Terapi Air Hujan untuk
segala penyakit & Gangguan Jin
Kalau hujan turun jangan masuk rumah... tapi mandilah dengannya kerana
ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya.. Tapi selalu orang
tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit... & larangan itu kita
wariskan pula ke anak-anak kita... Ini pemahaman yang salah.
Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sebab air hujan tapi sebab
dalam badan banyak benda kotor dan air hujan tu sbg bahan cuci utk membuang
semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadang-kadang Allah tunjuk tanda
badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu. Kalau kita sakit teruk lepas
mandi hujan itu perlu rawatan susulan dengan Ruqyah Syar'iyyah... Salah 1 cara
SCAN diri tu adalah dengan Mandi air hujan... ada juga orang mandi hujan tak
juga sakit-sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah
Tapi mandi bukan sembarangan mandi.. Ada cara & kaedahnya...
di bawah kami ajarkan...
Niat - Niatlah dalam hati sekuatnya & mohon
pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan...
Contoh 1:  Menghancurkan
jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan & mohon pada Allah jadikan air
hujan ssbagai api & asid yang membakar badan jin dalam badan kita.
Contoh 2:  Anak
degil @ hyperaktif umur (5 tahun ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar
kata-kata orang tuanya... & dihilangkan gangguan syaitan... orang tuanya tidak
perlu mandi hujan cukup memerhatikan & baca ayat-ayat di bawah sehingga
didengari anknya...
Dan apa sahaja niat bergantung penyakit & keluhan masing-masing.
- Biarkan hujan berlalu selama
     sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.
- Air hujan yang digunakan utk terapi
     ini mesti yang turun terus dari langit. Tidak terkena pokok/bumbung atau
     disambut dengan baldi.
- Air hujan yang turun sebaiknya hujan
     yg lebat bukan gerimis.
- Tadah air hujan dari langit ke bekas
     kecil untuk dibuat minum. In shaa Allah ini juga adalah penawar.
- Mulakan mandi sambil membacakan
     sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-ayat standard
     iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu
     ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit.
- Baca terus sehingga sekurangnya 15 minit-30minit
     sambil mandi air hujan.
- Jika terasa sakit dibahagian badan
     tertentu tepuk-tepuk dan jika ada rasa mual mau muntah keluarkan jangan
     ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yang mau keluar melalui cara ini
     (cara yg normal & tidak menyakitkan)
- Sental2 badan seperti menggosok daki
     di badan. Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.
- Selesai mandi badan jangan dilap... kecuali
     rambut. Biar kering sendiri.
- Lakukanlah terapi ini selama
     sekurangnya 3 hari... atau 7 hari berturut. Kalau hujan tidak turun hari
     berikutnya nasib lahhh.... tunggu lah hujan turun lagi...
- Lain kali hujan turun jangan
     mengeluh.Ada manfaatnya bagi org lain.Bagi org yang berakal dengan pemberian
     Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.
Wallahu'alam bissawab 
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan
Kredit : Dr. Abd Rani Osman






No comments:
Post a Comment