Al-Baghdadi 'muncul kembali'
BEIRUT - LUBNAN. Pemimpin Daesh 'muncul semula', hari ini menggesa para
pengikutnya supaya 'bertahan' dan terus berjuang menentang musuh mereka
menerusi rakaman audio pertama dikeluarkan rangkaian propaganda kumpulan
militan itu selepas hampir setahun menghilangkan diri.
Ibrahim al-Samarrai atau Abu Bakr
al-Baghdadi juga menyuruh pengikutnya agar terus melancarkan serangan ganas
selepas kumpulan itu mengalami kekalahan yang teruk di Iraq dan Syria selain
kehilangan seluruh wilayah yang ditawan mereka sebelum ini.
Al-Baghdadi turut memuji serangan
di Kanada dan Eropah dan menggesa pengikutnya menggunakan bom, pisau atau
kereta untuk melancarkan serangan.
Selain itu, pemimpin Daesh
tersebut memberi amaran tentang kubu kuat terakhir mereka di wilayah Idlib yang
dikhuatiri akan dikuasai semula tentera kerajaan dalam operasi besar-besaran
akan datang.
Terdapat keraguan tentang
keaslian rakaman audio tersebut memandangkan pemimpin terbabit pernah
dilaporkan cedera parah, terbunuh atau ditangkap sebelum ini, namun tidak
pernah disahkan. - Press TV
No comments:
Post a Comment