Firman Allah s.w.t.:
“Sesungguhnya Allah tidak malu
membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih
daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang
beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan
mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah
maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan
menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan
menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan
menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik.”
(Quran, surah Al-Baqarah: 26)
Nyamuk apabila diletakkan di
bawah mikroskop elektrik lalu dibesarkan sehingga 400 ribu kali ternyata di
kepalanya ada seratus mata.
Berat nyamuk adalah satu per seribu
gram. Di kepalanya ada seratus mata, di mulutnya ada 48 buah gigi, di dadanya
ada tiga buah jantung, ada pusat jantung dan satu jantung di setiap sayapnya. Di
dalam tiap jantung itu ada dua atrium (rongga) dua bilik jantung dan dua katup
jantung.
Nyamuk memiliki organ yang tidak
dimiliki oleh burung-burung.
Nyamuk memiliki organ pengesan
haba.
Akan tetapi nyamuk melihat segala
sesuatu melalui suhu panasnya saja.
Ruang di musim dingin suhunya
beberapa celsius?
Anak kecil suhu tubuhnya 37
darjah celsius.
Nyamuk memiliki organ untuk
menganalisis darah, di samping itu nyamauk juga memiliki alat pencair darah
kerana darah manusia bersifat kasar.
Darah itu pula sukar disedut oleh nyamuk untuk
dialirkan melalui saluran penghisap darah (belalainya) kecuali mendahuli dengan
proses pencairan darah.
Nyamuk juga memiliki alat pembius sehingga mereka yang digigitnya tidak merasai kesakitan akibat biusan itu. Setelah selesai menghisap darah melalui gigitan belalainya, beberapa detik selepas itu, kesan bius itu menghilang. Lalu seseorang akan merasai gigitan nyamuk ke atas dirinya.
Apabila terasa sahaja oleh
seseorang kepedihan gigitan nyamuk itu, dia pun memukulnya dengan sepenuh
tenagannya, sedangkan pada ketika itu nyamuk tersebut telah melarikan diri
kekenyangan melayang-layang di sekitar bilik itu mentertawakannya.
Tidak semua darah yang sesuai
untuk nyamuk.
Dia mengambil sampel terlebih
dahulu, baru dia menggigit.
Terkadang, dua orang adik-beradik
tidur sebilik, namun nyamuk memilih darah salah seorang daripadanya setelah
melalui imbasan. Ia tidak menggigit kedua-duanya.
Kita akan dapati bahawa seseorang
yang digigiti nyamuk akan dipenuhi badannya kesan gigitan tersebut.
Adapun belalainya ada enam buah pisau.
Empat pisau untuk melakukan kerja-kerja melukakan yang berbentuk segi empat dan
dua pisau lagi membentuk lubang sesuai dengan tabung penghisap darah.
Di kaki nyamuk ada pencakar
(iaitu kuku-kukunya) apabila ia bertenggek di tempat yang keras sebagai
pengukuh dan ia juga memiliki alat penarik (seperti alat bekam) apabila
bertenggek di tempat yang licin.
Inilah ciptaan Allah s.w.t.
Sebagaimana dirakamlah oleh Allah
s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 26 di atas dan surah Luqman ayat 11:
“Ini (semuanya adalah) ciptaan
Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh
makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada
sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu
berada dalam kesesatan yang jelas nyata.” (Quran, surah Luqman:11)
Ahmed Barakat
Exponent0@hotmail.com
No comments:
Post a Comment