Posted on 13 Sep 2018 by kunanta admin
Seorang millionaire Mesir bernama Solah Atiyyah. Pada permulaan
ceritanya ia terjadi di satu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf,
iaitu pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di
bawah negeri Daqahliah di Mesir.
Kisahnya bagi saya amat menarik, ia bermula apabila ada 9 orang
sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan
ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup
mereka sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan
membuat satu pekerjaan.
Maka mereka memilih untuk menternak ayam sesuai dengan kemahiran yang
mereka ada tetapi mereka mencari orang yang kesepuluh untuk di jadikan rakan
kongsi yang boleh mereka kongsikan bersama syarikat mereka ini.
Maka tunggu punya tunggu orang kesepuluh masih belum ada mereka
bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound
egypt. Ada yang menjual gelang emas rantai isteri 200 pound atau junaih Mesir
ini teramat amat sedikit sebenarnya.
Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan
perniagaan. Tiba tiba datang salah seorang dari sahabat yang 9 org ini yang
bernama Muhandis Ir Solah Atiyyah beliau berkata, aku sudah temukan orang yang
ke sepuluh yang bakal berkongsi kita punya syarikat. Maka sahabat-sahabatnya
bertanya? Siapa dia ???
Maka Solah Atiyyah pun berkata, Dia adalah Allah. Allah akan jadi yang
kesepuluh yang akan campuri urusan perniagaan kita. Jika ada keuntungan 10 %
peratus kita beri pada Allah dan kita sepakat untuk biarkan Allah uruskan
syarikat kita, serta menjaga melindungi dan berikan keamanan daripada sebarang
dugaan.
Maka semua bersetuju dengan janji ini, maka surat perjanjian pun
ditandatangani dengan menjadikan Allah yang kesepuluh dalam syarikat ini dan 10
peratus dari keuntungan ini adalah hak milik Allah. Maka selesai ditanda
tangani di bulan itu, maka pusingan modal yang pertama itu menghasilkan
keuntungan yang sangat lumayan.
Masuk pusingan modal yang kedua semua bersepakat untuk menaikkan
peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah sehinggalah
semakin hari semakin bertambah keuntungan, sehinggalah mereka menaikan
peruntukkan untuk Allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan.
Di sini ada persoalan bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan
yang di beri kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah??? Dengan cara mereka
membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska untuk kanak-kanak
lelaki, kemudian mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak-kanak
perempuan, kemudian mereka membina Maahad untuk peringkat rendah bagi lelaki.
Mereka membina sekolah maahad rendah bagi perempuan dan mereka membina
juga maahad di peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan. Disebabkan
keuntungan yang berlipat kali ganda mereka pun mula mencipta Baitul Mal untuk
membantu orang-orang susah serta mereka mula memikirkan untuk membina sebuah
universiti di dalam kampung itu.
Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan,
tetapi ramai yang menolak kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah
dan tidak ada stesyen keretapi untuk menghubungkan mana mana tempat dgn mudah.
Dan kebiasaannya kuliah universiti mestilah di bandar besar bukan di kampung.
Disebabkan tiada orang yang mahu berkerja di universiti yang
dibangunkan mereka pun berfikir untuk membina sebuah stesyen keretapi yang
memudahkan orang untuk datang ke kampung itu dan mereka pun membuka peluang
kerja ini kepada siapa yang mahu.
Untuk pertama kalinya dalam sejarah Mesir terbinanya sebuah universiti
dalam satu kampung yang kecil dan universiti daripada satu bertambah besar.
Kemudian mereka membina perumahan untuk pelajar yang memuatkan seramai
600 orang pelajar dan mereka membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000
orang pelajar.
Mereka berjaya membuat station keretapi sehinggakan para pelajar boleh
mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung. Mereka berjaya
membina baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu kemudian
mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung-kampung berhampiran.
Sepanjang kerja ini berjalan sekali pun Syeikh Ir Solah Atiyyah tidak
menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di Baitul Mal yang dicipta
oleh mereka dan Syeikh Solah berkerja di situ.
Maka mereka dapat membantu orang-orang fakir, janda-janda, orang-orang
yang tidak punya pekerjaan diberi peluang kerja sehingga punya kerja. Kemudian
mereka dapat mengagih-agihkan makanan berupa sayur-sayuran dan bijirin hasil
dari keuntungan diberi kepada masyarakat yang memerlukan serta yang tidak
memerlukan.
Kemudian pada bulan ramadan mereka membuat iftar majlis berbuka puasa
secara beramai-ramai di bawah khemah besar yang diberi kepada sesiapa sahaja
yang datang. Mereka berjaya mengahwinkan perempuan-perempuan daripada kalangan
anak-anak yatim. Ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang dilakukan oleh
mereka bersembilan antaranya adalah Syeikh Solah Atiyyah
Dan yang terakhir semua bersepakat yang semua syarikat ini adalah
milik Allah yang mana, Ir Solah Atiyyah ini telah menukar daripada asalnya
Allah adalah rakan kongsi yang kesepuluh. Dan akhirnya mereka menyerahkan
sepenuhnya jiwa mereka untuk berkhidmat pada Allah membantu ummat.
Kisah-kisah ini tidak diceritakan dalam media-media tempatan dan pada
hari ini, ini sebahagian gambar jenazah Ir Solah Atiyyah yang telah pun
kembalikerahmatullah. Semoga Allah merahmatinya.
Kredit kepada Imam Gaharu
No comments:
Post a Comment