04/10/2018
ENAM
anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang maut ketika operasi mencari dan
menyelamat (SAR) remaja di lombong Taman Putra Perdana, Puchong, lemas selepas
terbelit tali, akibat arus deras, yang datang tiba-tiba.Ketua Polis Daerah
Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, keenam-enam anggota berkenaan
disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang berada di lokasi ketika
operasi menyelamat diadakan.
“Ketika kejadian, keenam anggota penyelam berkenaan sudah lima
minit berada dalam air bagi mengesan remaja yang hilang itu.Namun, secara
tiba-tiba datang arus deras menyebabkan kesemua mangsa terbelit tali yang
dipasang antara satu sama lain dan dipercayai menjadi punca peralatan menyelam
dipakai tertanggal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Abdul Aziz berkata, beberapa anggota bomba yang berada di atas
tebing cuba menarik tali yang mengikat mangsa, namun tidak berjaya akibat arus
terlalu deras.Katanya, mangsa pertama berjaya dikeluarkan selepas 30 minit
usaha menarik mereka berhasil.
“Ketika dibawa keluar, kesemua anggota penyelam berada dalam
keadaan tidak sedarkan diri.Paramedik yang berada di lokasi ketika itu turut
cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan (CPR) selama 30
minit, namun kesemua mangsa tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal
dunia,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, kesemua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital
Serdang untuk bedah siasat dan keluarga mangsa turut dimaklumkan.
Terkejut
misi cari anak ragut nyawa bomba
BAPA remaja yang hilang di lombong berhampiran kawasan
perumahan D’Island, Taman Putra Perdana mengucapkan takziah kepada keluarga
anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
(JBPM) yang meninggal dunia ketika operasi mencari dan menyelamat anaknya.
Mohd Azzam Naim, 46, ketika ditemui di lokasi kejadian berkata,
dia terkejut apabila dimaklumkan bahawa enam anggota pasukan berkenaan
meninggal dunia akibat lemas.
“Saya terkejut apabila mendengar berita itu.Saya tidak sangka pula
operasi mencari anak saya, Mohd Ilham Fahmy bertukar tragedi lebih
menyedihkan,” katanya.
Mohd Azzam berkata, sebelum ini kira-kira dua bulan lalu, dua
lelaki turut dilaporkan lemas ketika menjala ikan di situ.Katanya, tragedi yang
berlaku itu diharap menjadi iktibar bagi penduduk di situ agar tidak menceroboh
kawasan berkenaan bagi menangkap ikan selain perlu dipandang serius oleh pihak
berkuasa tempatan atau kerajaan negeri.
“Kawasan pintu air ini memang tidak berpagar dan menjadi tempat
penduduk di sini untuk menangkap ikan.Malah, ketika dua lelaki dilaporkan lemas
dua bulan lalu, saya sendiri ada menasihatkan anak saya supaya tidak ke sana
lagi. Tapi tak sangka pula hari ini dia pergi ke sana bersama rakannya,”
katanya.
Menurut Mohd Azzam, anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda pelik
malah dia sempat berpesan kepada anaknya agar tidak pergi ke situ berikutan
keadaan cuaca yang kerap hujan.
“Kelmarin, saya ada pesan padanya agar tidak pergi ke situ kerana
bahaya disebabkan cuaca sekarang kerap hujan.
“Jadi, saya tidak sangka dia datang ke sini selepas diajak dua
rakannya kira-kira 4 petang semalam,” katanya.
Menurut Mohd Azzam, dia hanya mengetahui anaknya lemas selepas
dimaklumkan oleh seorang lagi anak lelakinya kira-kira 5 petang semalam.
“Harapan saya agar mayat anak saya dapat dijumpai secepat
mungkin,” katanya yang masih terkejut dengan insiden yang berlaku.
6
bomba lemas dikenal pasti
ENAM bomba yang lemas ketika operasi menyelamat remaja di lombong
di Puchong dikenal pasti dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang
dan BBP Shah Alam.
Empat anggota BBP Pelabuhan Klang iaitu Mohd Fatah Hashim, 34:
Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24.Dua lagi,
anggota dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik
Shaari, 25.Jurucakap bomba Selangor berkata, sebelum kejadian, pihaknya
menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas membabitkan seorang
remaja lelaki, pada jam 5.19 petang tadi.
“Seramai 10 anggota bersama dua jentera dari BBP Cyberjaya dan
Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian selain dibantu beberapa anggota Pasukan
Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam dan BBP Pelabuhan Klang.
“Bagaimanapun, ketika operasi SAR, enam anggota PPDA terbabit
dilaporkan lemas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, pasukan
perubatan yang berada di lokasi memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR)
kepada semua mangsa.
“Namun, kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
dan mayat mereka dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,”
katanya.Bagaimanapun, remaja lelaki yang dilaporkan lemas di lokasi berkenaan
masih belum ditemui.
Sumber: Hmetro
No comments:
Post a Comment