Shamsul Sawe
Tunjukkan lagi reaksi
Mohd Yusul berkongsi video.
Penerangan Parti Solidariti
12 Jun
Akta Pembangunan Petroleum 1974
ialah undang-undang yang digunakan untuk memindahkan hak-hak, kuasa, kebebasan
dan keistimewaan untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh
petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletak hak
nya pada suatu Perbadanan –PETRONAS.
Namun perairan wilayah milik
Sabah dan Sarawak telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan 3
Akta Parlimen seperti berikut sebelum hak ini dipinda milik kepada PETRONAS:
1. Akta Pelantar Benua 1966 (The
Continental Shelf Act 1966);
2. Akta Perlombongan Petroliam
1966 (The Petroleum Mining Act 1966); and
3. Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa
Perlu) No.7 1969 (The Emergency (Essential Powers) Ordinance no.7 1969)
Akta Pelantar Benua 1966 menjadi
tulang belakang rampasan ini di mana ia mentakrifkan: “Pelantar benua” ertinya
dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan
pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, permukaan yang
terletak pada kedalaman yang tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah
permukaan laut, atau, jika kedalaman perairan superjasen boleh di eksploitasi
sumber alam di kawasan tersebut akan di lakukan sedalam mana pun;
Dengan Akta ini, Kerajaan
Persekutuan merampas “Pelantar Benua” yang telah di peruntukan kepada Sabah dan
Sarawak melalui Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954.
Kemudian dalam Akta Pelantar Benua ini memperuntukkan bahawa hanya Kerajaan Persekutuan
mempunyai hak untuk mengeksploitasi Pelantar Benua tersebut:
TETAPI
Apabila Perdana Menteri Dato Sri
Najib Tun Razak pada 23 November 2011 telah mengisythirkan bahawa Proklamasi
Darurat yang berkuatkuasa diseluruh negara sejak 15hb Mei 1969 ditarik balik
berdasarkan Artikal 150 (7). Dengan pengisytiharan ini, bermakna semua
undang-undang yang bentuk oleh Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 tidak lagi
mempunyai apa-apa kuasa enam bulan selepas pengisytiharan ini dibuat.
Ini bermaksud pada 24hb Mei 2012,
semua perairan wilayah di Sabah dan Sarawak yang sejauh 180 km seperti yang
diperuntukkan di bawah Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954
(North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954) kembali menjadi
milik Sabah dan Sarawak. Seksyen (2) Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan
Sempadan ) 1954 berkata “sempadan Colony Borneo Utara adalah dengan ini
diperluaskan kepada kawasan pelantar benua menjadi dasar laut dan tanah bawah
yang yang terletak di bawah laut lepas berpesisir dengan perairan wilayah
Borneo Utara. “
1. Akta Pelantar Benua 1966
2. Akta Perlombongan Petroliam
1966
Dalam keadaan normal kedua-dua
Akta ini tidak boleh berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak kerana penguatkuasaannya
perlu diwartakan dan warta ini memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah
dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan bagaimanapun mengatasi keperluan untuk
mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan mewartakan 2
Akta tersebut menggunakan warta P.U (A) 467/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa
Perlu) No.10 tahun 1969 bertarikh 8 November 1969. Dalam keadaan Negara Darurat
dan menggunakkan Ordinan Darurat, Kerajaan Persekutuan boleh merampas hak-hak
Negari atau individu dengan sewenang wenangnya tanpa sekatan walau daripada
Mahkamah sekali pun.
Undang-undang ketiga yang
digunakan oleh Kerajaan negeri ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7
1969 yang mana Seksyen 4 (2) memperuntukan:
Di bawah undang-undang ini
Wilayah Laut setiap negeri dihadkan hanya kepada 3 batu nautika yang diukur
dari paras air surut. Ini bermakna melalui Ordinan ini, Wilayah Laut setiap
Negeri di atas 3 batu nautika adalah milik Kerajaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, 3
undang-undang atas hanya boleh berkuatkuasa keatas Sabah dan Sarawak apabila
Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969 digunakkan. Ini bermakna apabila
pengisytiharan Darurat itu ditarik balik oleh Najib pada 23 November 2011,
semua ketiga-tiga undang-undang terhenti dari digunakan di Sabah dan Sarawak.
