Nurul Husna Zulkifli berkongsi
siaran
Perjuangan Tuntut Royalti.
1 Oktober jam 8:08 PTG
ROYALTI Kelantan: Tarik saman untuk terima royalti petroliam. Guruh dilangit, tempayan dicurah jangan
Maklum balas terhadap Senator
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin pada 29 September 2018 yang
berkata berikutan tuntutan saman Kerajaan Negeri Kelantan ke atas Petronas,
pihaknya tidak dapat mempercepatkan pembayaran royalti sehingga selesai
perbicaraan.
1. Seawal 18 Jun 2008, kerajaan
Terengganu sudah merancang untuk menarik kembali saman berkenaan royalti
petrolium, bagi tujuan dikembalikan semula bayaran tunai petrolium negeri itu
sebagaimana yang pernah diterima semasa Terengganu diperintahkan oleh Kerajaan
pimpinan Barisan Nasional (BN).
Tetapi, selepas Laporan Ketua
Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/
Agensi negeri Terengganu Tahun 2011 yang diterbitkan Jabatan Audit Negara
Malaysia, Terengganu masih tidak dibayar royalti petroliamnya.
Polemik ini berterusan sehingga
2018 menyaksikan BN tumbang digantikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Saman
Kerajaan Terengganu sudah ditarik sepenuhnya semenjak 21 Mac 2012 lagi. Tetapi
Terengganu masih tidak dibayar haknya sebagaimana termaktub dalam perjanjian
Royalti 1975 dan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
2. Saman kerajaan Kelantan adalah
melibatkan Petronas. Bukan saman terhadap kerajaan Malaysia. Kerajaan BN
terdahulu hanya berjaya menjadi pencelah. Saman terhadap Petronas difailkan
oleh Menteri Besar Kelantan, Al Marhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pada 30 Ogos
2010 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 9.30 pagi.
Jesteru itu, pihak ROYALTI (R)
Kelantan mendesak, kerajaan baharu pimpinan PH tidak mengganggu pihak Petronas
untuk menunaikan perjanjian antara Kelantan - Petronas dan Terengganu-Petronas.
Pihak R menggesa Petronas
menjelaskan dahulu bayaran semasa (tahun 2018) yang sepatutnya dibayar setiap
bulan September.
Pembayaran royalti semasa tidak
boleh dikaitkan secara langsung dengan tuntutan saman tersebut. Saman tersebut
adalah meliputi tuntutan tertunggak yang sepatutnya dibayar oleh Petronas
semenjak hasil bumi Kelantan dikeluarkan dari perut buminya seawal 1994.
Perjanjian menjelaskan bayaran
tunai suku pertama ialah pada September. Manakala bakinya ialah Mac, pada
setiap tahun kewangan Petronas dikira.
Selepas pembayaran hak pertama dalam
sejarah, barulah kerajaan negeri Kelantan boleh memikirkan sama ada sesuai atau
tidak, langkah menarik semula saman terhadap Petronas yang telah difail, dan
berterusan ditangguh sehingga kini.
Semoga sejarah Terengganu menarik
balik saman tetapi tetap tidak dibayar royalti tidak lagi berulang.
#TuntutRoyalti
#Sebarkan
HJ NAZRI DERAMAN
Presiden
Pertubuhan R Kelantan
1 Oktober 2018
No comments:
Post a Comment