6 Jun 2012 jam 1:54 PTG
قال
أنس بن مالك : لعن
رسول الله في الخمر
عشرة : عاصرها ومعتصرها وشاربها
وحاملها والمحمولة إليه وساقيها وبائعها
وآكل ثمنها والمشتري لها
والمشتراة له
"Diriwayatkan daripada
Anas r.a bahawa RasulalLah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat
dengan arak:
عاصرها
- orang yang memerah arak
معتصرها
– orang yang diminta arak diperahkan untuknya
شاربها
- orang yang meminumnya
حاملها
– orang yang membawanya
المحمولة
إليه - orang yang meminta
dibawa arak kepadanya
ساقيها
– orang yang memberi minum arak kepada orang lain
بائعها
– orang yang menjual arak
آكل
ثمنها – orang yang
mendapat hasil daripada arak
المشتري
لها – orang yang membeli
arak
المشتراة
له – orang yang meminta
dibelikan arak untuknya
Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi
Maksud arak dari segi bahasa
ialah diambil daripada perkataan Al-KAMRU (الخمر)
yang bererti menutupi.
Dari segi istilah pula: Setiap
minuman yang memabukkan hasil daripada perahan anggur dan lain.
SEJARAH PENGHARAMAN ARAK (ada 3 peringkat)
Peringkat pertama (Penjelasan baik dan buruk arak)
Maksud Firman Allah s.w.t dari
surah Al Baqoroh ayat 219 :
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar[#] dan judi. Katakanlah:
"Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia,
tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya
kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari
keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya
kamu berfikir,"
[#] segala minuman yang
memabukkan.
Pada ketika ini arak masih
lagi boleh di minum. Penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam
bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan, keburukkannya lebih banyak
daripada kebaikan
Contoh: Keburukkan arak di
antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya,
manusia yang meminum arak akan mabuk (hilang ingatan) kurang pertimbangan akal,
apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia
tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cotoh seorang suami yang baik
akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yang buruk akhlaknya ketika
dia mabuk seperti menengking isterinya, memukul, dan melakukan perkara yang di
luar batasan, padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu
ketika dia berakal waras. Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak
sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yang pertama ini.
Walaubagaimanapun tidak
dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang
yang meminumnya.
Peringkat ke dua (Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)
Maksud Firman Allah s.w.t dari
surah An Nisa' ayat 43:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula
hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu
saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau
datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu
tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci);
sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha
Pengampun”.
[#] menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat
Ini termuat juga larangan untuk bersolat bagi orang junub yang belum mandi.
[#] Pada peringkat kedua ini
Allah mula mengharamkan arak diminum ketika hampir masuk waktu solat, kerana
dikhuatiri solat yang didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak
sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yang lain,
melakukan penambahan/pengurangan rakaat dan sebagainya. Walaubagaimanapun pada
ketika itu arak masih lagi boleh diminum.
Peringkat ke 3 (pengharaman secara mutlak)
Maksud Firman Allah s.w.t dari
surah An Nisa ayat 90-91
“Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan”.
“Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan
kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan
menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu
(dari mengerjakan pekerjaan itu)”.
[#]panah yang belum pakai bulu
untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak.
Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah
ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang
ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam
Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru
kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka
akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah
yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya,
Maka undian diulang sekali lagi.
[#] Setelah turun ayat yang ke 3 maka hukum
arak diharamkan secara mutlak.
10 golongan (dilaknat) yang
terlibat dengan arak yang terdapat di dalam hadis di atas
Pemerah arak: iaitu pekerja -pekerja yang melakukan kerja pemerahan
buah-buahan seperti anggur yang bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan
dijadikan arak, sama ada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil
pekerjaannya (upah/gaji yang diterima) adalah haram begitu juga perbuatannya.
Meminta diperahkan arak untuknya: Bermaksud majikan /pengurus
sesebuah syarikat yang mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk
bekerja sebagai operator pengeluaran. Maka haramlah pekerjaannya itu.
Peminum arak: Orang yang meminum arak walaupun setitik/tidak mabuk/hanya
cuba-cuba. Perbuatan itu adalah haram.
Pembawa arak: Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah
restoran/kedai makan/hotel dan sebagainya, ataupun boleh juga dimaksudkan
sebagai pemandu lori yang membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu
tempat yang lain. Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya.
Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseorang yang membuat pesanan
arak sama ada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi. Maka perbuatan
itu adalah haram.
Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud seseorang yang
memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya contoh: seseorang muslim
membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan
itu adalah haram
Penjual arak: Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yang
menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya, perbuatan itu
juga haram.
Orang yang mendapat hasil daripada arak: Suatu skop yang lebih luas
dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan arak
adalah haram contoh: Pengawal Keselamatan yang mengawal keselamatan kilang arak
dan mendapat gaji daripada pengurus kilang tersebut. Maka perbuatan/gaji itu
adalah haram.
Orang yang membeli arak bermaksud orang yang membeli arak samada
untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram
Orang yang meminta dibelikan arak untuknya: Bermaksud seseorang
yang meminta seseorang yang lain membelikan arak untuknya kerana sebab yang
tertentu. Contoh seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak
untuknya, maka perbuatan muslim itu adalah haram.
No comments:
Post a Comment