Sunday 7 October 2018

SULAWESI DAN UJIAN



Shamsul Sawe


Di Sulawesi Allah datangkan 3 jenis ujian:

-Gempa bumi

-Tsunami

-Banjir Lumpur

Serentak ALLAH datangkan..

Mari kita lihat banjir lumpur itu dan terjadinya, kita biasa menonton kerosakan akibat gempa bumi, tsunami dan bermula terjadinya.

Tetapi banjir lumpur ni saya lihat lebih dahsyat dari bermula kejadiannya di Sulawesi, dari perkongsian kiriman video, kita melihat bumi itu bergerak lalu mencair menjadi Lumpur, seperti seketul mentega di dalam kuali yang sedang di sangan di atas api, kita nampak mentega itu cair kerana kepanasan api.

Bergitulah yang terjadi di sebuah daerah Sulawesi, dahsyatnya kejadian ujian itu hingga tak terjangkau akal, bumi itu bergerak, merubah strukturnya lalu mencair menjadi Lumpur dan banjir, lalu menggulung manusia dan rumah turut tenggelam ketika proses pencairan muka bumi itu.

Allahuakbar.. 

ALLAH itu maha besar dan segala puji itu hanya bagi ALLAH, jauhkanlah bala mertaka itu ke atas negara kami.

Ada mungkin kita di Malaysia ini terselamat dari bala ALLAH kerana suara anak anak Tahfiz yang sedang menghafaz Al-Quran, dan kita masih menumpang rahmat dari ALLAH kerana anak anak Tahfiz itu.

Mari selamatkan Maahad Tahfiz di seluruh negara dan mari kita bersatu menyanggah setiap perbuatan mungkar kerajaan Malaysia hari ini, kita tentang kerajaan Malaysia hari ini dengan ilmu dan iman kita, kita gunakan saluran politik demokrasi untuk kembali menumbangkannya.

Melayu pasti boleh kerana di hati kamu itu ada Islam, tak rugi pun diri dan jiwa manusia itu bilamana ia takutkan murka ALLAH, kitalah yang akan merubah murka ALLAH itu kepada yang baik dari yang tidak baik.
(Wallahua'lam)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title