PEMUDA INI SELALU KURUNG AYAHNYA
SEJAM DALAM BILIK HOSPITAL, STAF DEDAH PERLAKUAN SAYU ANAKNYA MELALUI KAMERA
TERSEMBUNYI !!!
August 1, 2017 Mr Ez Isu
Semasa, Tauladan Comments Off on PEMUDA INI SELALU KURUNG AYAHNYA SEJAM DALAM
BILIK HOSPITAL, STAF DEDAH PERLAKUAN SAYU ANAKNYA MELALUI KAMERA TERSEMBUNYI
!!!
Sebuah video berdurasi tiga
minit yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman Facebook, Muhammad
Assaewad berjaya menarik orang ramai dengan kapsyen ‘Sungguh mengesankan dan
membuat terharu’.
Video yang dirakam oleh salah
sebuah negeri Arab itu menceritakan mengenai seorang pemuda yang bersikap aneh
setiap kali menziarahi ayahnya di hospital. Pemuda berkenaan dilihat oleh staf
hospital mengurung ayahnya di dalam bilik air selama sejam setiap kali
menziarahinya.
Staf hospital yang merasa
hairan lalu meletakkan kamera tersembunyi untuk merakam perbuatan pemuda
berkenaan.
Alangkah terkejutnya mereka
apabila mendapati pemuda berkenaan memandikan ayahnya dengan sangat lembut.
Pemuda berkenaan mengosok badan ayahnya menggunakan kain dan sesekali dilihat
menangis memeluk ayahnya.
Layanan pemuda berkenaan
kepada ayahnya mengundang suasana pilu dan sayu kepada krew-krew pengambaran.
Jurukamera tersebut tidak mampu meneruskan rakaman video, bahkan dilihat sedang
mengesat air mata kerana sayu melihat situasi berkenaan.
Berikut kami kongsikan video
berkenaan:
Firman Allah S.W.T dalam surah
al-Luqman, ayat 14-15 yang bermaksud:
وَوَصَّيْنَا
الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ
وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ
اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ
الْمَصِيرُ
وَإِن
جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ
بِي مَا لَيْسَ لَكَ
بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا
ۖ وَصَاحِبْهُمَا
فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا ۖ وَاتَّبِعْ
سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ
ۚ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم
بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan Kami wajibkan manusia
berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan
menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan
yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
“Dan jika mereka berdua
mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau – dengan
fikiran sihatmu – tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat
kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan
turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan
amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya,
maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.”
Semoga Allah mengampunkan dosa
kita dan kedua-dua ibu bapa. Amin.
No comments:
Post a Comment