Kerajaan Negeri di Sabah dan
Sarawak harus peka mengenai hak hak negeri. Apabila Najib menarik balik
Proklamasi Darurat pada 23 Nov 2011 sebenarnya Najib tanpa disedari telah
mencetuskan perkara perkara berikut:
Pertama, Sabah dan Sarawak enggan
untuk menerima pakai Akta Pelantar Benua 1966 namun DIPAKSA berdasarkan Ordinan
Darurat (Kuasa Perlu) No 10 1969 yang diwartakan pada 8 November 1969. Ini
bermakna apabila Proklamasi Darurat tarikh 23 November 2011 di tarik balik,
Pelantar Benua dan Perairan Wilayah secara otomatik menjadi bidang kuasa
Kerajaan Sabah dan Sarawak menurut Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan
Sempadan) 1954 dan Ordinan Tanah Negeri masing-masing.
Ini juga bermakna bahawa perairan
Sabah dan Sarawak kini seluas 180 km dari pantai dan bukan terhad kepada hanya
3 batu nautika lagi. Ini juga bermakna apa jua kuasa untuk memberi atau menarik
balik apa-apa konsesi di kawasan tersebut sekarang kembali kepada Kerajaan
Negeri Sabah dan Sarawak.
Kedua, kuasa meluluskan lesen
bagi operasi dan perlombongan petroliam dan gas kini kembali kepada Ordinan
Tanah di Sabah dan Sarawak dan Ordinan Perlombongan Negeri yang berkenaan; ini
adalah kerana Akta Perlombongan Petroleum 1966 telah dipaksa ke atas Sabah dan
Sarawak melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 dalam warta bertarikh
8 November 1969.
Ini juga bermakna bahawa Kerajaan
Persekutuan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen Perlombongan
Petroliam kepada syarikat-syarikat Perlombongan. Oleh itu, setiap syarikat
pelombongan yang beroperasi di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak wajib membuat
permohonan baru kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.
Ketiga, semua undang-undang yang
memerlukan kelulusan, pengurusan dan pentadbiran dari Kerajaan Negeri Sabah dan
Sarawak perlu mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri terutama
kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Jika tidak dibuat
Undang-Undang atau Akta tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia oleh
dengan sendirinya undang undang tersebut terbatal dan tak sah. Sebagai contoh,
Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perairan Wilayah Malaysia Akta 2012 perlu
mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum mereka boleh
digunakan di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.
Keempat, apabila semua kuasa
undang-undang ini terhenti, bermakna undang undang ini tiada kesan ke atas
Sabah dan Sarawak, ia juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai
apa-apa hak didalam laut atau pun didasar laut, Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.
Ini juga bermakna bahawa Kerajaan
Persekutuan tiada apa apa hak untuk memindah apa apa jua miliknya kepada
PETRONAS seperti yang dinyatakan dalam Seksyen (2) Akta Pembangunan Petroleum
1974. Semua pindahan hak yang dibuat Kerajaan Persekutuan berdasarkan Akta
Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan had wilayah laut yang
dikenakan atas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 TIDAK boleh digunakan
lagi.
Kelima, PETRONAS tidak mempunyai
hak untuk memberi kawasan konsesi minyak kerana kawasan yang diberikan kepada
PETRONAS bukan lagi milik Kerajaan Persekutuan. Oleh itu secara logiknya
–PETRONAS tidak boleh menandatangani apa-apa Kontrak Perkongsian Petroleum
dengan sesiapa pun. Ini kerana apa jua milik PETRONAS kini dimiliki kembali
oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.”
Ini juga bererti pemilik perairan
wilayah sekarang adalah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Ini juga bermakna bahawa selepas
pengisytiharan darurat ditarik balik Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak
untuk memindahkan perairan wilayah tersebut kepada PETRONAS.
No comments:
Post a Comment