Saturday, 13 October 2018

BALA ALLAH TERTAHAN KERANA DAKWAH




Mohd Fadzil Shafiie

BALA ALLAH TERTAHAN KERANA DAKWAH

Sabda Rasulullah s.a.w.

يكون في آخر هذه الأمة خسف ومسخ وقذف، قالت: قلت: يا رسول الله أنهلك وفينا الصالحون؟ قال: نعم إذا ظهر الخبث

Akan terjadi pada akhir umat ini ditelan bumi, dihapuskan begitu sahaja atau ditimpa gempa bumi.
Siti Aisyah berkata: 

"Wahai Rasulullah, adakah kita semua akan binasa walaupun terdapat orang soleh?"

Jawab baginda: 

"Ya, apabila kerosakan telah zahir"

[HR Tirmizi]

Akan berlaku di akhir zaman bala daripada Allah yang menelan umat manusia. Bumi merekah dan manusia jatuh ke dalamnya. Ia juga boleh berlaku dengan penghapusan begitu sahaja, samada dibawa lari oleh banjir, atau datang ribut taufan, atau apa sahaja. Gempa bumi juga boleh berlaku.

Ini semua akibat daripada kerosakan yang terlalu banyak. Suara-suara orang yang mencegah kemungkaran itu pula tidak lagi kedengaran.

Kerana itu Nabi s.a.w. bersabda:

" لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده "

"Samada kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, ataupun Allah akan utuskan kepada kamu azab daripadanya".

[HR Tirmizi]

Di sinilah hikmahnya kita terus berjuang menegakkan kebenaran. Jangan peduli walau kalah sekalipun. Sekurang-kurangnya kita menahan bala Allah daripada menimpa semua.


~Wallahua'lam

TGHH
Masjid Rusila


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Your Blog Title

First post's title

Second post's title

Sidebar Gadget title