serampang tiga mata) di Marawi, Filipina.
Di Perpustakaan of Congress di Washington, terdapat banyak
buku-buku rujukan dan hasil penyelidikan yang hampir semua disiplin ilmu
terdapat di sana. Pelbagai jenis manuskrip dan buku ilmiah yang membahas
berbagai isu termasuk berkaitan; generasi, bangsa, umat, budaya, peradaban dan
gelagat manusia.
Sayangnya, bangsa yang memiliki perpustakaan besar seperti
itu adalah umat yang kuffur kepada Tuhannya. Mereka hanya mengetahui alam yang
dapat dilihat oleh pancaindera saja; sedangkan disebalik itu, tidak mereka
dengarkan, tidak mereka lihat, tidak mereka rasai, tidak mereka terfikirkan dan
tidak mereka perhatikan tentang keindahan penciptaan alam ini.
Ibarat suatu perumpamaan; sebuah taman yang sangat hijau,
sayangnya kambing yang ada di dalamnya sakit, sebuah dusun raja buah dikenali
durian yang amat sedap namun isinya mengkal, buah kurma yang sangat lazat namun
kekikiran begitu mengekang dan air yang sangt segar namun terasa pahit di
mulut.
Orang Yahudi mempunyai ilmu, tetapi ilmu yang ada tidak
menyebabkan mereka mendapat petunjuk. Mereka memiliki bukti, tetapi bukti yang
ada pada mereka tidak dapat mengubah penyakit hati mereka.
Orang Nasrani memiliki penyelidikan, tetapi penyelidikannya
yang ada tidak mengarahkan mereka mendapat hidayah. Mereka pula mengawal
capaian kajian, tetapi hasilnya yang ada pada mereka tidak dapat membimbing
persepsi buruk dalam akal mereka mengenai 'Addeen'.
Mereka memiliki pendapat, tetapi pendapat yang ada pada
mereka tidak mampu mengalahkan kebatilan dalam tindakan-tindakan mereka.
Mereka memiliki riwayat, tetapi riwayat yang ada pada mereka
tidak benar.
Mereka memiliki bacaan, tetapi bacaan yang ada pada mereka
tidak boleh menuntun kepada kebenaran.
Mereka memiliki petunjuk, namun petunjuk yang ada pada
mereka lebih kepada menunjukkan kepada penyimpangan.
Mereka juga memiliki pengarahan, namun pengarahan itu
membimbing kepada pengingkaran.
Mereka memiliki strategi, namun strategi yang ada pada
mereka menjurus kepada pencatur mengharu biru rakan serantau.
Mereka memiliki modus operandi, namun modus operandi yang
ada pada mereka untuk menggempur musuh dilakukan melalui lambaian, bisikan,
ugutan, tekanan dan komplot bersekongkol.
Bagaimana mungkin pemilik-pemilik ilmu itu mendapat
ketenangan, keseronokan dan hidayah petunjuk, sementara mereka adalah yang
pertama menentang keharmonian dan keadilan dengan ucapan-ucapan,
rancangan-rancangan dan tidakan-tindakan yang mereka menafikan kehidupan orang
lain?
Benarlah
firman Allah s.w.t. yang dirakamkan dalam Al-Quran menerusi surah Fushshilat
ayat 17 dan surah An-Nisaa' ayat 155.
“Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk
kepadanya, lalu mereka mengutamakan kesesatan dari hidayah petunjuk; mereka pun
disambar oleh petir azab yang menghina dengan sebab apa yang mereka telah
lakukan.” (Quran, surah Fussilat: 17)
“Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab
mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan
ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada
sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati kami tertutup
(tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)".
(Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati
mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali
sedikit sahaja (di antaranya).” (Quran surah An-Nisaa': 155)
No comments:
Post a Comment