'Buat
apa kita menghabiskan air mata dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu 'total' kepada Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Mulia
kerana jika hati sudah menjadi tenang maka jalan keluar pasti akan terbuka.'
Maka,
benarlah kata-kata para pejuang mujahiddin bahawa mereka tidak akan dikalahkan
oleh musuh-musuh mereka dengan izin Allah s.w.t.. Mereka juga akan membebaskan
manusia daripada tipu daya orang-orang licik menipu apabila mereka itu
melakukan muslihat pelbagai dimensi, instrumen dan watak dilibatkan bagi
mengaburi pandangan.
Orang-orang
dungu mudah digeleceknya tetapi orang-orang beriman memerhati gelagat kenakalan
mereka, sebagaimana diiakan oleh golongan dungu tentang terperosoknya MH370 di
laut dalam di Lautan Hindi kerana Amerika melambai-lambai.
Sebagai
membenarkan komplot kedajalan itu dikutipnya barangan lusuh ditujukkan kepada
golongan dungu juga.
Dalam
majalah 'Ahlan wa sahlan' edisi 3 Rabiulakhir 1415H, dimuatkan satu artikel
dengan tajuk: '20 Cara Menghindari Rasa Gelisah' oleh Dr. Hassan Syamsi Basya.
Kesimpulan
daripada inti artikel tersebut adalah sebagai berikut:
"Ajal telah ditentukan oleh Allah
s.w.t. dan segala sesuatu terjadi menurut qada dan qadarnya. Oleh itu,
seseorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi.
Rezeki semua makhluk telah dijamin oleh
Allah s.w.t., tidak ada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya,
dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.
Masa lalu ketika kecemasan dan kesedihannya
telah pergi dan telah selesai dimamah zaman, sehingga tidak akan terulang
kembali, meskipun semua orang berusaha untuk mengembalikannya.
Masa depan masih ada di alam ghaib, tidak
boleh dihadirkan sekarang, dan tidak pernah meminta izin kepada kita atas
ketidakhadirannya. Oleh itu, kita tidak perlu mengharapkan
kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya.
Berbuat baik kepada sesama insan akan
menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah,
mendapat pahala, dan menimbulkan ketenangan.
Termasuk akhlak seorang mukmin adalah tidak
mempedulikan kritikan yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan, kerana
seorang mukmin memang tidak mungkin lepas dari cacian dan makian.
Bahkan, Allah s.w.t., Tuhan Semesta Alam,
yang Maha Suci namaNya sekalipun, juga mendapat cacian dan makian.”
Berbahagilah
seorang mukmin yang memahami sifat-sifat musuhnya supaya ia tidak terpalit dan
disambar oleh api neraka.
No comments:
Post a Comment